Eksklusif: Pengalaman kakak melihat adik bertarung melawan H1N1
07 Aug 2009 12:09PM
GOLONGAN yang berisiko tinggi dijangkiti selsema babi H1N1 adalah perokok, pengidap asma, kanak-kanak, perempuan mengandung dan golongan emas.
Pada peringkat awal tanda-tandanya adalah batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tidak kuat.
Peringkat kedua adalah bila pengidap susah bernafas, simptom macam pengidap asma, pada peringkat ini jika kita memegang orang yang dijangkiti atau berada di dalam bilik yang sama risiko jangkitannya adalah 80 peratus. Masa ini pengidap perlu di kuarantin di hospital.
Masalahnya sekarang semakin ramai yang dijangkiti. Hospital tidak cukup katil dan bilik kuarantin. Seperti kes adik saya, apabila beliau pengsan baru ditahan di hospital.
Fasa kritikalApabila virus menjangkiti paru-paru. Dari ujian X-ray kita dapat lihat virus menutupi paru-paru. Dalam kes adik saya amat menakutkan sekali bila tengok x ray itu. Pada peringkat ini, pesakit perlu bantuan oksigen peringkat paling tinggi dan disuntik ubat antiviral, sejenis dadah yang kuat. Sekurang-kurangnya seminggu bergantung kepada bantuan penafasan oksigen. Peratus untuk sembuh pula bergantung kepada umur dan ketahanan badan.Kerana itu, bayi dan kanak-kanak yang sampai kepada tahap kritikal biasanya meninggal dunia. Adik saya hari ini, hari yang ke lapan, masih memerlukan oksigen. Kasihan dia. Masa tahap kritikal itu tercungap-cungap dia bernafas, sampai menangis.Sampai satu tahap dia berguling atas simen sebab dah tidak tahan, hampir putus asa, sampai dia boleh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia, itu lelaki tu, bayangkan kalau perempuan atau budak-budak.
Terima kasih doktor
Kami sekeluarga cuma boleh tengok dia dari cermin. Tidak boleh masuk dalam bilik kuarantin. Doktor dan jururawat sahaja yang dibenarkan masuk, siap pakai baju plastik. Kami berkomunikasi melalui SMS, bagi dia al-quran biar dia baca, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah, bagi air yasin. Alhamdulillah dia semakin pulih. Ada hikmahnya. Semua keluarga bersatu menyokong adik kami yang dijangkiti H1N1. Masalahnya hospital swasta tidak terima kes H1N1, sekarang ini semua bergantung kepada hospital kerajaan yang kebanyakkan doktornya masih muda. Doktor yang merawat adik saya berusia 28 tahun. Satu doktor 5 pesakit, kasihan pula tengok doktor-doktor itu, berhempas pulas hendak selamatkan pesakit. Kami sekeluarga begitu terharu dengan pengorbanan doktor-doktor ini, terutamanya di hospital Ampang. Dari pengalaman kami, ada doktor yang sampai bermalam di hospital semata-mata untuk merawat pesakit. Rasa nak peluk dan cium dia orang sebab selamatkan adik saya. Thanks to Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan