
Kala anda memandu sendirian, kedengaran satu irama lagu lama yang begitu memberi nostaglia kepada diri anda di radio. Serentak dengan itu hati anda tiba-tiba berbunga dan terimbas kembali kisah cinta lama.
Mood sedih, stres beransur hilang dari ingatan setelah mendengar lagu tersebut. Tak sanagka sebuah lagu boleh mengubah mood anda bukan?
Siapa yang tidak membesar dengan lagu, dari kecil kita didengarkan dengan lagu nasyid ketika ibu mendodoikan dalam pelukan, menginjak kanak-kanak lagu di tadika menjadi hiburan setiap hari.Menjelang remaja, lagu-lagu cinta mula mengambil tempat dan begitulah apabila mempunyai pasangan dan begitulah seterusnya, pasti ada satu lagu yang liriknya begitu bermakna dalam hubungan anda berdua.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi membuktikan, muzik, terutamanya muzik klasik amat mempengaruhi perkembangan IQ (Intelegent Quotien) dan EQ (Emotional Quotien).
Seorang bayi yang biasanya didengarkan dengan bunyi akan lebih berkembang kecerdasan, emosional dan kecerdikannya berbanding bayi yang jarang didedahkan dengan bunyi.
Jadi bagaimana muzik boleh membangkitkan rasa cinta dalam hubungan anda?

Dalam satu situasi yang mana pasangan suami isteri telah memasuki satu fasa yang sibuk untuk 'beromantis', muzik boleh menjadi pengantara untuk tujuan tersebut. Tidaka salah untuk memutar kembali lagu-lagu lama yang pernah anda minati supaya boleh mencipta mood dalam hidup.
Anda dan pasangan boleh menikmati muzik dalam keadaan tenang, bersedia dan tanpa gangguan lain (pastikan anak sudah tidur dan tiada bebanan kerja menanti). Pasti mood anda berdua akan bersemarak kembali seperti zaman percintaan dulu.
Seorang ahli muzik dan pendidik mengatakan, muzik klasik secara umumnya berasal dari ritma denyut nadi manusia. Ia mempunyai pengaruh yang besar dalam perkembangan otak, pembentukan jiwa, karakter, bahkan manusia secara keseluruhannya.
Kajian juga menunjukkan muzik mempunyai tiga bahagian utama iaitu rentak (beat), ritma dan harmoni. Rentak mempengaruhi tubuh, ritma mempengaruhi jiwa manakala harmoni mempengaruhi roh. Contoh paling jelas ialah apabila kita mendengar muzik rock, pasti tubuh juga akan bergerak seiring dengan muzik. Jika hati di rendung kesedihan, kita cenderung memilih irama yang indah dan teratur. Perasaan kita akan lebih tenang dan lega.
Jika dilihat di luar negara, kebanyakkan hospital akan memperdengarkan lagu-lagu berirama sentimental untuk membantu menyembuhkan pesakitnya.
Ini suatu bukti bahawa ritma amat mempengaruhi jiwa manusia, sedangkan harmoni pula mempunyai pengaruh besar dalam roh.
Jika kita menonton filem seram misalnya, pasti ada muzik melatari setiap babak suspen yang boleh membuatkan bulu roma kita tegak berdiri. Kesimpulannya muzik yang baik bagi kehidupan manusia adalah muzik yang seimbang antara rentak, ritma dan harmoninya.

Kajian impak muzik terhadap tumbuhan.
Seorang ahli biofizik telah melakukan satu eksperimen khas tentang pengaruh muzik terhadap kehidupan makhluk hidup.
Dua tanaman dari jenis dan usia yang sama diletakkan pada tempat yang berbeza. Satu diletakkan dekat pembesar suara yang menyajikan lagu-lagu slow rock dan heavy rock, manakala satu lagi diletakkan pada pembesar suara yang memperdengarkan lagu-lagu yang indah dan berirama teratur.
Dalam beberapa hari ternampak perbezaan yang ketara pada kedua-dua tumbuhan tersebut. Tanaman yang berada dekat speaker lagu heavy rock layu dan mati, sedangkan tanaman yang berada ddekar dengan speaker lagu-lagu indah, tumbuh segar dan berbunga.
Suatu bukti yang amat nyata ialah muzik mempengaruhi kehidupan makhluk hidup. Alam semesta anugerah Allah SWT juga dianugerahi muzik alam yang sungguh indah. Derburan ombak di laut, deru angin dan rintik hujan merupakan muzik alam yang sangat indah dan istimewa. Dan memang sudah terbukti bahawa bunyi dari alam sekitar juga mempunyai pengaruhi yang besar dalam kesihatan mental manusia.
Seorang pujangga pernah berkata, jika anda merasakan hidup anda kusut, cuba anda cek samada anda telah mendengar muzik atau tidak pada hari tersebut....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan