Bismillah

MY BLOG


Jumaat, Ogos 28, 2009

KITA LAYAN JAB....LAWAK...

Citer 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..


Citer 2
Ader la sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. Seorang budak pun membuka pintu.
Budak : derma ape bang?
Lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
Budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
Lelaki : ?????


Citer 3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk.... .... Benci .........


Citer 4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!


Citer 5
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.

So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang. So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia,
"AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA.
"So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Takpasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.


Citer 6
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Citer 7
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
"Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Citer 8
Orang Asli Dan Polis
Orang asli : selamat pagi
Tuanpolis : selamat pagi
Polis : apa hal
Orang Asli : saya nak buat repot tuan
Polis : fasal apa tu
Orang Asli : kawan saya di baham harimau
Polis : pukul berapa
Orang Asli : dia tak pukul, terkam
Polis : habis?
Orang Asli : tak habis, tinggal kepala


Citer 9
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya:
" Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"
"Dah tentu, " jawab doktor.
"Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.


Citer 10
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..


.Citer 11
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"


Citer 12
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Andai Ini Ramadhan Terakhirku

ANDAI INI YANG TERAKHIR



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu siangnya engkau sibuk berzikir

tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu

mendayu..merayu...kepada-NYA

Tuhan yang satu



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu

solat yang dikerjakan...

sungguh khusyuk lagi tawadhu'tubuh dan qalbu...

bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil...

menangisi kecurangan janji

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan

hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu

setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja

di setiap kesempatan juga masa yang terluang

alunan Al-Quran bakal kau dendang...

bakal kau syairkan



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu malammu engkau sibukkan dengan

bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...

mengadu...merintih...meminta belas kasih

"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU

namun...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

tentu dirimu tak akan melupakan

mereka yang tersayang

mari kita meriahkan Ramadhan

kita buru...kita cari...suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...
rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan 'Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redho Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...
paling berseri... menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN

Selingkar Kisah - Lelaki Dan Wanita

Good reading...



WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).Kamu, tulang rusukku!



Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...



Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan .Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.



Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidak dewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!! "Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.



Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya,bertekad untuk berpisah."Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .



Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.



Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat dimana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.



LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."



Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.



Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat... .Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati...

Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah katakata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Rabu, Ogos 26, 2009

Why Women Are So Special


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti...dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...




susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi....check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu....memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam....dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah...


tik...bunyi air dah masak.....salin air dalam flusk...ok settle..

.
baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska....check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers.


4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol....basuh botol jap...ok settle...


ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2


pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die...ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...


Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..."...."...yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."


masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang....pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...


nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...


bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...


la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2....kemaskan baju gantung2....masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..


dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup...ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..


ni mainan ni sepah2....masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.....ok dah ...





ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...


aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm....setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..


ahh....boring....panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata....Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ....dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....


So?.....apa yang peliknya..??


Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT.....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...





Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka....well, women understand women better...


foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan
2 dengan lebih baik lagi...


Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah....setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...


Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

Selingkar Kisah - Terima Kasih Ibu


Cerita bermula ketika aku masih kecil, aku terlahir sebagai seorang anak laki-laki dari sebuah keluarga yang amat sederhana. Bahkan untuk makan saja,seringkali kekurangan. Ketika makan, ibu sering memberikan bagian nasinya untukku. Sambil memindahkan nasi ke mangkukku, ibu berkata, “Makanlah nak, aku tidak lapar.” Dan setelah aku dewasa aku baru tersadar bahwa saat itu ibu telah berbohong.
Ketika saya mulai menginjak remaja, ibu yang sangat menyayangi anak-anaknya selalu gigih dalam membantu ayah mencari nafkah. Berusaha apa saja ia lakoni demi mendapatkan sejumlah wang. Namun pernah satu kali ia tak mendapatkan bayaran atas usahanya, ia hanya mendapatkan upah dengan beberapa ekor ikan segar yang dimasaknya menjadi sebuah hidangan yang menggugah selera.






Sewaktu memakan makanan itu, ibu duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang bekas sisa makanan kami. Melihat itu tentu saja aku tak tega dan menyodorkan ikan bagianku kepadanya. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. “Makanlah nak, ibu tidak begitu suka dengan daging ikan,”tuturnya. Dan aku kembali menyadari bahwa ibu telah kembali berbohong.
Saat aku duduk di bangku Sekolah Menengah Atas, demi membiayai wang sekolah itu, ibu rela mengerjakan sulaman barang-barang kerajinan yang didapatnya dari tetangga sebelah rumah. Sedikit demi sedikit ia selesaikan pekerjaannya itu. Saat itu aku trenyuh menyaksikan kegigihan ibu, karena hingga jam menunjukan pukul satu malam ibu belum juga berhenti. Saat aku memintanya untuk istirahat dan tidur, ia malah menyuruhku untuk tidur terlebih dahulu, sementara ia beralasan belum mengantuk.

Hari-hari terus berjalan, hingga pada waktu yang telah digariskan, ayah meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Setelah kepergian ayah, ibu yang malang harus merangkap menjadi ayah, membiayai keperluan hidup kami sendiri dan tiada hari tanpa penderitaan. Hingga banyak keluarga ibu yang mensehati ibu untuk kembali menikah, tetapi ibu menolaknya dengan mengatakan bahwa ia tak butuh cinta, dan aku tahu saat itu ibu berbohong.






Setelah aku, kakakku dan abangku semuanya sudah tamat dari sekolah dan bekerja, ibu yang mulai renta sudah waktunya beristirahat. Tetapi ibu tidak mau, ia rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakakku dan abangku yang bekerja di luarkota sering mengirimkan sedikit wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, tetapi ibu berkeras tidak mau menerima wang tersebut. “Gunakan saja wang itu untuk keperluan kalian, saat ini ibu tak membutuhkan wang kalian.”Entah sudah berapa kali ibu berbohong.
Setelah memasuki usianya yang tua, ibu terkena sebuah penyakit, kini ia harus dirawat di rumah sakit. Aku yang berada jauh di seberang lautan harus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Aku melihat ibu yang terbaring lemah diranjangnya setelah menjalani pembedahan di bagian perutnya.
Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap aku dengan penuh kerinduan. Walaupun senyum yang terpancar di wajahnya terkesan agak kaku, karena sakit yang ditahannya. Terlihat dengan jelas betapa penyakit itu menggerogoti tubuh ibuku, sehingga ibuku terlihat lemah dan kurus kering. Aku menatap ibuku sambil berlinang air mata. Hatiku pedih, sakit sekali melihat ibuku dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu dengan tegarnya berkata, “Jangan menangis anakku, aku tidak kesakitan.” Dan itu kebohongan ibu yang kesekian kalinya.





Setelah mengucapkan kebohongannya- kebohongannya, ibuku tercinta menutup mata untuk yang terakhir kalinya. Demikianlah, ibu yang telah melahirkan kita, merawat kita sejak dilahirkan, akan selalu terpaksa untuk berbohong demi membahagiakan kita. Dan sudahkan kita mengingat mereka, mengingat para ibu kita yang kebetulan saat ini masih hidup dan butuh pertolongan kita. Sudah berapa lamakah kita tak mengunjungi mereka, tak berbincang-bincang dengan mereka cuma karena aktivitas kita yang padat.



Kita harus akui bahwa kita selalu lupa akan ayah dan ibu yang ada di rumah. Jika dibandingkan dengan pasangan kita, kita pasti lebih peduli dengan pasangan kita. Buktinya, kita selalu risau akan kabar pasangan kita, risau apakah dia sudah makan atau belum, risau apakah dia bahagia bila di samping kita. Namun, apakah kita semua pernah merisaukan kabar dari orangtua kita?
Risau, apakah orangtua kita sudah makan atau belum? Risau, apakah orangtua kita sudah bahagia atau belum? Apakah ini benar? Kalau ya, coba kita renungkan lagi. Saat kita masih mempunyai kesempatan untuk membalas budi orangtua, lakukanlah yang terbaik. Jangan sampai ada kata “menyesal” di kemudian hari.

Selingkar Kisah - Maksud Allah Siapa Yang Tahu

Di bawah ini disertakan satu kisah yang menarik, kiriman seorang
kawan untuk dikongsi bersama.

Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan.
Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya.

Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat
ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini. Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.
Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, temyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.


Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.

Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama, yaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli
selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya,
" Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau
menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?
Tuhan pun berfirman,"Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada
waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah! Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan
menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"

Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.

Pelajaran pertama adalah:

Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan- Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah.

Pelajaran kedua adalah:

Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

Pelajaran ketiga adalah:

Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

Pelajaran keempat adalah:

Siapa yang tahu maksud Allah?

Wallahu'alam.

Hasil Karya: HambaAllah

Selingkar Kisah - Kecacatan Ini Menginsafkan Ku


Lebih 39 tahun yang lalu, keadaan ekonomi dinegara ini amat tidak menentu. Kehidupan masyarakat dikampung kelahiranku amat susah ketika itu, seumpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ibu dan bapaku terpaksa membesarkan empat orang anak dalam keadaan serba kekurangan. Kemudahan asas masih di peringkat yang amat daif. Setiap hari, ibu terpaksa mengangkut air dari perigi untuk digunakan di rumah. Pada waktu lain ibu meraut lidi kelapa untuk dibuat penyapu atau menganyam tikar mengkuang. Ibu juga membuat atap nipah untuk menampal atap rumah yang bocor. Kemudahan elektrik, jauh sekali. Ayah pula melakukan kerja-kerja kampung yang boleh dilakukan seperti memungut kayu-kayu api, menanam beberapa jenis sayur-sayuran yang boleh dijual dan mencari madu lebah.








Dalam keadaan serba susah dan payah itulah, suatu hari ibu merasakan dirinya mengandung lagi. Kesusahan yang dialami menyebabkan perasaan ibu tertekan dengan kehadiran janin yang tidak diundang di dalam rahimnya. Maklumlah, pada ketika itu pengetahuan mengenai merancang keluarga amat terhad. Sebagai orang kampung yang tidak mempunyai pendidikan tinggi, kaedah moden untuk merancang keluarga jauh dari fikiran mereka. Dengan fikiran runsing dan hati yang tidak tenteram, ibu berusaha untuk menggugurkan kandungannya. Pelbagai cara dilakukan seperti memakan nanas muda dan tapai, meminum air akar kayu, dan membuat kerja-kerja berat. Namun Allah mengehendaki janin itu terus hidup dan lahir ke dunia.15 Ogos 1964, bergemalah suara tangisan bayi di sebuah rumah usang yang hanya bertemankan api pelita. Namun, bayi tersebut tidak sama seperti bayi-bayi yang lain. Tubuhnya terlalu kecil dan beratnya di bawah paras berat yang normal. Bayi itulah aku. Tiada sesiapa yang mengharapkan aku lahir ke dunia. Bahkan aku sendiri tidak meminta untuk dilahirkan. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Tetapi Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. menghendakinya. Pastilah ada hikmah yang tersirat yang belum tersurat.









Dalam keadaan terpaksa ibu dan ayah membesarkanku. Setelah berusia tujuh tahun, aku dihantar bersekolah. Walaupun tubuh badanku terlalu kecil, seperti kanak-kanak berusia empat tahun, aku melangkah ke sekolah dengan penuh gembira. Aku amat suka belajar. Sememangnya aku cenderung mencintai ilmu pengetahuan. Pelajaranku amat memuaskan, bahkan akulah yang paling cemerlang antara adik-beradikku yang lain. Ibu dan ayah mulai menaruh harapan tinggi kepadaku. Abang-abang dan kakak-kakakku hanya sempat belajar setakat darjah enam atau paling tinggi sehingga tingkatan lima, tapi Tuhan memudahkan lorong untukku sehingga aku berjaya menjejakkan kaki ke tangga universiti. Jadilah aku satu-satunya manusia kerdil yang belajar di universiti tersebut ketika itu. Saiz tubuhku lebih kurang sama seperti kanak-kanak berusia tujuh atau lapan tahun. Namun Allah memberi kekuatan dan pelbagai kelebihan kepadaku yang mungkin tidak diperolehi oleh golongan yang normal. Sedikitpun aku tidak berasa malu dengan keadaan diriku. Bahkan aku menganggap diriku normal, sama seperti orang lain. Aku petah berbicara, boleh berhujah dengan baik dan pelajaranku amat cemerlang. Aku dikenali bukan sahaja di kalangan penuntut universiti, tetapi juga menjadi buah mulut para pensyarah. Aku aktif dengan pelbagai persatuan di universiti, lebih-lebih lagi persatuan bercorak agama. Pendidikan agama yang kukuh membuatkan aku sentiasa bersyukur dengan keadaan diriku. Akulah anak yang menjadi kebanggaan bukan sahaja ibu bapaku, tetapi juga masyarakat kampung.









Apabila keluar dari universiti, aku membuka syarikat perniagaan sendiri. Adik-adikku yang seramai tiga orang (semuanya lahir normal selepasku) semuanya bekerja denganku. Setiap bulan aku mengirim sejumlah wang kepada ibu bapaku. Aku, anak yang suatu ketika dahulu tidak diingini dan dianggap membebankan, kini menjadi harapan dan tempat bergantung keluarga. Cerita yang disampaikan oleh ibu saudaraku kepadaku mengenai punca kecacatanku ini, benar-benar menginsafkanku. Inilah hikmah setiap kejadian dan ciptaan Tuhan. Walaupun susah, walaupun payah untuk membesarkan anak-anak, hakikatnya setiap anak mempunyai rezeki masing-masing dan setiap seorang ada kelebihan yang tersendiri. Aku berharap agar kisah hidupku ini dijadikan iktibar oleh ibu-ibu moden pada hari ini, agar yakin dengan rezeki daripada Allah dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dalam keadaan apa sekalipun. Wallahua'lam.






NUR, 11-2003

Isnin, Ogos 24, 2009

ULAT DALAM HIDUNG

Suzy - Tak tau nak cakap macam mana, tengok pun dah geli. Itu adalah akibat dari penyakit resdung. Itu sebab orang kata jangan makan belacan banyak nanti kena penyakit resdung. Tapi tanpa belacan....tak de ummppp lah sambal belacan itu. Dah lihat video ni, sanggupkah anda makan ulam tanpa sambal belacan....he..he..

H1N1 - Ancaman Kepada Ibu Hamil.






H1N1 ancaman kepada ibu hamil

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL




MINUM air dengan banyak mampu meningkat tahap kesihatan ibu mengandung.

--------------------------------------------------------------------------------



KALI terakhir dunia diserang wabak pandemik influenza A ialah dalam tahun 1918. Wabak yang melanda selama lebih kurang dua tahun itu dikenali sebagai Spanish Flu telah menyebabkan kematian lebih 50 juta manusia di seluruh dunia.

Kini wabak daripada virus yang sama iaitu H1N1 daripada jenis influenza A kembali menjadi pandemik yang membimbangkan penduduk dunia.

Salah satu golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit ini ialah ibu mengandung.

Terdapat beberapa faktor mengapa ibu mengandung dikategorikan sebagai berisiko untuk terkena jangkitan virus H1N1.

Pakar perbidanan dan sakit puan Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam berkata, ketika mengandung lazimnya pernafasan wanita terbabit akan berubah berbanding wanita normal.

"Ketika mengandung, rahim akan mengembang dan meningkatkan tekanan pada bahagian usus sekali gus menyebabkan pengembangan diafram (bahagian antara paru-paru dan perut) terhad dan membuatkan nafas tersekat-sekat (pendek).

"Keadaan akan menjadi bertambah buruk jika wanita hamil tersebut dijangkiti H1N1 yang lazimnya akan menyerang sistem pernafasan dengan memasuki bahagian kerongkong pesakit," jelasnya ketika ditemui di kliniknya yang terletak di Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Selain itu, menurut Dr. Silvam sistem imuniti (kekebalan tubuh) bagi ibu mengandung juga rendah menyebabkan mereka mudah terdedah dan mendapat jangkitan penyakit termasuk H1N1.

Jadi walaupun seorang ibu mengandung itu berada dalam tahap kesihatan yang memuaskan mereka tetap berisiko untuk dijangkiti kuman kerana kuasa daya lawan penyakit kurang ketika mengandung.

Dr. Silvam berkata, apabila ibu mengandung berhadapan dengan masalah kesihatan, doktor yang merawat akan lebih berwaspada untuk memberi ubat-ubatan kerana takut mendatangkan kesan negatif kepada bayi dalam kandungan.

"Dalam tiga peringkat mengandung, pertama, kedua dan ketiga trimester, peringkat pertama dan ketiga perlu diberi perhatian. Peringkat ketiga mengandung lebih berisiko untuk mendapat jangkitan dan kesannya sehingga boleh menyebabkan kematian.

"Di Amerika Syarikat, setakat ini sudah lebih 300 kematian akibat H1N1 dan antara lima dan enam peratus mangsa adalah daripada kalangan ibu mengandung.

"Perlu diingatkan juga bahawa wabak ini masih belum menemui penawarnya justeru langkah pencegahan sebelum terkena amatlah penting," katanya.

Sehubungan itu kata beliau, ibu mengandung dinasihatkan jangan pergi ke tempat yang menjadi tumpuan ramai orang kerana dikhuatiri akan mengalami jangkitan daripada orang yang tidak dikenali.

Sekiranya terdapat sedikit simptom seperti demam, selesema, sengal-sengal sendi dan sebagainya, sebaiknya mereka mengasingkan diri (kuarantin) di rumah dan pakai penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan daripada menjangkiti ahli keluarga lain.

"Kurangkan mencium anak-anak lain dan mesti buang topeng, tisu bekas hingus dan batuk ke tempat yang tertutup," jelasnya.


Rawatan

Dr. Silvam menerangkan apa yang penting ialah setiap ibu mengandung tidak perlu panik apabila muncul simptom sebaliknya segera berjumpa doktor bagi mendapatkan pengesahan tentang sama ada mereka telah terkena jangkitan.

"Pengesahan boleh dilakukan melalui ujian dengan mengambil sampel air liur untuk dihantar ke makmal.

"Rawatan profilaksis atau cara untuk mengelak daripada terkena jangkitan dengan menggunakan antiviral juga boleh diberi kepada ibu mengandung.

"Virus ini masih tiada ubatnya dan apa yang perlu dibuat ialah menjaga kebersihan diri sebaik mungkin," katanya.

Selain itu, Dr. Silvam menambah, apa yang perlu ditekankan ialah pentingnya pemahaman tentang penyakit ini.

Apabila simptom Influenza A H1N1 ini terjadi kepada wanita hamil, doktor akan memberikan rawatan secara simptomatik iaitu rawat satu persatu masalah mereka.


"Jika demam, maka doktor akan merawat demam hingga baik. Jika demam terlalu tinggi memang akan membahayakan ibu dan bayi tetapi ibu akan dirawat dengan memberikan beberapa dos paracetamol.

"Begitu juga jika selesema dan batuk. Jika simptom terjadi pada trimester pertama kandungan, doktor akan lebih berhati-hati dalam memberi ubat kerana khuatir risiko ubat kepada bayi.

"Tetapi kalau selesema si ibu agak teruk maka mereka perlu dirawat dengan ubat yang diberi nama Tamiflu dan Revenza," jelasnya lagi.


Sewaktu Kelahiran Dan Penyusuan Bayi

Dr. Silvam berkata, jika simptom H1N1 terjadi kepada ibu yang hendak bersalin perkara paling tidak digalakkan oleh doktor ialah memberi ubat mempercepat kelahiran (induce). Ini kerana induce akan menyebabkan bayi mudah dijangkiti virus.

"Sebaiknya ibu perlu melahirkan bayi secara normal apabila tiba masanya. Ketika meneran untuk bersalin sudah tentu ibu yang mempunyai simptom tidak boleh memakai topeng (penutup hidung dan mulut), jadi orang di sekeliling mestilah mengambil langkah keselamatan dengan memakai topeng dan basuh tangan dengan bersih..

"Dalam tempoh 72 jam selepas ibu melahirkan dan menerima rawatan, ibu tersebut dianggap tidak menyebarkan virus tetapi langkah pencegahan kebersihan masih perlu diikuti dengan teliti. Sebagai contoh menutup mulut ketika batuk dan cuci tangan dengan kerap," jelasnya.


Dr. Silvam berkata, sebaiknya ibu yang baru melahirkan memberikan susu badan kepada bayi mereka dan jangan berhenti kerana susu ibu banyak antibodi yang membantu menguatkan ketahanan bayi daripada dijangkiti penyakit.

"Virus H1N1 tidak akan berjangkit menerusi susu ibu. Yang penting amal langkah berjaga-jaga, jangan terlalu dekat dengan orang lain dan jika ada sentuhan pastikan tangan dicuci dengan bersih," ujarnya.

Berpuasa bagi wanita hamil



BULAN Ramadan telah menjelma kembali. Bagi wanita yang mengandung, tentulah mereka mempunyai banyak persoalan sama ada mengandung tidak sesuai berpuasa dan kesannya terhadap kesihatan ibu dan anak.

Sebagaimana yang diketahui, dalam Islam, mereka yang dikecualikan daripada berpuasa semasa bulan Ramadan adalah:

1. Wanita yang kandungan mereka sudah mencapai trimester ketiga dan akan melahirkan anak bila-bila masa, atau mana-mana minggu di mana mengandung dan berpuasa membahayakan kesihatan, mengikut doktor yang merawat mereka.

2. Wanita yang menyusukan anak

3. Wanita yang sedang mengalami kehadiran haid

4. Wanita yang mengalami nifas

Kesihatan janin semasa ibu mengandung pula boleh dilihat dari dua sudut iaitu pemakanan ibu dan gangguan metabolisma badan ibu.

Sebelum puan melaksanakan puasa, berbincang terlebih dahulu dengan doktor peribadi antenatal kerana mereka lebih mengetahui akan sejarah kandungan dan kesihatan Puan.





Pilihan 1



Berkemungkinan doktor menasihati puan supaya tidak berpuasa sekiranya puan menghidapi kencing manis yang memerlukan rawatan insulin, darah tinggi dan juga permasalahan dengan sistem pencernaan dan penghadaman, terutamanya sekira Puan menghadapi loya-loya dan muntah-muntah semasa awal mengandung.

Prinsip pemakanan yang betul, penting semasa mengandung, tidak kira sama ada di bulan Ramadan ataupun tidak.

Pola pemakanan puan sepatutnya membekalkan pemakanan optimum untuk dua individu, puan dan janin yang dikandung. Jangan keterlaluan dalam memakan semasa di bulan Ramadan.

Penting diingatkan supaya meminum air dengan secukupnya, kerana negara kita berada di garisan Khatulistiwa, cuacanya panas sepanjang musim.

Ini dapat menghindar dehidrasi dari berlaku. Puan dinasihatkan meminum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.

Sekiranya berat badan ibu mencapai lebih kurang 11 hingga 15 kilogram sepanjang mengandung, lazimnya pemakanan ibu memadai dan berpuasa biasanya tidak mengancam kesihatan.

Kelahiran bayi yang kurang berat badan biasanya berlaku pada ibu yang tidak seimbang dari segi pemakanannya (malnutrisi) .

Berat badan ibu juga mungkin berubah semasa bulan Ramadan bergantung pada jumlah kalori yang diambil.

Banyak kajian menunjukkan berpuasa di bulan Ramadan tidak memudaratkan ibu sekiranya mereka mengambil kalori dan zat makanan yang mencukupi.

Lagipun, berpuasa untuk orang Islam, hanya makanan tengahari dilupuskan. Pengambilan makanan pagi (sahur) serta malam (berbuka puasa) perlu diamalkan mengikut yang disyorkan oleh agama.

Amalan pemakanan

Wanita mengandung sebenarnya mudah mengalami komplikasi akibat dari kesalahan amalan pemakanan.

Kebuluran berlaku pantas semasa mengandung. Sekiranya kalori serta zat pemakanan tidak ditegaskan dengan betul, metabolisma badan ibu berubah dari glikolisis ke lipolisis dan seterusnya pembentukkan bahan bahan ber'ketone'.

Puan dinasihatkan supaya jangan meninggalkan sahur sekiranya ingin berpuasa dan berat badan perlulah diamati supaya metabolisma badan tidak menjejaskan kesihatan puan serta janin.

Pakar Perbidanan biasanya tidak menggalakkan ibu mangandung untuk berpuasa pada trimester pertama (12 minggu pertama) dan juga pada trimester ketiga (terakhir).

Mengandung pada bulan keempat hingga keenam dibenarkan dengan syarat kesihatan badan serta mental puan bagus dan juga puan disahkan oleh pakar perbidanan yang puasa mungkin tidak memudaratkan.

Pemantauan puan serta kandungan akan dilakukan dengan lebih kerap. Dikhuatiri permasalahan yang timbul bukan dari segi pemakanan tetapi dari segi dihidrasi (kekeringan air dari badan) akibat dari pengurangan pengambilan air selama 10 hingga 14 jam.

Sekiranya pola pemakanan Puan tidak betul, berkemungkinan Puan akan mengalami:

-Ketidakcernaan dan senak perut akibat dari memakan berlebihan, makanan berempah, berlemak serta bergoreng dan juga minuman bergas (berkarbonat) .

-Sembelit akibat dari makanan yang diproses, kekurangan pengambilan air serta gentian. Untuk mengelakkannya, banyakkan makanan bijirin, buah-buahan serta sayur-sayuran.

- Kelesuan serta keletihan. Ini disebabkan oleh makanan yang dimakan banyak kandungan kanji serta berkarbohidrat dan berlemak.

- Sakit kepala dari tidur yang tidak mencukupi.

- Kekejangan otot-otot.

- Tidur haruslah mencukupi supaya keseimbangan mental serta fizikal berlaku besoknya semasa puan ke tempat kerja, pengajian dan sebagainya. Kekurangan tidur menyebabkan kekeliruan, bercelaru, masalah pencernaan dan juga sakit kepala, yang turut membahayakan kandungan.


Berpuasa

Sekiranya puan berpuasa tanpa pengambilan sahur yang betul, puan mungkin mengalami gejala hipoglisemia (kekurangan gula badan). Hipoglisemia ini dibahagikan kepada dua:

- Rungutan yang berkaitan dengan pengaktifan sistem autonomik serta rembesan epinefrin seperti berpeluh, terketar-ketar, berdebar-debar, denyutan nadi meningkat, rasa cemas, lemah loya dan rasa loya-loya serta muntah-muntah.

- Kategori rungutan kedua bersabit dengan berkurangan penggunaan glukos oleh otak, lama kelamaan penurunan gula menjadi lebih teruk dan rendah. Biasanya mereka ini akan mengalami sakit kepala, penglihatan kabur, letih lesu, tidak bermaya, mudah terganggu serta sensitif, kurang fokus, hilang tumpuan, kekeliruan, mengantuk, hilang timbul kesedaran, kehilangan keupayaan intelek dan perubahan personaliti.

Ibu yang mengandung seboleh-bolehnya perlu mengelakkan dari:

- Pengambilan gula, garam dan lemak berlebihan. kafein dari kopi khasnya juga perlu dielakkan.

- Dinasihatkan supaya mengamalkan pengambilan makanan yang segar dan bukannya makanan diproses.

- Pemakanan rendah tahap garam, kurangkan makanan berminyak.

- Pastikan buah-buahan serta sayur- sayuran sebagai menu utama makanan puan. Makanan tersebut lazimnya kurang kalori dan juga lazimnya sukar untuk memakan makanan tersebut secara berlebihan kerana mudah berasa kenyang!

- Makanan sampingan seperti kuih muih contohnya kuih tanjung, Nekbat, jala mas boleh dimakan (nafsu di bulan ramadan mendorong), tetapi kurangkan, hanya sekadar untuk merasa sudah memadai.

Puan juga harus menjalani aktiviti bersenam secara aerobik di bulan puasa. Perlu diingat, ramai yang mempunyai kecenderungan untuk menurunkan berat badan di bulan puasa, tetapi, sebagai wanita yang mengandung, bersenam bukan untuk menurunkan berat badan!

Ia bertujuan untuk meningkatkan stamina serta menguatkan badan puan untuk proses kelahiran kelak.

Bayangkan rahim puan terpaksa mengalami berkontraksi berjam-jam lamanya untuk melahirkan bayi, seperti mana ahli sukan maraton di sukan Olimpik!

Bersenam adalah pendorong utama untuk mengurangkan selera makan. Otak juga mengeluarkan bahan kimia tertentu yang mengurangkan selera dan nafsu makan, jadi bersenamlah secara aerobik untuk 20 hingga 30 minit sehari.

Islam mementingkan kesihatan badan puan! Ramai ulama bersependapat yang berpuasa tidak perlu dilaksanakan sekiranya puan takut dan khuatir akan kesihatan janin, dan juga sekiranya puan sedang menyusukan anak. Puasa boleh diganti pada hari-hari kemudiannya di bulan-bulan lain.

Bacalah buku-buku mengenai jenis-jenis makanan serta zat-zat mereka. Di bulan Ramadan ini, puan boleh mengubah cara hidangan serta jenis diet-diet yang boleh mengubah gaya pemakanan sekeluarga.

Jayakan bulan Ramadan sebagaimana yang sepatutnya. Utamakan makanan segar dalam diet seharian.

Selesai Masalah - Siapa Ayah Anakku




SAYA wanita berusia 24 tahun, sudah berkahwin dan ada dua anak. Suami saya berusia 40 tahun. Kami berkahwin dulu kerana terpaksa dan kini usia perkahwinan kami hampir 11 tahun.Masalah saya sekarang ialah menghadapi pelbagai kesukaran berikutan tindakan masa silam. Pada awal perkahwinan dulu, disebabkan tidak cintakan suami, pelbagai perkara saya lakukan supaya dapat berpisah dengannya.

Disebabkan suami tidak mahu melepaskan saya secara baik, saya curang terhadapnya. Saya jalin hubungan dan melakukan hubungan seks dengan dengan ramai lelaki. Akibatnya, saya tidak pasti siapa ayah kepada anak saya, sama ada suami saya atau lelaki lain. Selepas melahirkan anak kedua, saya insaf. Saya akui mungkin takdir saya perlu hidup bersama suami saya dan sepatutnya saya menerima takdir itu. Selepas habis tempoh berpantang, saya bekerja untuk menambah pendapatan manakala dua anak saya dijaga oleh ibu saya.Kehidupan saya dan suami kini bahagia, namun persoalan siapa sebenarnya ayah kepada anak saya semakin kuat menghantui diri saya, sampai saya terfikir ingin membuat ujian DNA bagi mendapat jawapannya. Dang Setia, perlukah saya berbuat demikian? Salahkah saya apabila mem’binti’kan anak saya dengan nama suami saya, sedangkan saya tidak pasti adakah dia ayah sebenar? Lebih membimbangkan, jika betul suami bukan ayah kepada anak saya, siapa akan menjadi wali kepada anak saya apabila mereka ingin berkahwin kelak? Semua ini membingungkan saya dan saya tahu mem‘binti’kan anak dengan nama orang lain yang bukan ayah mereka salah di sisi Islam.Kini suami saya berkahwin seorang lagi, namun saya rela dimadu. Cuma, saya keberatan apabila suami merancang membuat rumah baru ibu dan ayahnya bersebelahan rumah saya kerana tidak mahu masalah saya dan suami turut diketahui mentua saya.
Satu lagi persoalan, perlukah saya mencari semula lelaki yang pernah menjalin hubungan dengan saya dan meminta mereka membuat ujian DNA untuk memastikan adakah mereka ayah kepada anak saya?Selain itu, jika saya melakukan ujian DNA ke atas anak saya, adakah saya perlu memberitahu keputusan ujian itu kepada suami saya? Saya tidak tahu sama ada suami tahu atau tidak bahawa anak kami kemungkinan bukan anaknya.
Tapi, dulu suami tahu saya ada ramai teman lelaki dan dia pernah kata, jika pun benar anak yang saya lahirkan bukan anaknya, jangan beritahu dia. Jadi saya takut jika saya beritahu dia nanti, dia akan menceraikan saya. Saya tidak sanggup diceraikan. Dulu ketika berkahwin, saya kehilangan masa remaja. Kini, saya takut kehilangan segala-galanya, suami dan anak. Entahlah Dang Setia, saya keliru, apa sepatutnya saya buat?
PENGHUNI NERAKA
Puan berusia 24 tahun dan usia perkahwinan puan 11 tahun. Ini bermakna puan berkahwin pada usia terlalu muda iaitu 13 tahun, manakala usia suami puan ketika itu 29 tahun. Oleh itu, Dang Setia mengandaikan segala salah laku dan dosa puan menjalin hubungan dengan lelaki lain mungkin disebabkan usia ketika itu masih muda serta fikiran belum matang. Apapun, kenyataan itu bukan bermaksud Dang Setia ingin menghalalkan yang haram. Dosa tetap dosa dan hanya keinsafan serta taubat puan diikuti keampunan Allah SWT yang mampu membersihkan dosa itu. Justeru, wajib untuk Dang Setia menasihatkan puan supaya bertaubat. Sesungguhnya kesalahan puan sangat serius, namun jangan putus asa dengan rahmat Allah kerana Allah Maha Pengampun lagi Penyayang. Berbalik kepada permasalahan puan, bagi Dang Setia, mungkin itu antara hukuman di dunia oleh Allah SWT terhadap puan. Maaf kerana mungkin ada yang berpendapat Dang Setia tidak sepatutnya menjatuhkan hukuman ke atas seseorang, namun itu yang Dang Setia rasakan. Ini kerana Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran, setiap perbuatan baik atau buruk yang kita lakukan akan mendapat balasan setimpal daripada Allah SWT, sama ada di dunia mahupun akhirat.
Hukuman Allah SWT pula hadir dalam pelbagai bentuk dan ia termasuk rasa takut, bimbang dan tidak tenteram di hati, sebagaimana puan alami sekarang. Ia mungkin akibat perbuatan puan berzina dengan lelaki lain biarpun bersuami. Sebab itu untuk menghadapi masalah ini, Dang Setia menasihatkan tindakan pertama yang wajib puan lakukan ialah bertaubat kepada Allah, selepas itu baru difikirkan soal lain, termasuk usaha mengetahui siapa ayah kepada anak puan.Bercakap soal itu, Dang Setia melihat puan bersungguh-sungguh mahu melakukannya, termasuk perancangan untuk melakukan ujian DNA. Oleh itu, tidak salah jika Dang Setia rumuskan, selagi tidak tahu siapa ayah kepada anak puan, selagi itu hati puan tidak senang. Jadi, teruskan usaha itu, cuma Dang Setia berpendapat carilah pendekatan terbaik, seboleh-bolehnya jangan sampai rumah tangga terjejas. Ia memang sukar, namun masih ada ruang untuk ia dilaksanakan.Langkah pertama, untuk melakukan ujian DNA, buat permulaan puan masih boleh merahsiakan hal ini daripada pengetahuan suami. Ini kerana setahu Dang Setia, untuk melakukan ujian DNA, doktor sekadar memerlukan sampel (seperti air liur dan rambut) anak dan suami puan. Daripada situ boleh diketahui sama ada dua anak puan itu hasil hubungan dengan suami atau lelaki lain. Jika, keputusannya memang kedua-duanya anak hasil hubungan dengan suami puan, rasanya selesai semua masalah dan tak perlu puan mengambil tindakan susulan.Namun jika keputusan sebaliknya, tanpa pilihan puan terpaksa berterus terang dengan suami. Biarpun perkara ini sukar dan ia boleh membawa kemungkinan puan diceraikan suami, hakikatnya puan tiada pilihan.Ini kerana, jika puan tahu anak itu bukan hasil hubungan dengan suami tapi puan merahsiakannya, itu perbuatan berdosa kerana kesannya sangat besar.Sebagaimana puan katakan, jika anak puan ingin berkahwin kelak dan suami puan menjadi wali sedangkan dia bukan ayah mereka, ini bermakna perkahwinan mereka boleh menjadi tidak sah, hubungan kelamin mereka dianggap zina manakala anak dilahirkan adalah anak tidak sah taraf. Dalam hal ini anak dan suami puan mungkin terlepas daripada dosa kerana mereka tidak tahu perkara sebenar. Namun puan menanggung segala dosa besar itu kerana tahu perkara sebenar tetapi merahsiakannya. Sediakah puan menerima seksaan Allah akibat dosa ini di akhirat? Sudah tentu tidak bukan. Jadi, untuk tidak mahu susah di akhirat, lebih baik puan susah di dunia. Biarpun kemungkinan diceraikan suami, terima ketentuan itu dengan tabah dan anggap ia sebagai hukuman yang perlu puan terima akibat kesalahan sendiri.Lagipun, berbanding hukuman atau azab Allah di akhirat, apa sangat kesusahan yang terpaksa kita tanggung di dunia. Perlu juga Dang Setia nyatakan, puan tidak perlu mencari semula bekas teman lelaki dan meminta mereka melakukan ujian DNA untuk dipastikan siapa ayah kepada siapa. Bagi Dang Setia, jika sudah sah anak puan bukan dengan suami, usahakan menukar binti mereka di Jabatan Pendaftaran, jika dibenarkan. Jika tidak, nama di dalam Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan bukanlah perkara penting.Yang penting, puan sekeluarga mengetahuinya. Jadi, bila tiba masa mereka ingin berkahwin kelak, pastikan khidmat wali hakim digunakan kepada anak puan.

Selingkar Kisah - Derita Kakak Hingga ke Hujung Nyawa






JODOH, pertemuan dan maut ditentukan oleh Allah SWT. Dia penentu segala kejadian yang berlaku di muka bumi ini. Daripadanya kita datang, kepadanya juga kita kembali! Pertemuan saya dengan Ija (bukan nama sebenar) berlaku semasa saya berkunjung ke kampung Ija untuk melawat arwah atuknya.

Dalam perjalanan ke tanah perkuburan saya berbual-bual dengan Ija kerana kami berjalan beriringan. Saya perasan suara Ija agak sedih.

Saya yakin ada sesuatu yang meruntun hatinya dan ingin diluahkan. Sampai di tanah perkuburan, kami mengambil tempat di tepi pagar.

"Doakan arwah atuk selamat di alam baqa. Sedekah Fatihah dan berdoa mudah-mudahan atuk ditempatkan bersama orang yang soleh," perlahan saya berkata.

Ija mengangguk, lama dia terdiam. Air mata menitis membasahi pipinya. Wajahnya terus murung. Saya tidak mahu menganggu emosinya ketika itu, mungkin ada hal lain yang mengusik perasaannya.

Di kejauhan, urusan menurunkan jenazah atuk Ija ke liang lahad berjalan lancar di tengah kesedihan kaum keluarga, jiran dan sahabat handai.

"Saya baru kehilangan kakak dua minggu lalu. Sakit kanser. Dia menderita zahir batin," Ija tiba-tiba meluahkan perasaannya tanpa saya minta.

Matanya bergenang. Jauh dia melemparkan pandangan seolah-olah mengingatkan sesuatu yang telah lama ingin diluahkan kepada seseorang.

Nyata orang itu adalah saya. Seperti biasa saya menjadi pendengar setia. Saya memegang bahunya cuba menenangkan keadaan. Dalam situasi seperti itu Ija memerlukan kekuatan.

"Melihat jenazah atuk, saya menjadi semakin sedih dan hiba apabila terkenangkan arwah kakak. Teringat saat kakak menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak tanpa suami dan keluarga mentua. Kejam sungguh mereka!" spontan terkeluar kata-kata daripada bibir Ija dengan air mata berlinangan di pipi.


Menyedari apa yang ingin saya tahu semuanya sudah terluah, saya tidak bertanya lanjut dan membiarkan Ija terus bercerita.

"Semuanya gara-gara pernikahan kakak dulu tidak direstui oleh mentua.. Dari mula mereka bercinta, bernikah sampai saat kakak berhenti bernafas keluarga mentua masih enggan menerimanya sebagai menantu.

"Apa saja yang kakak buat semua tidak kena. Dia dihina, dicerca dan dibuat seperti melukut di tepi gantang, mujur kakak bekerja senang sikit hidupnya," sebak Ija meneruskan cerita.

Saya mengenggam erat kedua-dua tangan Ija dan memberi kata-kata perangsang sambil meminta dia bertenang. Kesabaran adalah perkara utama yang perlu dilakukan, tabahkan hati, kuatkan semangat, nasihat saya.

"Betul kak, tapi kalau mengenangkan apa yang abang ipar buat kepada arwah kakak, saya amat marah. Sudahlah ibu dan adik- beradiknya tidak ambil peduli tentang kakak, abang ipar pula buat hal.

"Dia ambil kesempatan keadaan kakak yang uzur untuk menjalin hubungan dengan wanita lain. Kakak terlantar di dalam rumah, dia sesuka hati mengusung kekasihnya ke sana ke mari macam tidak ada tanggungjawab. Sampai hati dia! Suami jenis apa itu?

"Keluarga saya yang bergilir-gilir menjaga kakak dibantu oleh pembantu rumah. Abang berlagak macam tidak ada apa-apa yang berlaku di dalam rumahtangganya. Dia keluar masuk rumah tanpa pedulikan kakak yang hanya mampu memandangnya dengan mata yang redup setiap kali dia melintas.

"Sakit hati saya. Anak-anak turut menjadi mangsa tetapi abang ipar saya pandai, dia mengumpan dua anak lelakinya dengan macam-macam perkara dan hadiah sehingga mereka mengikut cakapnya.

"Mujur anak bongsu mereka selalu menemani ibunya selepas balik sekolah. Sekurang-kurangnya kakak terasa diberi perhatian," kata Ija.

Menurut Ija, mereka marah sebab keluarga abang iparnya langsung tidak ada perikemanusiaan terhadap kakaknya sepanjang empat tahun dia menderita sakit kanser.

Mereka langsung tidak datang menjenguk sedangkan kami adik-beradik sudah menerima keadaan yang telah berlaku.


"Jahat sangatkah arwah kakak saya sampai begitu sekali mereka perbuat. Pada hal kakak tidak pernah kacau mereka. Mereka yang terlalu mengawal abang ipar saya sehingga bencikan isteri sendiri..

"Saya masih berusaha memujuk keluarga mentua untuk datang melawat kakak semasa dia sedang nazak. Seorang ustazah juga diminta memujuk mereka, sayangnya sehingga kakak menghembuskan nafas terakhirnya, seorang pun ahli keluarga mentuanya tidak datang.

"Abang pula entah di mana … tiga jam selepas kakak pergi meninggalkan dunia ini, baru dia muncul.. Mana tak sakit hati, selepas itu buat-buat sedih dan menangis. Untuk apa? Kakak sudah tidak bernyawa lagi" soal Ija.

Begitulah lumrah dunia, manusia tidak dapat mengawal perasaan mereka untuk menyakiti sesama manusia.

Saya akur kesedihan yang Ija dan keluarganya tanggung.

Siapa tidak merasa sedih jika darah daging diperlakukan begitu. Hinggakan kadang kala sukar untuk mempercayai dalam alaf baru ini masih ada manusia yang berfikiran kuno.

"Saya masih terbayang bagaimana bibir kakak kumat-kamit bertanyakan suami dan mentuanya. Apalah yang kami mampu lakukan saat itu melainkan menangis dan membisikkan kalimah syahadah di telinga agar dia dapat pergi dalam ketenangan," tambah Ija.

Alhamdulillah kata Ija, arwah kakaknya pergi dalam keadaan aman dan tenang. Di sebalik wajah yang kurus cengkung kerana derita sakit, arwah kelihatan seperti sedang tidur.

"Saya teringat saat manis bersama arwah kakak semasa dia sihat dan sepanjang dia terlantar sakit. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dihimpunkan bersama ahli sunnah waljamaah," suara Ija semakin perlahan dan sebak sambil menekup mukanya dengan kedua-dua tangan.

Saya tahu dia menangis. Saya biarkan dia begitu sehingga jiwanya kembali tenang. Sehingga bacaan talkin bergema memecah kesunyian di sekitar tanah perkuburan itu, saya masih melihat Ija menangis.

Biarlah dia menangis sepuas-puasnya. Mudah-mudahan selepas ini Ija akan kembali tenang dan menerima hakikat, hidup ini sentiasa diuji. Betapa sayangnya Ija kepada kakaknya, Tuhan lebih sayangkan dia. Redakan pemergiannya dan jangan putus berdoa agar rohnya dicucuri rahmat.

Mengundur diri sambil mengingatkan diri saya dan pembaca juga, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Melihat apa yang terbaik untuk hambaNYA dalam meniti kehidupan yang pasti ada nokhtahnya.

Marhaban Ya Ramadhan- lebih baik dari 1000 bulan



*Marilah kita sama-sama mengucapkan "Marhaban Ya Ramadhan".

Mengucapkan "Marhaban Ya Ramadhan" (Selamat Datang Ramdhan) dengan ikhlas menunjukkan kita gembira menyambut kedatangan bulan Ramdhan yang mulia ini. Rasulullah sendiri gembira setiap kali kedatangan bulan Ramadhan. Rasulullah mengucapkan "tahniah" kerana kedatangan bulan Ramadhan.Berita gembira itu disampaikan pula kepada sahabatnya sambil bersabda : "Sungguh telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa.


Di dalam bulan Ramdhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan." (Riwayat Ahmad)"Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (Riwayat Muslim)Marhaban Ya Ramadhan. Alhamdu lillah.

Selingkar Kisah - Jangan Menempah Neraka


Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki..... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.

"Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku, " katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum-hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita.

Khamis, Ogos 20, 2009

Selingkar Kisah - Menikah Kerana Sebiji Epal

Seorang lelaki yang sholeh bernama Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggiran kota Kufah. Tiba-tiba dia melihat Sebuah epal jatuh keluar pagar sebuah kebun buah-buahan. Melihat epal yang merah ranum itu tergeletak di tanah membuat air liur Tsabit terbit, apalagi di hari yang panas dan tengah kehausan. Maka tanpa berfikir panjang dipungut dan dimakannyalah buah epal yang lazat itu, akan tetapi baru setengahnya di makan dia teringat bahawa buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya.

Maka ia segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu hendak menemui pemiliknya agar meninta dihalalkan buah yang telah dimakannya. Di kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki. Maka langsung saja dia berkata, "Aku sudah makan setengah dari buah epal ini. Aku berharap anda menghalalkannya" . Orang itu menjawab, "Aku bukan pemilik kebun ini. Aku Khadamnya yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya".

Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi, "Dimana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar dihalalkan epal yang telah ku makan ini." Pengurus kebun itu memberitahukan, "Apabila engkau ingin pergi kesana maka engkau harus menempuh perjalan sehari semalam".

Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu. Katanya kepada orang tua itu, "Tidak mengapa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya. Bukankah Rasulullah s.a.w. sudah memperingatkan kita melalui sabdanya: "Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka"

Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di sana dia langsung mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit langsung memberi salam dengan sopan, seraya berkata," Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur makan setengah dari buah epal tuan yang jatuh ke luar kebun tuan. Kerana itu mahukah tuan menghalalkan apa yang sudah ku makan itu?"

Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata tiba-tiba, "Tidak, aku tidak boleh menghalalkannya kecuali dengan satu syarat." Tsabit merasa khawatir dengan syarat itu kerana takut ia tidak dapat memenuhinya. Maka segera ia bertanya, "Apa syarat itu tuan?" Orang itu menjawab, "Engkau harus mengawini putriku !"

Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia berkata, "Apakah karena hanya aku makan setengah buah epalmu yang keluar dari kebunmu, aku harus mengawini putrimu?"

Tetapi pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. Ia malah menambahkan, katanya, "Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu kekurangan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!"

Tsabit amat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. Dia berfikir dalam hatinya, apakah perempuan seperti itu patut dia persunting sebagai isteri gara-gara setengah buah epal yang tidak dihalalkan kepadanya? Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi, "Selain syarat itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !"

Namun Tsabit kemudian menjawab dengan mantap, "Aku akan menerima pinangannya dan perkahwinanya. Aku telah bertekad akan mengadakan transaksi dengan Allah Rabbul 'alamin. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu meridhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta'ala".

Maka pernikahan pun dilaksanakan. Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka. Sesudah perkahwinan selesai, Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk kamar pengantin, dia berfikir akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga. Maka iapun mengucapkan salam,

"Assalamu"alaikum. .."
Tak disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini resmi jadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. Ketika Tsabit masuk hendak menghampiri wanita itu , dia mengulurkan tangan untuk menyambut tangannya. Sekali lagi Tsabit terkejut karena wanita yang kini menjadi isterinya itu menyambut uluran tangannya.

Tsabit sempat terhentak menyaksikan kenyataan ini. "Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian berarti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu. Ayahnya juga mengatakan bahwa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra pula", Kata Tsabit dalam hatinya. Tsabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya ?

Setelah Tsabit duduk di samping isterinya, dia bertanya, "Ayahmu mengatakan kepadaku bahwa engkau buta. Mengapa?" Wanita itu kemudian berkata, "Ayahku benar, kerana aku tidak pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah". Tsabit bertanya lagi, "Ayahmu juga mengatakan bahwa engkau tuli, mengapa?" Wanita itu menjawab, "Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mau mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat ridha Allah.

Ayahku juga mengatakan kepadamu bahwa aku bisu dan lumpuh, bukan?" Tanya wanita itu kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya. Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu berkata, "aku dikatakan bisu karena dalam banyak hal aku hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta'ala saja. Aku juga dikatakan lumpuh kerana kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan kemurkaan Allah Ta'ala".

Tsabit amat bahagia mendapatkan isteri yang ternyata amat soleh dan wanita yang memelihara dirinya. Dengan bangga ia berkata tentang isterinya, "Ketika kulihat wajahnya... Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap".

Tsabit dan isterinya yang salihah dan cantik itu hidup rukun dan berbahagia. Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putra yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al Imam Abu Hanifah An Nu'man bin Tsabit.

SELINGKAR KISAH - HANTARAN AL QURAN


“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil.
Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlulah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu belilah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik.
Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besarlah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib. Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd“Apa benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil. Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran.
Adik Nabil, cara bacanya seperti begini :
A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad.
Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AL Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula.
Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama.
Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab ALQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh ALQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan ALQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQuran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute