Bismillah

MY BLOG


Jumaat, Mac 25, 2011



Khasiat daun kari


Info dari - Laman-Seri

Pokok kari adalah tumbuhan tropika hingga sub-tropika, yang berasal India. Tumbuhan renek ini yang adalah daripada spesies murraya koeniggi dalam keluarga rutaceae yang mengeluarkan daun-daun kecil berwarna hijau dan berbunga putih. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral. Nama spesies herba murraya koenigii yang diambil sempena memperingati ahli botani Johann König.


Pokok kari juga dikenali sebagai 'kariveppilai' dalam bahasa Tamil, juga dikenali sebagai karipulei, kari-kari, veppu-neem dan daun ilai. Dalam bahasa Kannada, ia dipanggil ‘neem hitam’, kerana daunnya mirip dengan pohon neem yang pahit, walaupun ia tiada kaitan langsung dengan pokok neem. Pokok kari juga tiada berkaitan dengan daun salam (bay leaf) dan daun kemangi (basil leaf) iaitu daun yang aromatik dari Mediterranean .



Pokok kari


Pokok kari boleh tumbuh sehingga ketinggian antara 4 hingga 6 meter, dengan ukur lilit batang yang boleh membesar sehingga 40cm. Daunnya menyirip dengan 11-21 helaian pada satu-satu sirip atau lebaran, setiap helaian daun berukuran antara 2-4 cm panjang dan 1-2 cm lebar. Daun kari sangat aromatik.


Pokok kari biasanya ditanam di halaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai aroma yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Ia disebut daun kari kerana digunakan untuk membuat kari dan ia digunakan secara meluas dalam kebanyakan masakan di Tamil Nadu di selatan India . Ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, vada, thoran, chutney, kadhi, murukku dan lain-lain lagi.



Bunga pokok kari


Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan mempunyai aroma yang sangat harum.




Buahnya kecil, sebesar terung pipit, berwarna hijau ketika muda dan bertukar ke ungu berkilau setelah matang. Buahnya boleh dimakan, tetapi biji benihnya dikatakan beracun. Agaknya, sebab itulah buahnya yang ranum ini tidak diganggu serangga atau burung...

Pokok kari boleh membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.


Hasil kajian mendapati daun kari mengandungi:

  • 66.3% kelembapan
  • 6.1% protein
  • 1.0% lemak
  • 16.0% karbohidrat
  • 6.4% fiber


Daun kari juga mengandungi mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus, zat besi, asid nikotinik dan vitamin C. Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.

Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan Ayurveda di India. Daun kari mempunyai nilai sebagai antioksidan, anti-diabetes, antimikrob, anti-inflamasi, Hepatoprotektor, anti-hiperkolesterolemia dan lain-lain lagi. Daun kari juga dikatakan baik untuk penjagaan rambut yang panjang dan sihat. Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Kulit pokok, daun dan akar pokok daun kari digunakan sebagai tonik. Pucuk daun muda juga boleh dibuat ulam.



Daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif (julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.


Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan. Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis. Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid dan penyakit gonorea (gonorrhea), menghilangkan rasa loya dan pening-pening lalat bagi wanita mengandung.



Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes. Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.


Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit.

Daun kari juga berkesan menyembuhkan penyakit cirit-birit dan penyakit berak darah yang juga disebut disentri. Daun kari dan akarnya juga dikatakan baik untuk peredaran darah dan boleh bertindak sebagai sedatif.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan tumbuhan ini, namun penggunaannnya perlu mendapat nasihat daripada pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute