


Sedar tak sedar cepat sungguh masa berlalu.Rasanya baru kelmarin cuti sekolah bermula, ni dah nak bukak sekolah pulak. Pejam celik pejam celik dah pun masuk bulan Jun. Bulan Jun....hu..hu.. sayu bila teringat...Teringat akan arwah ayah dan ayah mertua. Mereka lahir pada bulan ini. Arwah ayah pada 15 Jun dan ayah mertua pada 6 Jun. Hari bapa pun jatuh pada bulan Jun. Kini kedua-dua mereka telah tiada.... yang tinggal hanya kenangan yang tak mudah untuk dilupakan. Selalunya bila tiba sambutan hari bapa, kami akan pegi jalan-jalan cari makan atau pun makan-makan di rumah..buat yang special sikit. Tapi sekarang semuanya berlalu sepi begitu saja...yang ada hanya ucapan 'Selamat Hari Bapa' dari anak-anakku untuk ayah mereka. Kekadang aku tersenyum sendiri bila teringat dan menitis airmata bila terkenang.....Begitu juga ibu mertuaku. Dia pergi selang 10 hari selepas ayah mertuaku...7hb Mac dan 17 Mac 2008. Oh! betapa hebatnya dugaan yang Allah berikan waktu itu. Rasa tak percaya kehilangan keduanya sekali gus. Kini hanya tinggal ibuku seorang. Itu pun kami jarang bertemu hanya panggilan telefon menyatukan kami setiap dua hari, tapi bila ada kesempatan aku luangkan masa untuknya, tambahan pulak dia kurang sihat sekarang. Jesteru itu sesiapa yang masih mempunyai ibu dan ayah luangkan masa anda walau sebentar bertanyakan kabar mereka. Ambillah kesempatan yang masih ada untuk melayan mereka. Mereka tidak minta wang ringgit kita tapi cukup sekadar perhatian yang kita berikan pada mereka. AlFatihah untuk ayah, ayah mertua dan ibu mertuaku...semoga roh mereka dicucuri rahmatNYa..Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan