Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani
untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.
Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka
yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan
dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik
dan lebih tinggi dariku".
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam
hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan
diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak
ini jauh lebih baik dariku"..
Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah
(dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama
dariku, tentu dia lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang berilmu,
maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan
kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan
pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui
dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik
dariku."
Jika bertemu dengan seorang yang bodoh,
maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh
(tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya
padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan
umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
Jika bertemu dengan orang kafir, maka
katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,
mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan
beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia
diriku kufur dan berbuat buruk.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan