Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya
pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa
anda menangis?"
pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa
anda menangis?"
Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku
menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu
tidak menyembah berhala tetapi mereka
berlakuriak dengan amalan perbuatan mereka."
Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga
akan naik membawa amal perbuatan para hamba
dari puasanya, solatnya, dermanya dan
sebagainya. Para malaikat itu mempunyai
suara seperti suaralebah dan mempunyai
sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000
malaikat dan mereka membawake langit
ketujuh."
Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada
para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua
dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka
pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah
hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya
kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang
tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada
Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana
Allah)."
"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi
sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk
menjadi popular di kota dan di kalangan umum.
Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya
tidak membiarkan amalnya melewati saya akan
sampai selain kepada saya."
Malaikat penjaga membawa amal orang-orang
soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di
langit sehingga terbuka semua aling-aling dan
sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti
dihariban Allah dan memberikan persaksian
terhadapamal orang tersebut yang betul-
betul soleh danikhlas kerana Allah.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah(malaikat penjaga) pada amal-amal
perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang
mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknatpara malaikat dan laknat
segala sesuatu dilangit."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan