Bismillah

MY BLOG


Rabu, September 09, 2009

76 Tip Untuk Pikat Hati Isteri

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu
sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.


2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjuk
kan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan
hari ini.


3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya
soalan kepadanya


4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya,
tapi tunjukkan sifat memahami anda.


5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa
menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap
hari.


6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya
pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tari
kh atau
perayaan yang bermakna.


7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari
sebelum itu,jangan menunggu hingga malam
Jumaat
k
emudian bertanya pula apakah yang hendak buat

.


8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau
terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda
untuk memasak pula.


9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan
keanggunan rupa parasnya.


10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa
letih dan penat.


12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal
agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.


13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk
menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.


14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya
mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak.
Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.


15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya
rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya.
Saya
kasihan awak tersinggung. Kemudian diamlah, biarkan
dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.






16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggung
nya itu bukan salah anda.


17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda
perlukan sedikit masa untuk berfikir mengena
i
sesuatu.


18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang
ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang
menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan
tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak
menyangka yang bukan-bukan.


19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda
kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda
dapat menghangatkan jiwanya.


20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda,
letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang
anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian
sepenuhnya.


21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan,
sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula,
terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok
bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.


22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa
yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda
dengan melakukan beberapa kerja yang akan
dilakuka
nnya.

23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia
adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa
pula membelinya.


24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau
mahu keluar.


25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu
waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isyaâ.
Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga
pelukan pada waktu yang terluang.


26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya
khabar atau kongsikan sesuatu yang menari
k,
atau hanya katakan.' Aku cinta padamu'.


27. Katakan ˜Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya
sekali sehari.


28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan
membersihkan bilik tidur.


29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke
bakul yang dikhaskan.


30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah
penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong
letakkan plastik sampah dalam tong tu.


31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar
dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor
telefon tempat itu..


32. Basuhkan kereta yang dipakainya.

33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian
sebelum jimaâ jika itu yang dia suka.


34. Bila dia merasa marah kepada seseorang,
eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda
tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh
diselesaikan kemudian.


35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.

36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya
yang bukan bertujuan untuk jimaâ




37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan
anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda
lain, atau melihat jam.


38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya
walau di khalayak ramai.


39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan
tangan anda kaku dan lumpuh.


40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang
dia suka agar anda boleh suruh dia memilih ap
a yang
dia memang gemar.


41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan
bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak
makan.


42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke
tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu
adalah tempat yang baik atau diharuskan.


43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai
pakaian bersama-sama.


44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba
mahu menukar pakaiannya.


45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada
orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.


46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda.
Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri
mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih
awal sebagai contoh kepada mereka.


47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz
tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih
digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk
dijahit kemudiannya.


49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian
atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan..


50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk
melakukan sesuatu yang romantik.


51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam
dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar
terbaru bila sudah sampai masanya.


52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh.
Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga
mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan
sedangkan anda boleh laju.


53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan
komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti
˜Awak nampaknya gembira hari ini" atau ˜Awak nampak
letih" dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu
apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.


54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah
tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan
memandu arah kepada anda.


55. Solat bersama dan berdoa bersama.

56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani
s
emasa awal-awal dahulu.

58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah.
nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula
tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu
anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan
gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah
pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.


59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar
yang menarik minatnya.


60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya
yang anda terima melalui telefon.


61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda
sudah mandi.


62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk
membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk
bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan,
letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.


63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah
ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ˜Betul kata awak". Di masa yang sesuai,
pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata
kepadanya.


65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat
hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain
yang dia hubungi.



66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah
ke kamar seiring dengannya.


67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata
selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah

.
68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk
anda.


70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan
kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang
dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda
kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.


72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya
bahawa anda rindu padanya.


73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan
hargai pandangannya.


75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama
wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila
lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara
ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa
dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.


76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja
kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia
gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute