Cinta terlalu kompleks untuk ditafsirkan melalui kata-kata. Tetapi perasaan mampu mentafsirkan satu-satunya kalimah keramat ini. Terkadang perasaan ini memberikan penderitaan yang begitu melukakan, tetapi perasaan ini jugalah yang mampu memberikan kekuatan kepada insan. Dan yang pasti cinta akan terus memberi tanpa henti.
Cinta pertama berputik di hati Rasulullah s.a.w terhadap Saidatina Khadijah menjelaskan cinta sememangnya tidak berhenti memberi. Rasulullah dilamar Khadijah ketika mana baginda menjadi duta dagangannya ketika di usia mudanya. Sekalipun perbezaan usia mungkin menjadi nilaian oleh sebahagian mata, namun Rasulullah s.a.w mencintai Khadijah ikhlas hanya kerana Allah.
Oleh kerana cinta yang mendalam, pemergian isteri baginda Khadijah begitu memberikan kesan pada kehidupan baginda. Kesedihan sering bersama baginda sehinggakan isteri-isteri baginda yang lain cemburu melihat dalamnya cinta Rasulullah terhadap Khadijah.Tetapi perasaan cinta akan terus memberi kasih sayang yang terbaik sekalipun Khadijah sudah tiada. Kerana terkenangkan Khadijah, Rasulullah selalu mengasihi anak-anak yatim dan selalu memberikan sedekah kepada anak-anak yatim untuk menyatakan kerinduan baginda kepada Khadijah.
Mungkin juga anda memahami cinta Rabiatul Adawiah yang agung. Kerinduan bertemu Allah SWT menjadikan dirinya memberikan sepenuh rasa cintanya di hamparan sejadah. Sehinggakan beliau sanggup mengetepikan keindahan dunia, dan memberikan cinta sucinya hanya untuk Allah. Cinta sejati tidak akan putus memberikan yang terbaik untuk yang dicintainya. Terpulanglah kepada siapa yang dicintainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan