Untuk kenderaan penumpang persendirian.
- lapisan bunga menyentuh tanda paras amaran botak (tread wear indicator) atau capai ukuran minima 1.6mm.
- terdapat rekahan, tanda haus yang tidak sekata atau terdapat benjol di permukaan bunga/ dinding tayar.
- pernah pancit lebih 5 kali di kawasan bunga tayar (tayar yang sama) atau lubang pancit (punctured hole) berdekatan satu sama lain (anggaran 1 inci).
- pancit di dinding (side wall) atau bahu tayar sebelah bawah (lower shoulder).
- kecederaan atau kerosakan pada dinding tayar.
- bunga tayar yang tidak sekata akibat dari pakir yang lama.
- tayar yang digunakan melebihi dari 5 tahun penggunaannya.
- sila hubungi kedai tayar yang bertauliah untuk pemeriksaan dan maklumat lanjut.
Punca-punca penyebab tayar meletup.
- kurang tekanan angin dalam tayar.
- tayar terlebih angin.
- membawa lebih muatan dari had kemampuan tayar.
- terlanggar objek atau lubang yang besar pada permukaan tayar.
- penggunaan tayar melebihi jangka hayat.
- penggunaan tayar yang sedia rosak seperti terdapat benjolan dan luka/koyak.
- penggunaan melebihi dari tanda paras amaran botak (TWI).
- gaya pemanduan melebihi kemampuan tayar.
- pemilihan tayar yang salah seperti had berat dan index kelajuan lebih rendah dari penggunan asal (bacaan index berat dan kelajuan lebihrendah dari spesifikasi pengilang kenderaan).
- tidak menyelenggara tayar dengan sempurna seperti pengabaian penjajaran dan pengimbangan tayar (wheel alignment and balancing).
- terdapat kesan rekahan pada dinding dan lapisan bunga tayar.
- proses pembaikan dan penampalan selepas kebocoran yang tidak betul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan