Qada’ dan Fidyah Puasa
Walaupun bulan Ramadhan telah pun berlalu,
tapi masih tidak terlewat rasanya kalau kita
berkongsi maklumat mengenai fidyah & qada’
puasa ni. Mungkin ada yang kurang jelas
tentang perkara ni.
Fidyah adalah denda yang harus dibayarkan
kepada orang faqir/miskin yang disebabkan
meninggalkan puasa wajib bulan
Ramadhan dan yang menyebabkan seseorang
harus membayar fidyah adalah karena beberapa hal,
antaranya:
1. Tidak mampu
Orang yang tidak mampu untuk berpuasa seperti
orang yang sudah tua maka boleh meninggalkan kewajiban
puasa Ramadhan. Dan sebagai gantinya, tidak
perlu mengqada‘/mengganti puasa di hari lain,
tetapi perlu mengganti dengan membayar 1 cupak
makanan kepada fakir miskin satu hari untuk
satu orang.
Alah berfirman:
Dan wajib bagi orang-orang yang berat
menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa)
membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang
miskin”. (QS. Al-Baqarah: 184).
2. Sakit
Sakit yang dikategorikan sukar untuk sembuhkan
lagi, sehingga tidak mungkin baginya untuk
mengqada‘ puasa di hari lain. Karena itu
bagi mereka yang menderita sakit seperti ini,
perlu mengganti puasa dengan membayar fidyah.
3. Hamil/Menyusui
Wanita yang hamil atau menyusui anak
boleh tidak berpuasa di bulan Ramadhan.
Menurut sebagian ulama, untuk menggantinya
adalah dengan mengqada‘ dan juga membayar fidyah.
Namun sebagian lain seperti Al-Hanafiyah
mengatakan cukup mengqada‘ saja tanpa membayar
fidyah.
Hadits Nabi SAW
Dari Ibnu Abbas ra. Berkata, Keringanan buat l
elaki dan wanita yang usia lanjut yang tidak mampu
puasa adalah boleh berbuka dengan membayar (fidyah),
memberi makan 1 orang miskin untuk sehari.
Dan keringanan buat wanita hamil dan
menyusui kerana khuatirkan anak mereka
adalah dengan membayar fidyah.(HR Abu Daud)
Sebab Perbezaan
Para ulama memang berbeza pendapat dalam
mengkategorikan wanita hamil dan
menyusui, apakah digolongkan sebagai orang
sakit atau sebagai orang yang lemah/tidak
mampu berpuasa (seperti orangtua dan lain-lain).
Yang mengkategorikan sebagai orang sakit,
maka mewajibkan qada‘/mengganti puasa,
karena bagi orang sakit memang wajib qada‘.
Firman Allah:
Maka barang siapa yang sakit atau dalam
perjalanan (lalu dia berbuka), maka wajib
mengganti sebanyak hari yang dia tinggalkan
itu pada hari-hari yang lain (QS Al-Baqarah: 184)
Sedangkan yang mengkategorikan orang
lemah/tidak mampu puasa, mewajibkan bayar fidyah tanpa qada‘.
Dalilnya adalah terusan ayat diatas:
Dan bagi orang-orang yang berat menjalankannya (
jika mereka tidak puasa) membayar fidyah) yaitu
memberi makan seorang miskin (Al-Baqarah 184).
Dan Imam syafi‘i mewajibkan keduanya iaitu
bayar fidyah dan juga qada karena beliau
memasukkan orang hamil sebagai orang sakit
sekaligus pula orang lemah.
Wallahu a‘lam bis-shawab.
(sumber dari: http://www.pks- jaksel.or. id/Article1416. html)
Ok, kat sini kita kongsi 1 kes:
Abu kini berumur 53 tahun, ketika Abu berumur 17,18,19
dan 20 tahun. Dia tidak pernah berpuasa Ramadhan.
Kini dia berazam dan bertekad untuk mengqada’kan
puasa yang ditinggalkan selama 4 tahun itu.
1. Berapa hari puasa yang wajib digantinya?
2. Apakah dia perlu membayar apa² denda (fidyah),
dan berapa jumlahnya?
Jawapan:
1. jumlah hari yang wajib di qada’ ialah
30 hari x 4 bulan Ramadhan= 120 hari
2. Ya, perlu membayar fidyah. 1 cupak untuk
sehari x 30 hari Ramadhan x jumlah tahun yang
dilangkah
a) umur 17 tahun (36 tahun yang lalu)
30 cupak x 36 tahun = 1080 cupak
b) umur 18 tahun (35 tahun yang lalu)
30 cupak x 35 tahun = 1050 cupak
c) umur 19 tahun (34 tahun yang lalu)
30 cupak x 34 tahun = 1020 cupak
d) umur 20 tahun (33 tahun yang lalu)
30 cupak x 33 tahun = 990 cupak
Jumlah puasa yg perlu diganti: 120 hari
Jumlah fidyah yg perlu dibayar: 4140 cupak
nota:
1 cupak = 0.688 kg (1 gantang = 4 cupak = 2.75 kg )
untuk kiraan lebih tepat, sila dapatkan maklumat
dari lembaga zakat negeri memasing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan