Bismillah

MY BLOG


Rabu, Jun 23, 2010

Kisah Dan Tauladan - Ibubapa bukan liabiliti.....

Untuk tatapan sahabat-sahabat sekelian…

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak...." Ada duit? Minta ayah sedikit.." Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit
di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting” dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa berwajah selamber sukar ditembak reaksinya. " Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk….

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu
menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberi.. Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit….Geli hati mengenangkannya.


Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan tetap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa yang tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri . .

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum. Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah.

Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas'oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya. Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.

Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH.

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat.Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
"Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!


Sahabat sekelian,


Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.


Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kepada ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA,

MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA.
Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.
Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun Din dan keluarganya.

Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya.
Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya
itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. Beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya
masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah untuk melihat dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah
kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah.
Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.

Perkara yang paling mulia yang dilakukan keluarga DrHD ialah,
menyempurnakan dengan tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan
ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain
ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yang ingin melakukannya tetapi ditolak
oleh Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, "BERILAH
SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YANG
TERAKHIR UNTUK IBU".

Ketika hujah itu diberikan, seluruh masyarakat yang hadir melinangkan air
mata kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayat hati masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yang hadir, memohon dan
berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini
menurunkan jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD
dengan hujah yang sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan
jenazah ibu ini kali terakhir". Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu,
mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan
hingga selesai.

HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka,
maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD , Hasan Din dan Ishak
Din memang disegani lelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini
kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka.

Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air
mata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik
beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu.
Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan
Ampunkanlah kami.

Wallahu A'lam.
Baca hayati, selami dan insafi...... Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab... Bahagia dunia akhirat...
Kalau baca seumpama menjirus air di daun keladi, lebih baik baca tajuk aje….

Jumaat, Jun 04, 2010

Renungan

Adakah ada yang Akan Mendoakan Kita?

Seorang pengarah yang berjaya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya.

Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24 jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan meninggal dunia!

Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini dengan yakinnya.


Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum batas waktu yang sudah disepakati.


Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.


Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, aku sudah berkeliling mencari suara hati yang berdoa buatmu tapi sampai saat ini baru 3 orang yang berdoa buatmu, sementara waktumu tinggal 60 minit lagi. Rasanya mustahil kalau dalam waktu dekat ini ada 50 orang yang berdoa buat kesembuhanmu.


Tanpa menunggu reaksi dari si pengarah, si malaikat menunjukkan layar besar berupa TV. Siapa 3 orang yang berdoa buat kesembuhannya. Di layar itu terlihat wajah duka dari sang isteri, di sebelahnya ada 2 orang anak kecil, putera puterinya yang berdoa dengan khusuk dan nampak ada titisan air mata di pipi mereka.


Kata Malaikat, Aku akan memberitahukanmu, kenapa Tuhan rindu memberikanmu kesempatan kedua? Itu kerana doa isterimu yang tidak putus-putus berharap akan kesembuhanmu.


Kembali terlihat dimana si isteri sedang berdoa jam 2:00 subuh, Tuhan, aku tahu kalau selama hidupnya suamiku bukanlah suami atau ayah yang baik! Aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, aku tahu dia tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk popularity dan menaikkan namanya saja untuk menutupi perbuatannya yang tidak benar dihadapanMu. Tapi Tuhan, tolong pandang anak-anak yang telah Engkau berikan pada kami, mereka masih memerlukan seorang ayah. Hambamu ini tidak mampu membesarkan mereka seorang diri.


Dan setelah itu isterinya berhenti berkata-kata tapi air matanya semakin deras mengalir di pipinya yang kelihatan cengkung karena kurang rehat.


Melihat peristiwa itu, tanpa terasa, air mata mengalir di pipi pengarah ini. Timbul penyesalan bahwa selama ini bahawa dia bukanlah suami yang baik. Dan bukan ayah yang menjadi contoh bagi anak-anaknya. Malam ini dia baru menyedari betapa besar cinta isteri dan anak-anak padanya.


Waktu terus berlalu, waktu yang dia miliki hanya 10 minit lagi, melihat waktu yang makin sempit semakin menangislah si pengarah ini, penyesalan yang luar biasa. Tapi waktunya sudah terlambat ! Tidak mungkin dalam waktu 10 minit ada yang berdoa 47 orang!
Dengan sedihnya dia bertanya, Apakah diantara pekerjaku, kaum kerabatku, teman kerja ku, teman organisasiku tidak ada yang berdoa buatku?


Jawab si Malaikat, Ada beberapa yang berdoa buatmu.Tapi mereka tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini. Itu semua karena selama ini kamu mementingkan diri, sombong, mengainaya pekerja, kejam, ego dan bukanlah pihak atasan yang baik. Bahkan kau sanggup memecat pekerja yang tidak bersalah dan yang tidak setimpal dengan kesalahannya.. Si pengarah tertunduk lemah, dan pasrah kalau malam ini adalah malam yang terakhir buat dia. Tapi dia minta waktu sesaat untuk melihat anak dan si isteri yang setia menjaganya sepanjang malam.


Air matanya tambah deras, ketika melihat anaknya yang sulung tertidur di kerusi hospital dan si isteri yang kelihatan lelah juga tertidur di kerusi sambil memangku si bongsu.


Ketika waktu menunjukkan pukul 24:00, tiba-tiba si Malaikat berkata, Anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu!! Kau tidak jadi meninggal,karena ada 47 orang yang berdoa buatmu tepat jam 24:00.


Dengan hairan dan tidak percaya, si pengarah bertanya siapakah yang 47 orang itu. Sambil tersenyum si Malaikat menunjukkan suatu tempat yang pernah dia kunjungi bulan lalu.


Bukankah itu Pusat Asuhan Anak Yatim? kata si pengarah perlahan. Benar anakku, Kau pernah memberi bantuan bagi mereka beberapa bulan yang lalu, walau aku tahu tujuanmu saat itu hanya untuk mencari populariti saja dan untuk menarik perhatian kerajaan dan pelawat luar negeri.


Pagi tadi , salah seorang anak pusat asuhan tersebut membaca di surat khabar bahawa seorang pengarah terkena stroke dan sudah 7 hari di ICU. Setelah melihat gambar di surat khabar dan yakin kalau orang yang sedang koma adalah kamu, orang yang pernah menolong mereka dan akhirnya anak-anak yatim pusat asuhan sepakat berdoa buat kesembuhanmu.


Doa sangat besar kuasanya. Kita malas. Tidak ada waktu. Beban untuk berdoa bagi orang lain. Ketika kita mengingat seorang sahabat lama/keluarga, kita fikir itu hanya kebetulan saja padahal seharusnya kita berdoa bagi dia. Mungkin saja pada saat kita mengingatnya dia dalam keadaan memerlukan doa dari orang-orang yang mengasihi dia.

Disaat kita berdoa bagi orang lain, kita akan mendapatkan kekuatan baru dan kita boleh melihat kemuliaan Tuhan dari peristiwa yang terjadi. Hindarilah perbuatan menyakiti orang lain... Sebaliknya perbanyaklah berdoa buat orang lain.


Kerana pahlawan sejati, bukan dilihat dari kekuatan fizikal dan hartanya,tapi dari kekuatan hatinya. Katakan ini dengan perlahan, 'Ya TUHAN saya mencintai-MU dan memerlukan- MU, datang dan terangilah hati kami sekarang...!!!'


[PeWaris] air tangan orang tidak solat

Baca, ingat & laksana…..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan
solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina daripadd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa A. S.

Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada
seorang lelaki yang sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.

" Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri
si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dapat anak, laki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat
yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah..
Tapi, kalau zaman Nabi Musa, barag siapa bernazar,
walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu..
lalu, si lelaki yang dapat anak tu, dengan susah hatinya,
pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa.. Dan menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu Tak payah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yang lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi
menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...

Lihat.. betapa hinanya orang yang meninggalkan solat,
sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumah dia, lebih hina dari air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..

Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka
makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sebeb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yang akan makan makanan yang dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat..

Tak gamakkan? Tapi.. lain pulak halnya dengan kita
ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia..
gelaplah hati kita.. sebab tu liat nak buat keja2
yang baik. beware apa yang kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda
berpesan kepada Saidina Ali (& utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang2 yang lemah di bawah tanggunganmu. "

Jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dari segi
zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yang mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak.


Sekadar Maklumat


Isu kesihatan agar mengusarkan kita akhir-akhir ini:

  • Isu Melamine (Baca artikel bawah sekali – ramai yang dah maklum). Tambah sikit, bahan plastik seperti beg plastik membungkus/”tapau” teh panas, kekotak putih polestrene yang membungkus makanan panas, air panas yang baru dimasak dimuatkan ke dalam bekas plastik juga memberi kesan seperti melamine.


  • Pewangi kereta kenderaan mengandungi benzene yang meruwap. Walaupun kadar pembebasannya masih pada tahap selamat tetapi kita kena berhati-hati..
  • (i) ketika kereta berjemur, tahap pembebasan hingga ke tahap 400ppm
  • (ii) pendedahan berterusan (>4 jam) semasa perjalanan jauh
  • (iii) pemakaian setiap hari

  • Bahaya benzene:
  • (a) mengandungi pengalak kanser (karsinogen)
  • (b) merosakkan buah pinggang, hati, pengecutan tulang, otak, leukemia
  • (c) menggangu DNA, peredaran haid, memberi kesan kepada fetus dalam kandungan
  • (d) mengurangkan sel darah merah, anemia
  • Tanda-tanda keracunan, gangguan benzene – pening, muntah, mengantuk, sesak nafas, sakit perut, kematian.
  • Minuman berkarbonat yang mengandungi SodiumBenzoate + Vitamin C. Ujian di Malaysia mendapati kadar benzene hasil tindakbalas kimia dalam sekitar 3.2ppb hingga 12.6ppb. Masih dianggap selamat, bagaimanapun,penggunaan berpanjangan, simptom dan kesan juga seperti Pewangi Kereta.

  • Berhati-hati dengan ikan yang dikenakan ais, tetapi masih segar, berkilat, insang masih merah. Kemungkinan ada kimia seperti formaldehyle(fomilin) salah satu jenis bahan dalam pengawetan mayat. Antara tanda-tandanya, lalat menjauhi ikan tersebut. Berhati-hati dengan ayam yang melebihi saiz dan berat

  • Seramik-seramik MADE IN CHINA , didapati selain tanah liat, terdapat unsur lain seperti abu tulang binatang-binatang... Tahap bahayanya belum dibuat lagi.

  • Berhati-hati dengan produk bebola ikan, kicap, roti kerana terlalu kerap serbuan oleh pihak berkuasa premisnya didapati kotor, berlumut, berlalat, terdapat najis haiwan dan aspek-aspek kebersihan tidak dijaga oleh para pekerja mahupun pengurusan.

  • Berhati-hati dengan sayur. Penggunaan racun makhluk perosak (merosakan hati, sistem pernafasan, usus) boleh masuk ke dalam tubuh manusia jika tidak dibasuh dengan cara yang betul. Digalakkan direndam melebihi 5 minit menggunakan cuka (sebaiknya jenis buah-buahan/cecair pencuci khusus untuk sayur)

  • Minyak-minyak angin yang melegakan mual, sakit perut dan pening dalam kadar segera. Ianya bertindak dengan mencairkan darah dan kita berasa sembuh dengan cepat. Bagaimanapun penggunaan di hidung yang berlebihan dan pemakaian terlalu kerap dan banyak boleh menyebabkan kerosakan paru-paru, saluran pernafasan dan kerosakan hati.

  • Berhati-hati dengan daging lembu yang dibawa secara tidak sah ke negara ini. Dikhuatiri dijangkiti virus “lembu gila” yang boleh merosakkan otak dan kematian. Susah nak beza, elakkan dulu makan daging, kalau masih mahu juga dapatkan daripada pengeluar tempatan.

  • Berhati-hati dengan semua jenis mee terutama mee segera. Kalau nak makan juga, buang air rebusan pertama kerana terdapat unsur pelekat dalam mee tersebut yang berbahaya kepada usus dan buah pinggang. Tahapnya masih selamat dan dibenarkan, dikhuatiri penggunaan berpanjangan memberi kesan yang tidak baik.



Semoga maklumat ini menjadi manfaat kita bersama untuk dijadikan panduan sahaja. Keputusan dan hak ditangan anda.

Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang
mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang,kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.


Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan
jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti
pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut.


Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya
disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk
plastik yang kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia
kemungkinan besar adalah melamine.


Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan
bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu
melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk crystal seperti
kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang.



Baru-baru ini berita tentang pencemaran melamine di dalam susu
kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit
buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun
2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine
yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA
digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine.


Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia.
Untuk keselamatan, gunalah pinggan yang dibuat dari kaca atau
seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.

Banyak kerajaan di Eropah , New Zealand , kerajaan Amerika Syarikat,
dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk
pinggan yang diperbuat daripada melamine.

Beberapa Petua

1. KUPAS BAWANG

Untuk mengelakkan mata berair semasa kupas bawang,rendam bawang didalam bekas berair.


2. MEMILIH IKAN SEGAR

Pastikan mata yang jernih,tidak berbau,warna kulit yang bersinar, insang berwarna merah jambu, isi yang kejal.

3. ATASI MASAKAN TERLALU MASIN.

Masukan Ubi kentang yang dipotong dadu atau buah pisang mudah yang di hiris.



4. MENGHILANG BAU HANYIR IKAN PATIN

Basuh dengan air beras yang telah dicampur dengan asam jawa kemudian di bilas dengan air mengalir.



5. MEMUTIHKAN NASI

Masukan satu sudu kecil air limau nipis semasa masak nasi.


6. ELAK PEMBIAKAN KUTU BERAS

Letakkan cili kering didalam bekas beras dan gaul.


7. MAKANAN SIHAT LAGI BERKAT

Sebelum mula memasak pasti niat yang ikhlas berserta doa yang baik-baik , kemudian setiap bahan-bahan mestilah di basuh dengan air yang mengalir, selepas siap semua masakan mestilah ditutup .


(dipetik dari petua Chef Sabri @ http://chefsabri. blogspot. com/)


Cacing 3 Kilo Dalam Usus Kanak-Kanak

Pembedahan Mengeluarkan Cacing Sebanyak 3 Kilo Dalam Usus Kanak-Kanak








Setelah selesai pembedahan, keluarga kanak-kanak ini dipanggil. Begitu tau tentang keadaan anaknya, respon sang ayah ternyata tidak disangka-sangka . Oh itu sudah biasa Doktor, anak saya sudah beberapa kali diberi ubat cacing, kalau berak bukan najisnya yang keluar, melainkan cacing semua.

A Drug Traffickers Water Bottle




Take note..




Now you'll see why you should not hold anything for a fellow traveler or stranger,

not even an old auntie or uncle or pregnant lady.

Coz you may end up "Digantung sampai mati" (death by hanging) for illegal drug trafficking.

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute