Isu kesihatan agar mengusarkan kita akhir-akhir ini:
- Isu Melamine (Baca artikel bawah sekali – ramai yang dah maklum). Tambah sikit, bahan plastik seperti beg plastik membungkus/”tapau” teh panas, kekotak putih polestrene yang membungkus makanan panas, air panas yang baru dimasak dimuatkan ke dalam bekas plastik juga memberi kesan seperti melamine.
- Pewangi kereta kenderaan mengandungi benzene yang meruwap. Walaupun kadar pembebasannya masih pada tahap selamat tetapi kita kena berhati-hati..
- (i) ketika kereta berjemur, tahap pembebasan hingga ke tahap 400ppm
- (ii) pendedahan berterusan (>4 jam) semasa perjalanan jauh
- (iii) pemakaian setiap hari
- Bahaya benzene:
- (a) mengandungi pengalak kanser (karsinogen)
- (b) merosakkan buah pinggang, hati, pengecutan tulang, otak, leukemia
- (c) menggangu DNA, peredaran haid, memberi kesan kepada fetus dalam kandungan
- (d) mengurangkan sel darah merah, anemia
- Tanda-tanda keracunan, gangguan benzene – pening, muntah, mengantuk, sesak nafas, sakit perut, kematian.
- Minuman berkarbonat yang mengandungi SodiumBenzoate + Vitamin C. Ujian di Malaysia mendapati kadar benzene hasil tindakbalas kimia dalam sekitar 3.2ppb hingga 12.6ppb. Masih dianggap selamat, bagaimanapun,penggunaan berpanjangan, simptom dan kesan juga seperti Pewangi Kereta.
- Berhati-hati dengan ikan yang dikenakan ais, tetapi masih segar, berkilat, insang masih merah. Kemungkinan ada kimia seperti formaldehyle(fomilin) salah satu jenis bahan dalam pengawetan mayat. Antara tanda-tandanya, lalat menjauhi ikan tersebut. Berhati-hati dengan ayam yang melebihi saiz dan berat
- Seramik-seramik MADE IN CHINA , didapati selain tanah liat, terdapat unsur lain seperti abu tulang binatang-binatang... Tahap bahayanya belum dibuat lagi.
- Berhati-hati dengan produk bebola ikan, kicap, roti kerana terlalu kerap serbuan oleh pihak berkuasa premisnya didapati kotor, berlumut, berlalat, terdapat najis haiwan dan aspek-aspek kebersihan tidak dijaga oleh para pekerja mahupun pengurusan.
- Berhati-hati dengan sayur. Penggunaan racun makhluk perosak (merosakan hati, sistem pernafasan, usus) boleh masuk ke dalam tubuh manusia jika tidak dibasuh dengan cara yang betul. Digalakkan direndam melebihi 5 minit menggunakan cuka (sebaiknya jenis buah-buahan/cecair pencuci khusus untuk sayur)
- Minyak-minyak angin yang melegakan mual, sakit perut dan pening dalam kadar segera. Ianya bertindak dengan mencairkan darah dan kita berasa sembuh dengan cepat. Bagaimanapun penggunaan di hidung yang berlebihan dan pemakaian terlalu kerap dan banyak boleh menyebabkan kerosakan paru-paru, saluran pernafasan dan kerosakan hati.
- Berhati-hati dengan daging lembu yang dibawa secara tidak sah ke negara ini. Dikhuatiri dijangkiti virus “lembu gila” yang boleh merosakkan otak dan kematian. Susah nak beza, elakkan dulu makan daging, kalau masih mahu juga dapatkan daripada pengeluar tempatan.
- Berhati-hati dengan semua jenis mee terutama mee segera. Kalau nak makan juga, buang air rebusan pertama kerana terdapat unsur pelekat dalam mee tersebut yang berbahaya kepada usus dan buah pinggang. Tahapnya masih selamat dan dibenarkan, dikhuatiri penggunaan berpanjangan memberi kesan yang tidak baik.
Semoga maklumat ini menjadi manfaat kita bersama untuk dijadikan panduan sahaja. Keputusan dan hak ditangan anda.
Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang
mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang,kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.
Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan
jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti
pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut.
Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya
disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan mangkuk tersebut sangat mudah 'leech out' ke dalam makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu elakkan semua pinggan mangkuk
plastik yang kelihatan berkilat seperti seramik, kerana ia
kemungkinan besar adalah melamine.
Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas dengan
bahan makanan dan membentuk racun yang lebih berbahaya, iaitu
melamine cyanurate. Bahan ini akan membentuk crystal seperti
kaca yang boleh merosakkan salur darah dan buah pinggang.
Baru-baru ini berita tentang pencemaran melamine di dalam susu
kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan beratus-ratus sakit
buah pinggang di China disebabkan oleh bahan ini. Pada tahun
2007 juga, telah kecoh di Amerika Syarikat kerana bahan melamine
yang mencemarkan makanan haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA
digunakan di dalam pembuatan pinggan melamine.
Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di Malaysia.
Untuk keselamatan, gunalah pinggan yang dibuat dari kaca atau
seramik kerana bahan ini adalah sangat 'stable' dan tidak beracun.
Banyak kerajaan di Eropah , New Zealand , kerajaan Amerika Syarikat,
dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua mangkuk
pinggan yang diperbuat daripada melamine.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan