Abu Dzar r.a katanya :
Aku bertanya : Wahai Rasulullah !
Masjid manakah yang pertama diasaskan atas muka bumi ini?
Rasulullah menjawab : Masjidilharam.
Aku bertanya lagi: Setelah itu masjid mana pula?
Baginda menjawab : Empat puluh tahun.
Walau pun begitu dimana saja kamu berada apabila tiba waktu sembahyang dirikanlah sembahyang kerana disitu juga merupakan masjid.
Rasulullah s.a.w bersabda :
aku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan
kepada seorang Nabi pun sebelumku.
Semua Nabi sebelumku hanya diutuskan khusus
kepada kaumnya sahaja sedangkan aku diutuskan
kepada manusia yang berkulit merah dan hitam
iaitu seluruh manusia. Dihalalkan untukku harta
rampasan perang sedangkan ianya tidak pernah
dihalalkan kepada seorang Nabi pun sebelumku.
disediakan untukku
bumi yang subur lagi suci sebagai tempat untuk
sujud iaitu solat.
Maka sesiapa pun apabila tiba waktu solat
walau di mana
saja dia berada hendaklah dia mendirikan solat .
Aku juga diberkan pertolongan secara dapat
menakutkan musuh dari jarak perjalanan selama
satu bulan.
Aku juga diberikan hak untuk memberi syafaat.
BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID
Ertinya:
Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw.
bersabda:
"Tidak berlaku (terjadi) hari qiamat sehingga umat ku
bermegah-megah (dengan binaan) masjid".
Keterangan
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, ialah umat Islam berbangga
dan bermegah-megah dengan masjid yang mereka bina.
Masing-masing
negara berbangga dan merasa megah dengan bangunan masjid.
Perhatian mereka hanya kepada keindahan masjid sahaja, tidak
kepada pengisian masjid dengan ibadat dan solat berjamaah.
Banyak masjid-masjid yang indah,besar dan cantik, tetapi
yang datang bersembahyang di dalamnya hanya segelintir
manusia sahaja.~
~H.R Abu Daud
--
Tiada ulasan:
Catat Ulasan