Bismillah

MY BLOG


Selasa, Julai 21, 2009

Pantang Larang Berkaitan Makan

Orang Melayu zaman dulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian. Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu. Tapi kekadang kita suke buat2 lupe dan anggap benda2 tu tahyul tapi ianya sekadar nak 'menipu' anak2 mase kecik2... yelah, kalau cakap benda yang betul pun manelah budak2 kecik nak paham kan? Inilah serba-sedikit pantang-larang orang tua-tua pasal makan...

PANTANG LARANG BERKAITAN DENGAN MAKAN

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki. - (makan ikut atas keluar kut bawah..he..he)

2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh. -(sebenarnya buruk lantak - makan banyak)

3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.- (sedap ke??? kalau jadi nasi ayam ke nasi beriani ke sedap le...)

4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah. -(ada ke orang makan benda ni)

5. Makan leher ayam nanti mengantuk semasa bersanding. -( keje nak lentuk je)

6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil. -(yang ni ada betulnya..tapi membazirkan kalau makanan tak habis)

7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing. -(pinggan yang elok-elok simpan dalam lemari untuk tetamu je...)

8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu. -(dalam Islam pun tak baik buat macam ni... menjurus kearah kepapaan)

9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar. -(yang ni dulu arwah tok aku pun ada cakap aku punya le cari pisang kembar sebab nak anak kembar, tapi sampai anak 6 pun tak ada yang,kembar..he..he)

10. Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua. -(yang ni orang lelaki suka, kalau tengok mereka makan pinggan bertindih ada makna tu..)

11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.-(tengok le apa yang kita makan, kalau makan laksa ke takan nak makan sambil berjalan).

12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.-(buah berangan songsang tu camana???)

13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki. -(buruk bebenor..., tak cukup sudu kot..)

14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit. -(ye lee...dah kenyang, keje nak lena je...)

Suzy:- Apa pun pantang larang orangtua ni ada juga betulnya..... orangtua ni banyak muslihatnya..kadang-kadang mereka tak berterus terang atau beri penjelasannya, kenapa ini tak boleh, itu tak boleh.... Selalunya penjelasan mereka ke arah yang menakutkan..contohnya :- tak elok duduk atas bantal nanti tumbuh bisul... sebab takut tumbuh bisul yang menyakitkan tu, budak-budak pun tak duduk atas bantal. Kalau difikirkan bantalkan alas untuk letak kepala ni kita letak "bontot" pulak... pas tu tambah perfume lak....ha..ha. Fikir-fikirkanlan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute