KISAH lilin dan protes aman terhadap sesuatu perkara seakan sudah sinonim. Ketika bersekolah dulu, setiap kali sambutan hari guru, kami akan melukis gambar di papan hitam lakaran lilin dikelilingi bunga-bungaan simbol guru yang membakar diri menerangi insan lain. Atau kata mudah, guru berkorban jiwa dan raga untuk mendidik anak bangsa menjadi pandai dan fasih berbahasa Inggeris sebagai contoh.
Di sesetengah negara orang memprotes dengan lebih berani dan tegas ialah dengan menjadikan dirinya lilin dalam erti kata sebenar membakar diri. Ia umpama luahan rasa paling melampau dibuat oleh golongan yang memprotes. Di Malaysia hanya lilin sebagai galang ganti, asal niat itu sampai. Lilin dalam banyak upacara pelbagai bangsa sebagai menunjukkan kesucian dan rasa terharu yang teramat sangat kepada sesuatu keadaan dan peristiwa.
Bagi orang Muslim lain pula caranya iaitu kita berdoa dan terus berdoa, beristikharah dan tiada istilah bertafakur. Upacara Karwa Cauth dalam budaya etnik India misalnya api yang dimasukkan dalam bekas kecil akan dihanyutkan ke sungai menandakan kasih isteri kepada suami yang suci selain puasa sebagai tanda pengorbanan. Api nyata adalah simbol suci budaya dan agama yang bukan daripada Islam. Kesedihan dan kepiluan juga kegembiraan dilambangkan oleh nyalaan lilin. Apabila menyambut hari jadi yang bukan budaya Melayu dan Islam, orang akan meniup lilin menandakan berapa banyak usianya sudah padam dan orang ramai akan berebut makan kek yang ditiup dengan hembusan penuh keghairahan diri yang semakin tua. Lilin dalam konteks ini jelas satu peringatan kepada diri dan orang ramai, namun lilin yang dipasang kerana protes terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kematian seseorang yang dianggap disebabkan sesuatu sebab yang hanya Tuhan yang tahu, perlu dirasionalkan oleh pemimpin Islam dan Melayu.

Kalau bukan Islam, kita tidak kisah namun apabila lilin dibawa dan dibiar padam kemudiannya menandakan betapa untuk tujuan keduniaan dan nikmat dunia yang sementara seorang Muslim sanggup bertafakur serta merelakan diri berada dalam upacara yang meragukan. Sepatutnya sebagai seorang Muslim, kita tahu bahawa seseorang yang beragama dan berbudaya lain, mereka ada cara dan kaedah yang mereka perlu patuhi untuk menunjukkan hormat kepada mendiang. Namun jika kita berasa kita akan berdosa tidak bersekongkol melakukan upacara sedemikian, maka rakyat perlu bijak menilai tindak-tanduk yang langsung tidak boleh dikompromi. Mereka akan berkata mereka betul kerana niat mereka untuk menunjukkan protes senyap setelah protes vokal dianggap tidak mampu menyedarkan pihak lain. Lilin dan api ibarat kata pujangga ketika kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan. Kita bimbang api lilin yang kecil dipasang di setiap upacara memperingati sesuatu peristiwa dan seseorang, bertukar menjadi api kemarahan dan protes yang menggila.
Seumpama yoga dulu, manteranya jelas tersasar daripada landasan Islam dan kita sebagai umat Islam diharamkan mengamalkannya. Begitu juga lilin, walaupun indah dinyanyikan lagu mengenai lilin, ia mampu membakar sesuatu yang indah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan