





Pisau yang digunakan untuk pembedahan pada abad ke-18 yang biasanya melengkung, kerana ahli bedah cenderung membuat potongan melingkar melalui kulit dan otot sebelum tulang dipotong dengan gergaji. Pada 1800-an, pisau lurus telah digunakan untuk memudahkan pemotongan.
Sementara beberapa ahli bedah memilih untuk mempamerkan kekayaan mereka dengan menghiasi gergaji rumit seperti ini, tetapi di celah-celah ukiran rumit tersebut terbukti sebagai tempat pembiakan bagi kuman.
Tidak banyak yang diketahui mengenai alat ini, mungkin digunakan untuk membuka luka.
Penyedutan darah seperti lintah itu adalah kaedah popular untuk pelbagai keadaan perubatan. Ditemui pada tahun 1840 dan sering digunakan dalam operasi mata dan telinga. Pisau yang berputar akan memotong luka di kulit pesakit, sedangkan silinder akan digunakan untuk menghasilkan vakum yang menyedut darah.
Extractors Peluru mempunyai hujung skru yang boleh dipanjangkan untuk menembusi peluru yang tertanam di tubuh pesakit dan kemudian menariknya keluar.
Alat ini digunakan untuk melebarkan leher rahim semasa bersalin. Dilator tersebut tidak digemari kerana ia sering menyebabkan leher rahim robek.
Pisau yang digunakan semasa proses berkhatan.
Ecraseur ini digunakan untuk memutuskan buasir, rahim atau ketumbuhan ovari. Tali itu dilengkarkan di atas ketumbuhan dan diperketat menggunakan Ratchet, untuk berhentikan peredaran darah ke kawasan tersebut.
Hemorrhoid Forceps ini digunakan untuk membuang buasir.
Alat unik ini digunakan selepas pembedahan hernia. Ia dimasukkan ke dalam tubuh kawasan yang terkena hernia dan ditinggalkan di sana selama satu minggu untuk menghasilkan parut yang akan membantu menutup hernia.
Kompas Hirtz digunakan untuk secara tepat menentukan di mana peluru berada di dalam tubuh.
Hysterotome atau metrotome ini digunakan untuk mengampu leher rahim semasa pembedahan.
Alat ini digunakan untuk merawat batu karang pada pundi kencing. Alat ini mengandungi pisau yang tersembunyi yang dimasukkan ke dalam pundi kencing untuk mengeluarkan batu karang.
Kayu berbentuk skru akan dimasukkan ke dalam mulut pesakit semasa dibius untuk membolehkan pesakit bernafas.
Alat ini digunakan untuk merawat tonsil.
Alat ini digunakan pada dubur pesakit mungkin untuk merawat buasir.
Alat ini digunakan untuk menghiris kulit pesakit. Kulit itu kemudian digunakan untuk menampal kecederaan akibat terbakar atau kemalangan.
Alat ini digunakan untuk memotong tengkorak.
Alat ini juga digunakan untuk memotong tengkorak.
Specula digunakan pada rahim.
kerana diriku begitu berharga....