
Bagi yang tak pasti macam mana rupa halba ni rujuk gambar. Juga dikenali
sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari
dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;
Cina: Hu Lu Ba
Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)
Tamil : Vendayam
Ini satu lagi info yang baik.... Pasal Halba...
Kegunaan halba selain dari bubuh dalam masakan ialah untuk stamina.
kecergasan dan juga untuk menstabilkan gula dalam darah. sesiapa
yang mempunyai masalan diabetis boleh mencuba cara ini:
Cara-caranya: -
Goreng halba tanpa minyak - jangan plak sampai hangus Masukkan dalam bekas.
Campurkan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum.
Jika diamalkan selalu, Insya-allah dpt membantu. (Drpd minum Coke yang
takde khasiat)
Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang
murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai
mamak sahaja.
Rasulullah saw bersabda:
'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup
tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas'
(Books of Sufi Healing m.s.58)
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang
sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn
Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan
agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad
pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda:
'Gunakanlah Halba sebagai ubat'
( Qamus Al-Tibb )
KEGUNAAN Halba
1. Diminum sebagai teh untuk
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung, sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
3. Untuk anak2 yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu
5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan
kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.
Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh
Al-Abqirad ( Hippocrat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan