Bismillah

MY BLOG


Selasa, September 08, 2009

Selingkar Kisah - Suami Berubah Bila Dah Kaya

Suami berubah bila dah kaya
SEBELUM saya berbicara lebih lanjut saya ingin bertanya kepada pembaca wanita khususnya, adakah anda mencari suami yang taraf pendidikannya sama dengan anda atau anda menerima seadanya? Jika anda belum berkahwin, fikirkan sepuluh kali. Biasanya wanita menerima suami seadanya, tetapi suami zaman sekarang memilih isteri yang boleh memberi keuntungan dan memberi faedah kepadanya.. Bukan mereka sahaja, malah keluarga mereka juga berpandangan demikian.
''Kalau boleh mereka mahukan menantu perempuan yang ada segala-galanya yang boleh memberikan kesenangan dan tidak menyusahkan anak lelaki mereka, misalnya ada kereta, rumah dan pekerjaan yang baik.'' Demikian cerita Khalida dalam e-melnya.
''Saya katakan demikian berdasarkan pengalaman sendiri dan melihat di kalangan kawan-kawan wanita sepejabat dengan saya.. Mereka juga mempunyai pandangan yang sama. Kalau boleh suami mahu melepaskan semua tugas hakikinya kepada isteri untuk laksanakan, sementara dia bebas menyenangkan dirinya sendiri.
''Dulu masa mula berkahwin saya tahu taraf pendidikan dan pendapatan suami saya Zainoor, cuma seorang kerani, sementara saya walaupun seorang guru tetapi berijazah. Biarpun saya tahu kedudukannya, tetapi saya yakin kebaikan, dedikasi dia dalam bekerja di samping pandai menjalankan perniagaan sambilan boleh bahagiakan kami.
''Saya lihat dia cukup rajin berusaha, kerana itu saya yakin dia boleh menjadi ayah yang baik kepada anak-anak kami nanti. Hasrat saya tercapai hinggalah usia perkahwinan kami mencecah 12 tahun dan kami mempunyai 4 orang anak.
''Syukur kepada Allah kerana hidup kami cukup bahagia. Tambahan pula ketika itu Zainoor telah berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan atas dorongan saya, sementara saya sendiri telah naik pangkat menjadi guru besar.
''Berkat usaha dan persefahaman kami suami isteri, kami berjaya memiliki 3 buah rumah dan dua buah kereta untuk memudahkan kami bekerja.
''Sebenarnya bukan mudah memimpin suami menjadi berjaya, saya mengeluarkan wang simpanan yang banyak sebagai modal untuk menggalakan dia berniaga pada awalnya. Malangnya ketika itu kerana sayangkan suami dan ikhlas untuk membantunya, saya tidak pernah meminta balik duit yang dijadikan modal dia berniaga.
''Sebaliknya saya nasihatkan dia supaya menambah modal lebih banyak lagi supaya perniagaan dapat berjalan lancar tanpa tertangguh kerana ketiadaan modal. Pendek kata sejak lima tahun melihatkan diri dalam perniagaan sepenuh masa, hidup kami memang boleh dikatakan senang juga.
''Malangnya, saya terlupa melihat perubahan suami saya, setiap kali keluar malam saya yakin bila dia kata jumpa kontek dan rakan perniagaan. Katanya berniaga mesti banyak kontek, barulah berjaya, kalau boleh ikut cara orang Cina berniaga mereka ramai kawan, yang boleh bertukar fikiran dan meminta nasihat kalau perlu.
''Tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini, dia sudah mula pandai balik rumah hingga subuh. Saya dek kerana terlalu sayang dan percaya, tidak pernah terfikir dia boleh memusnahkan harapan saya dengan bercinta lagi.
''Satu malam dia balik awal lepas makan malam dia meluahkan hasrat hatinya ingin berkahwin lagi. Nak pengsan saya. Hancur semua harapan, hilang sudah kepercayaan saya terhadapnya selama ini. Sebulan kami berperang, habis tu saya lancarkan perang dingin, harapan saya supaya dia ingat kepada janji kami dan segala pertolongan saya kepadanya selama ini, dan menjadikan dia dirinya sekarang..


Bercinta

''Tapi orang tengah bercinta segala nasihat tidak didengar lagi, dia tetap ingin berkahwin dengan kekasihnya seorang wanita bekas pelayan kelab malam, berstatus janda anak tiga lima tahun lebih tua daripada saya.
''Saya rasa tidak ramai isteri yang sanggup bermadu dengan rela. Saya minta pendapat keluarga, memang tidak ada yang setuju, ibu saya yang tua dan uzur menyerahkan segalanya kepada saya, dan dia tidak menghalang kalau saya bercerai. Kerana ibu tahu besarnya pengorbanan saya menjadikan suami saya dengan kedudukannya hari ini. Dan ibu amat kesal kerana pengorbanan saya selama ini tidak dihargai.
''Kerana permintaannya di bantah, dia jadi seorang peminum dan jarang-jarang balik ke rumah. Dia bukan lagi suami saya yang saya kenal dulu. Akhirnya saya terpaksa memberi kata dua kepada suami saya untuk melepaskan saya. Dua bulan lamanya dia membuat keputusan dan seterusnya dia meninggalkan rumah dan pindah ke rumah baru dengan wanita tersebut bersama anak-anaknya.
''Apa yang saya kesalkan sudahlah suami buat saya sedemikian rumah, adik beradiknya ikut memfitnah suami saya bahawa saya tidak hebat dirajang, terlalu sibuk bekerja, selalu berkursus dan paling menyakitkan hati bila dia menuduh saya membodohkan dirinya selama ini kerana mengikut cakap saya.
''Pada saya tuduhan membomohkan dia memang fitnah, siapa dia? Dia cuma kerani asalnya, kalau saya pandai cari bomoh lebih baik saya bomohkan jutawan atau pegawai tinggi kerajaan supaya kahwin dengan saya bukan dia! Kejayaan dia dalam perniagaan sekarang pun hasil modal saya kalau tidak hingga kini dia masih kerani lagi. Memang dasar tak sedar diri!
''Lebih pelik mengapa selepas 13 tahun berkahwin baru timbul isu bomoh? Sepatutnya saya tuduh suami saya yang bomohkan saya, kerana mahu berkahwin dengan dia cuma seorang kerani sedangkan saya ada izajah.
''Sesungguhnya Allah Maha Besar. Baru setahun berkahwin, hidupnya mula berantakan, sudahlah duitnya dikongkong oleh isteri barunya, nak jumpa anak-anak sendiri pun disekat. Sehinggakan telefon bimbitnya pun dikawal rapi.
''Namun saya tidak kisah saya mampu memberikan yang terbaik kepada anak-anak saya. Syukur kepada Allah anak-anak saya dapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan tahunan mereka. Hakikatnya perceraian kami sedikit pun tidak mengganggu pelajaran mereka, malah saya lihat hidup mereka lebih ceria lagi. Dengar cerita belum sampai dua tahun berkahwin bekas suami saya sudah jadi kaki hutang.
''Kini hidup saya lebih bahagia. Benarlah kata orang, kekayaan belum tentu menjadikan kita bahagia. Kini hati dan fikiran saya lebih tenang, tak perlu melihat jam pukul berapa suami balik. Tak perlu terkejar-kejar siapkan makanan bila suami balik, kini saya lebih bahagia hidup bersama anak-anak. Biarlah dia bahagia bersama anak-anak tiri dan isteri barunya, di situ mungkin dia lebih bahagia daripada dengan anak-anaknya sendiri.
''Bukan niat berdendam tetapi bila segala pergorbanan tidak dihargai, tiada gunanya bertahan dan berpura-pura bahagia. Saya ambil langkah tepat untuk membahagiakan diri dan anak-anak saya. Bukan menderita menunggu suami yang sudah lupa diri.
''Kepada kaum hawa di luar sana, saya ingin berpesan, anda tidak perlu berasa lemah jika ditinggalkan suami kerana Allah yang mengatur segala kehidupan kita. Tentunya ada hikmah yang tersembunyi di sebalik segala yang berlaku. Anda bukan perempuan malang. Tetapi anda terpilih untuk melalui ujian-Nya.'' Demikian cerita Khalida panjang lebar untuk menjadi teladan anda.
Yakinlah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, Terpulang kepada anda mentafsirkan tetapi kalau tidak yakin anda boleh berdikari, sabar dan telanlah atas apa yang berlaku.

Hukum bersetubuh pada siang Ramadan

ABU Hurairah, berkata, “Ketika kami duduk di sisi Nabi SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki menemui baginda, lalu berkata: Ya Rasulullah, aku telah binasa dan sengaja membuat bencana”. Nabi bersabda: “Apa yang terjadi”. Orang itu berkata: “Aku menyetubuhi isteriku, sedangkan aku berpuasa”.
Rasulullah bersabda, “Adakah anda mempunyai hamba perempuan untuk dimerdekakan? Lelaki itu menjawab: “Tidak punya”.
Sabda Nabi lagi: “Adakah anda mampu berpuasa dua bulan berturut-turut iaitu tidak berbuka sehari pun dalam tempoh dua bulan”,
Jawabnya: “Tidak mampu’.
Sabda Nabi lagi: “Adakah anda memiliki makanan untuk 60 penduduk miskin,”
Jawabnya: “Tidak punya makan sebanyak itu”.
Nabi terdiam, kami semua berdiam diri, tiba-tiba disampaikan kepada Nabi SAW sekarung kurma.
Nabi bersabda: ”Mana lelaki yang bertanya tadi?”.
Lelaki itu berkata: “Akulah orang itu”.
Sabda Nabi, “Ambil semua kurma ini dan sedekahkan”.
Lelaki itu bertanya,” Apakah wajib bersedekah kepada orang yang lebih fakir atau miskin dari diriku? Ya, Rasulullah, Demi Allah, tiada satu keluarga pun yang berada di antara (sempadan) Madinah ini lebih miskin dari keluarga ku.
Mendengar itu, Nabi SAW tertawa sehingga jelas nampak beberapa gigi taringnya kerana hairan mendengar keterangan sahabat yang amat miskin itu.
Beliau terus bersabda,” Kalau demikian, berikanlah makanan itu kepada keluargamu saja - iaitu anak isteri anda,” 1839 Sahih Bukhari.

Solat Benteng Kekuatan Iman



SOLAT lima waktu adalah tiang agama wajib dikerjakan setiap Muslim yang mengaku dirinya hamba Allah. Seseorang yang meninggalkan solat bererti mereka bukan saja menderhaka kepada Allah, malah benteng keimanan individu terbabit dalam keadaan cukup lemah. Mengerjakan solat dengan sempurna dapat membentuk pengukuhan iman sejati, sekali gus terselamat daripada melakukan maksiat kepada Allah. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu untuknya akan menjadi cahaya, petunjuk dan jaminan selamat pada hari akhirat. Sesiapa tidak memelihara solatnya, maka tidak mempunyai cahaya, petunjuk dan jaminan selamat, bahkan pada hari kiamat dia akan bersama-sama dengan Karun, Firaun, Hamman serta dengan Ubay bin Khalaf.” Seseorang yang meninggalkan solat, mereka akan menanggung bala bukan saja di dunia, malah pada saat kematian, di alam kubur dan juga di akhirat.





Bala diterima di dunia bagi mereka yang meninggalkan solat:

Allah akan menghilangkan berakah dari setiap rezeki diperoleh;
Allah mencabut cahaya orang salih daripada dirinya;
Dia akan dibenci oleh orang beriman.












Bala ketika saat meninggal dunia:

Roh akan dicabut ketika dalam keadaan dahaga, walaupun sudah meminum air dari seluruh sungai;
Kesakitan luar biasa ketika rohnya dicabut;
Dia dikhuatirkan kehilangan iman.












Bala di dalam kubur:

Takut terhadap pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir;
Kubur menjadi gelap gelita, sempit sehingga tulang rusuknya bersatu;



Bala di akhirat:

Hisab menjadi berat;
Dimurkai Allah SWT; Diseksa Allah SWT dengan api neraka. Demikianlah bala yang menanti bagi mereka meninggalkan solat lima waktu.

Menjaga Keseimbangan Puasa

AMALAN berpuasa bukan hanya berkisar kepada sudut rohaniah, malahan didapati mempunyai kesan positif terhadap fizikal badan. Bukan setakat memberi peluang sistem penghadaman berehat, malahan membolehkan metabolisma badan menurun dan kembali seimbang dengan keperluan badan.

Namun, menahan diri daripada lapar dan dahaga lebih 13 jam sehari memerlukan kita menjaga keseimbangan tenaga badan dan aktiviti harian. Kerana itu juga, amalan bersahur dan tidak melengahkan waktu berbuka digalakkan, supaya keperluan nutrien dan tenaga badan tidak terjejas sepanjang berpuasa.



AIR
Lebih 60 peratus (dua pertiga) struktur badan manusia dibina daripada air, elemen utama kehidupan. Berbanding nutrien lain yang diperlukan untuk tenaga badan, air merupakan satu keperluan asas yang diperlukan untuk badan terus berfungsi.
Kekurangan air badan (dehidrasi) boleh menjejaskan kesihatan dan juga mengancam nyawa bagi situasi kehilangan air berlaku secara berterusan (seperti muntah dan cirit-birit) .
Untuk memastikan badan mempunyai bekalan air secukupnya sepanjang waktu berpuasa, kita perlu menilai keperluan badan berdasarkan aktiviti harian, kesihatan diri dan juga cuaca.
Mereka yang kurang sihat, banyak melakukan aktiviti fizikal (berjalan, berlari) atau meredah cuaca panas memerlukan lebih banyak air dari biasa. Amalkan bersahur supaya dapat minum air secukupnya sebelum mula berpuasa.

Dehidrasi juga boleh berlaku akibat pengambilan kafein dan ubat tertentu, masalah sistem penghadaman, banyak berpeluh dan juga kandungan gula di dalam darah yang tinggi (diabetes). Adalah lebih baik mengamalkan pengambilan air kosong berbanding minuman berkafein, serta mendapatkan nasihat doktor mengenai ubat yang mungkin memberi kesan kepada kandungan air badan.



KEKEJANGAN
Antara kesan dehidrasi dan terlalu banyak aktiviti fizikal di siang hari adalah kekejangan otot. Kekejangan otot juga tidak terhad kepada otot kaki, malahan otot leher, belakang, perut dan sebagainya.
Kebiasaannya, kekejangan otot bukan sahaja akibat kekurangan air, tetapi juga melibatkan kekurangan oksigen, pengumpulan asid laktik serta kandungan sodium dan potasium darah yang rendah.
Kekejangan otot dapat dielakkan dengan pengambilan air serta garam galian yang cukup, terutamanya makanan yang tinggi dengan potasium. Bernafas dengan laju pula dikatakan dapat meredakan kekejangan akibat kurang oksigen dan pengumpulan asid laktik pada otot.
Urutan lembut, regangan serta menggunakan sesuatu yang suam atau sejuk juga mungkin dapat membantu. Haba dapat meningkatkan aliran darah permukaan, menjadikan otot lebih fleksibel dan mengurangkan rasa kejang.
Tekanan atau urutan kuat pada otot yang kejang pula hanya akan memburukkan lagi keadaan. Menggunakan sesuatu yang terlalu panas atau terlalu sejuk juga boleh membawa kepada kekejangan otot.
Asas yang ingin ditekankan di sini adalah pengambilan air secukupnya mengikut aktiviti fizikal, kesihatan badan dan cuaca. Elakkan berlakunya kekejangan mahupun mana-mana masalah kesihatan akibat kekurangan air atau nutrien keperluan badan.
Amalkan bersahur dan berhemah ketika berbuka.. Jangan tidur dijadikan alasan tidak bersahur dan jangan puasa dijadikan alasan 'membalas dendam' ketika berbuka. Jagalah keseimbangan berpuasa, mengikut keperluan agama dan juga badan.

Isnin, September 07, 2009

Masih Mencari Cinta ?





Masih Mencari Cinta ? Ramai yang ingin bercinta sebelum berkahwin. Bagi mereka, apabila bertemu seseorang yang dapat menyentuh hati dan perasaan seperti di dalam filem-filem telenovela Korea, atau filem-filem Hindi barulah mereka akan bersedia mendirikan rumahtangga. Selagi belum ada yang boleh mengusik hati dan perasaan, mereka akan menganggap semua itu bukanlah satu cinta sejati. Lalu mereka akan menjalani hidup mereka dengan berkhayal untuk menjumpai “Mr Right” atau “Ms Right” mereka. Mereka akan berasa gembira dan ingin mendirikan rumahtangga apabila individu-individu ini tiba-tiba muncul dalam hidup. Itupun setelah mereka “betul-betul mengenali” individu ini, berselisih faham, bertekak dan berbaik semula, BARULAH mereka mendakwa diri mereka sedang dilamun cinta. Apabila mendirikan rumahtangga, perasaan cinta itu dibawa bersama dengan harapan ia akan terus kekal begitu. Ramai yang terlupa atau tidak sedar bahawa tanggungjawab suami atau isteri adalah berbeza sekali dengan tanggungjawab sepasang kekasih, ia tidak terhad kepada menghantar dan menjemput dari tempat kerja sahaja. Ia lebih daripada itu. Ada pula yang terlampau “bahagia” sehingga melupakan kedua orang tua. Ada juga yang berasa tertekan dengan kehadiran anak-anak yang dikurniakan oleh Allah. Akhirnya alam perkhawinan mereka tidak menjadi seperti yang diinginkan, tidak seindah filem-filem telenovela Korea atau filem-filem cinta Hindi kerana ia akan diselubungi dengan pelbagai masalah.
ALAM PERCINTAAN SEBELUM BERKAHWIN
Bercinta sebelum berkahwin adalah sebahagian daripada budaya Hedonisme yang mengajar manusia fahaman “kebahagiaan hanya dicapai apabila ada keseronokkan di hati”. Akibatnya kebahagian itu hanya seketika kerana keseronokkan yang dilakukan kadang-kala mendatang masalah sosial dan masalah peribadi yang lain. Sedangkan Islam mengajar sesuatu yang lebih baik.

Budaya ini telah lama menyerap ke dalam masyarakat Melayu semenjak Hikayat 1001 malam dibukukan. Seseorang yang sedang khayal dan seronok bercinta dengan pasangannya akan menganggap diri mereka sedang menikmati kebahagiaan. Lalu kerana rasa bahagia inilah mereka membuat keputusan untuk mendirikan rumahtangga.

Persoalannya adalah mudah, mampukah kebahagian tersebut kekal 10 atau 20 tahun akan datang? Boleh atau tidak mereka berasa bahagia apabila hadir di antara mereka anak-anak dengan pelbagai kerenah.
WANITA MENGADU TENTANG CINTA KEPADA UMAR
Pada zaman Umar Al-Khattab r.a. sebagai khalifah, ada seorang wanita yang datang mengadu dan mengaku kepada beliau r.a. bahawa dirinya tidak lagi mencintai suaminya. Dia lalu meminta nasihat daripada Umar r.a. apakah cara terbaik dalam mengatasi masalah ini. Katanya hidup yang tidak dihiasi dengan cinta amat membosankan. Lalu Umar berkata “Jika ada di antara kamu, wahai perempuan, yang tidak cinta kepada seorang di antara kami para lelaki, tidak usahlah hal itu dikhabarkan kepadanya (suami itu). Kerana hanya sedikit rumahtangga yang dibina berdasarkan cinta. Kebanggaan hanyalah (rumahtangga) yang didirikan atas dasar hasab.” Hasab di sini bermaksud kemulian budi, sifat dermawan, sopan santun, akhlak yang baik dan sebagainya yang menyebabkan seseorang itu disegani. Dalam erti kata moden, imej yang baik. Kata-kata ini membawa maksud bahawa, amat jarang sekali sesuatu perkahwinan yang membanggakan dibina berdasarkan cinta.
Perkahwinan yang menjadi kebanggaan biasanya dibina atas dasar hasab yang baik. Ini adalah satu kata-kata emas yang jika direnung, ia membawa maksud yang amat mendalam. Sebenarnya terdapat pelbagai elemen lain yang dapat mempengaruhi kebahagiaan dan kebanggaan sesuatu rumahtangga selain cinta dan seks.
DISEBALIK PERKAHWINAN
Sepasang manusia yang diijab-kabulkan akan melalui pelbagai ujian daripada Allah swt. Masing-masing akan melihat kelemahan dan kelebihan diri yang lain. Justeru akan muncul pula perasaan benci, marah dan sebagainya. Tambahan pula, sebagai manusia kita tidak akan lari dari melakukan kesilapan. Keadaan akan menjadi buruk apabila kesilapan-kesilapan yang dilakukan menghakis sedikit demi sedikit perasaan cinta yang menjadi asas perkahwinan tersebut. Dititik inilah biasanya muncul masalah “suami curang” atau “isteri curang”. Masing-masing cuba mencari cinta baru dari luar rumah. Perilaku-perilaku ini seterusnya akan mewujudkan situasi yang amat buruk apabila perasaan cinta itu didorongi pula oleh nafsu seks. Apabila cinta itu terhakis, apa lagi yang tinggal dalam perkahwinan? Adakah ia mampu bertahan sehingga ke akhir hayat atau sebaliknya. Kita melihat banyak kes-kes penceraian di dada akhbar setiap hari. Kebanyakkannya berkahwin kerana cinta semasa mereka dan bukannya kerana menganggap bahawa perkahwinan adalah suruhan agama.
APABILA CINTA TIDAK MENJADI ASAS
Berbeza keadaan dengan rumahtangga yang tidak dibina atas asas cinta. Percintaan hanya wujud selepas perkahwinan. Banyak rumahtangga yang berjaya dibina berpuluh-puluh tahun lamanya dan dapat bertahan sehingga dipisahkan oleh liang lahat. Semakin hari semakin mesra, semakin sayang, semakin bahagia. Setiap hari kedua-dua pasangan sama-sama belajar mengenali satu sama lain. Berbeza dengan mereka yang mendirikan rumahtangga yang berasaskan cinta dan seks, mereka yang mendirikan rumahtangga atas sebab hasab akan menjumpai lebih banyak nikmat lain, mereka akan menjumpai kebahagian di dunia. Atas dasar itulah kita sering lihat masalah penceraian adalah perkara biasa pada zaman sekarang. Padahal ia adalah sesuatu yang jarang didengari dalam masyarakat Melayu lama. Masyarakat Melayu lama berkahwin bukan kerana soal seks atau cinta, tetapi pernikahan mereka adalah berdasarkan hasab. Siti Khadijah r.a. tidak pernah bercinta dengan Rasulullah s.a.w. . Beliau terpikat dengan Rasulullah s.a.w. disebabkan budi pekerti dan akhlak Rasulullah s.a.w. yang mulia. Perkahwinan beliau dengan Rasulullah s.a.w. kekal sehingga akhir hayat beliau. Faktor usia, harta dan keturunan bangsawan Rasulullah s.a.w. bukanlah faktor utama. Terdapat beberapa riwayat hadith yang menceritakan bagaimana sayangnya Rasulullah s.a.w kepada Khatijah r.a. melebihi isteri-isterinya yang lain. Di antaranya : Aisyah r.a. berkata, Aku tidak pernah cemburu kepada seorang pun dari isteri Nabi s.a.w seperti cemburuku kepada Khadijah karena Rasulullah banyak menyebutnya dan menyanjungnya dan setiap kali menyembelih kurban Nabi s.a.w. akan menyisihkannya sebahagian untuk dikirimkan kepada perempuan-perempuan sahabat Khadtijah. Kadang-kala aku berkata, “Seperti bumi ini tidak ada perempuan lain selain Khadtijah” Nabi s.a.w bersabda, “Demikian banyak kelebihan Khadtijah, dan darinya aku memperoleh anak.
{Riwayat Bukhari} Sejarah tidak melakarkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah melalui zaman percintaan bersama dengan Khadtijah r.a. sebelum mereka berumahtanggga. Malah Muhammad Hussein Haekal menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bimbang akan kedudukkan kewangannya apabila dicadangkan oleh Nurfaisah untuk berkahwin dengan Khadtijah r.a. {Sejarah Hidup Muhammad (terjemahan Ali Audah), Litera AntarNusa, Mac 2006, m/s 67} Ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak ada apa-apa hubungan dengan Khadtijah r.a. sebelum mereka berkahwin. Perkahwinan beliau r.a. dengan Khadtijah r.a. merupakan satu perkahwinan yang terhormat dan berasaskan hasab. Ini adalah selaras dengan wasiat Rasulullah s.a.w. kepada kita agar memilih calon-calon pasangan hidup yang beragama dan bukannya berasaskan percintaan. Hanya mereka yang menjiwai agama adalah mereka yang mempunyai budi pekerti dan akhlak yang baik. Kesimpulan Amat bijak sekali sekiranya kita mengambil keputusan untuk tidak menunggu lagi kemunculan “cinta sejati” Sebaliknya kita mula mencari mereka yang mempunyai agama yang baik, kahwinilah dan belajar mencintai mereka selepas berkahwin, kerana kebahagiannya telah pun dijamin oleh Rasulullah s.a.w., malah Allah telah menjanjikan rahmatNya.

Jika Rumah Itu Syurga…



Jika Rumah Itu Syurga…


Kata orang rumah adalah syurga bagi penghuninya. Benarkah? Kenyataan itu sungguh subjektif. Syurga yang bagaimana yang diimpikan oleh penghuninya?

“Syurga itu adalah rumahku. Akan aku hiasinya dengan rahmat dan berkat dari Allah s.w.t. Syurga itu dapat kucapai jika ahli keluargaku berpaksi kepada tiang agama, menjadikan al-Quran sebagai pegangan dalam melayari badai kehidupan. Akan ku hiasi syurga ini dengan senyuman yang manis dan kesabaran yang tinggi dari bidadari-bidadariku [isteri dan anak-anak perempuan]. Akan ku harumi syurga ini dengan wangian dari nilai-nilai mulia yang kami amalkan. Akan kupelihara syurga ini agar generasiku dalam menghayati keindahannya, kenikmatannya serta kebahagiannya.”

“Rumahku adalah syurgaku. Apa yang aku lakukan adalah kehendakku. Sesiapa pun tidak berhak menghalang apa yang ingin kulakukan. kerana ini adalah syurgaku. Perempuan yang menemaniku setiap masa adalah bidadariku. Tiada orang yang mengganggu itulah impianku dalam mengindahkan lagi syurga ini. Syurga ini akan kupenuhi dengan perkara-perkara [arak, dadah, perempuan] yang boleh melupakan aku dengan kepenatan, kesengsaraan.”


Kedua-dua dialog di atas menggambarkan dua situasi yang berbeza yang menunjukkan perkataan syurga sendiri mempunyai konotasi yang pelbagai kepada setiap individu. Tanpa kewarasan fikiran, syurga manakah yang layak buat kamu?

Teknik Bertengkar Secara Positif

Rasulullah bersabda, "Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."
(Riwayat Anas Bin Malik)

Tidak indahkah dijanjikan dengan sebuah rumah di tengah-tengah syurga? Sekalipun kita di pihak yang benar, namun untuk mengelakkan perbalahan berpanjangan, mengalah sahajalah. Rugikah kalau beralah? Bagi sesetengah orang yang mementingkan diri sendiri mungkin tidak munasabah jika mahu beralah tetapi apa kata kalau saya katakan ‘orang yang beralah akan menang besar kemudiannya?’

Pergaduhan suami isteri akan sentiasa berlaku. Bak lagu P.Ramlee ‘Sedang lidah lagi tergigit’. Anda tidak akan sentiasa boleh berkata ‘ok’ kepada isteri anda begitu juga dia. Setiap kali pergaduhan berlaku, pasti akan ada hati yang akan terluka terutamanya hati orang perempuan yang memang diketahui tidak dapat diramalkan.


Jika pergaduhan itu berpunca daripada sesuatu yang sangat kecil, maka jika kita perbesarkan, maka akan terlihatlah peribadi sebenar seseorang itu. Sungguh akan terlihat betapa hodoh sekali seseorang itu tambahan pula, mulutnya mudah sekali melancangkan kata-kata yang tidak sedap didengar.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor."
(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)
Dalam sabda ini, dapatlah kita fahami bahawa orang yang berkata keji bukanlah orang mukmin sebenar. Betapa iman kita dapat disukat dengan perlakuan yang sangat keji ini.
Pernahkah anda melihat pergaduhan suami isteri ini daripada sudut yang positif? Sebenarnya, pergaduhan akan menyebabkan terbentuknya satu penyatuan pelbagai perkara termasuklah cita rasa dan impian pasangan itu. Bagi mencapai tujuan inilah kita sering bertelingkah dengan pasangan untuk mencapai sesuatu yang terbaik. Tidaklah saya maksudkan pergaduhan adalah baik, namun hal ini adalah lebih baik daripada kita berdiam dan tidak berbincang sehingga akhirnya tidak ada penyatuan antara suami dan isteri.
Justeru, pergaduhan menjadi medium kepada pasangan dalam menyatukan kasih sayang. Setiap individu akan melahirkan perasaan tidak puas hati dan sebagainya. Maka, di sini adalah tempat untuk mencurahkan perasaan. Jadi, janganlah memendam perasaan sehingga jiwa kita menjadi tertekan ibarat belon yang akan pecah akibat ditiup dengan angin yang kuat. Jika tidak diluahkan, pasangan anda tidak mungkin akan tahu perkara yang ada dalam hati anda.



Di sini, saya akan kongsikan beberapa tip untuk bertengkar secara positif:

1. Jangan terlampau banyak bercakap
– Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk mem-betulkan keadaan.


2. Jangan menyebut kelemahan pasangan
– Bukan hanya isteri anda yang mempunyai kelemahan, anda juga ada ke-lemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan meninggikan suara.


3. Jangan membalas perbuatannya
– Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada isteri anda untuk menjauhi anda. Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda sendiri.


4. Jangan cuba mengubah pasangan
– Anda dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, isteri anda dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan anda.


5. Fokus pada masalah
– Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah.


6. Jangan tinggikan suara
– Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga isteri anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.


7. Gunakan panggilan manja
– Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.


8. Elakkan terlalu emosional
– Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang tidak-tidak terhadap lawannya.


9. Gunakan perkataan yang baik-baik
– Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"


10. Jangan bertengkar di depan makanan atau di tempat tidur
– Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera dan bermesra-mesra sesama sendiri.


11. Dengar luahan isteri
– Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh isteri anda itu dapat menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.


12. Jangan bergaduh di depan anak
– Dengan bergaduh di hadapan anak, anda hanya akan membuatkan anak keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak anda menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan menjejaskan imej anda sekeluarga.


13. Bersabar
– Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan isteri anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari isteri anda. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.


14. Say NO to third party
– Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah anda.


15. Mengalah tidak bererti kalah
– Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.


16. Jangan keluar dari rumah sebelum selesai
– Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan ini sebenarnya akan menyebab-kan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah. Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dahsyat akan menyebabkan mereka akan bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan. Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.


17. Luahkan
– Selain menjadi pendengar kepada permasalahan isteri, anda turut perlu meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.


18. Pelukan dan kemaafan
– Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute