Lawatan Sambil Belajar ke Hostel Tertua di Kuala Lumpur --> Pudu Jail
Semalam, saya bersama rakan-rakan artis iaitu OmranFX, Sniper dan Jimmy dibantu oleh kakitangan hostel Encik Hamdan, kami akhirnya berjaya menakluk salah sebuah tempat yg sangat menjadi idaman kami untuk kami mengadakan sesi fotografi.Sebenarnya kebenaran untuk mengadakan sesi tersebut sudah dipinta semenjak dari bulan Oktober 2009 tahun lepas, tetapi disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan, kami cuma mendapat kelulusan pada saat-saat akhir iaitu pada hari Khamis baru-baru ini
Sesi yang berlansung dari pukul 10pagi sehingga ke pukul 4.30petang memang tidak di sia-siakan untuk kami mengambil iktibar dan pengalaman dari lawatan ini. Kami menggunakan sebaik peluang yang ada untuk kami capture sebaik mungkin gambar since ini adalah satu2nya peluang yang ada dan selepas ini kami mungkin tidak berpeluang lagi untuk berada diatas tapak hostel ini since khabarnya akan diwujudkan pembangunan lain dan seterusnya melenyapkan tapak hostel tersebut.
Baldi hitam ini merupakan tandas utk di gunakan pesalah ketika
berada di dalam sel. Baldi ini di kongsi 7 pesalah pada satu masa
sebelum boleh keluar untuk di bersihkan. Hanya segulung kertas
tisu di sediakan pada satu malam. (Blok Tengah - Aras 2)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan