Bismillah

MY BLOG

Khamis, Januari 28, 2010

Jadikan Anak Sebagai Winner



Petua


Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam
menentukan halatuju anak2.
Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey
yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan
anak2 kita antara yang outstanding berbanding
rakan sebayanya..selamat mencuba!



1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama
panggilan yang baik .

Bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak
baik,atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran
yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi
malu dan rendah diri. Apatah pulak kalau yang
memanggilnama tak elok tu mak bapak sendri.
Lagi la malu kan ?Dalam Islam pun sangat
digalakkan kita bagi nama yang baik untuk
anak2.



2. Berikan anak anda pelukan setiap hari.

Ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk
setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang
lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila
kita peluk dia setiap hari esp seorang mak, anak
kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita
akan jadipenyokong dia paling kuat. Dia akan sedar
bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya.
Emosi dia akan terbela.




3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih
sayang.

Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih
yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
Memang la ada masa kita perlu marah tapi
janganlahbuat muka marah sampai kawan tu takut
nak dekat dengan kita langsung. Kesian kat budak
tu. Namanya pun budak…




4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat
kebaikan.

Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun
sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap
kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita
appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan
nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…




5.. Janganlah mengharapkan anak anda yang
belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan
baik secara berterusan.

Mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin
mengalamisetiap perkara termasuklah berbuat silap.
Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi
dari kesilapan yang mereka lakukan.




6. Apabila anda berhadapan dengan masalah
kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.

Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah
keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu
akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga.
Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka
sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu
dan tak akan kembali jadi janganlah cemarkan
keperibadian mereka dengan sikap mementingkan
diri kita.




7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-
anak, janganlah mengeluh.

Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan
diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka
menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi dihari tua,
janganlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.




8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan
dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.

Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk
bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak
bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak
lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa macam
kelakar. Saya pernah jumpa dengankawan anak
saya umur baru tiga tahun tapi mulut boleh
tahan, rasa macam tak logic je tapi
seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu,
Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu
jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu
hiburan yang tak boleh dibeli di tempat lain.




9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka
memerlukannya.

Ada masa2nya mereka akan gundah gulana.
Ada masa mungkin diorang berselisih dengan
kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan
jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya
mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan
masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin
masalah besar bagi diaorang.




10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana
cara untuk menenangkan diri .

Mereka akan menirunya. Jangan kita sendiri
kelam kabut bila ada yang menimpa. Jangan
kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap
masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita
ada penyelesaiannya. Jadi, jangan gabra2.




11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-
anak menyambut harijadinya.

Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun
harganya murah. Keunikan akan membuatkan
anak anda belajar menghargai. Anak2 yang datang
daripada persekitaran yang menghargai akan
belajar menghargai orang lain.




12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar
mereka lebih daripada sekali.

Ade setengah budak kene banyak kali ajar, baru
dia faham. Macam anmum punya iklan tu..Wardina
tunjuk banyak kali baru anak dia faham. Anak
saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia
tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk
kat telinga suruh sebut ear. Jangan
marah sebab kalau marah nanti
terbantut la proses pembelajaran dia.




13. Luangkanlah masa bersama anak anda
diluar rumah, peganglah tangan anak-anak
apabila anda berjalan dengan mereka.

Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran
mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila
saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin
tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak
dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur
pun untuk bancuh susu diorang.
Kalau kat luar memanglah sah2 pegang sebab
saya jenis serabut perut takut anak terlari
tengah jalan ke.




14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.

Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam
dunia mereka. Jadilah pendengar setia mereka.
Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita
dengar. Best hape dengar cerita dari
mimpi. Macam drama tapi takde skrip, takde
director, dan takde siaran ulang tayang.




15. Hargailah permainan kesayangan anak anda.

Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai
barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun
sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum
berbuat demikian.




16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur
tanpa ciuman selamat malam.

Biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium
dahi diorang esp maknya...mcm cerita omputeh kan
selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diaorang.




17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah
ibubapa yang sempurna.
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu
sebenarnya dia menegur so, ubahla. Jangan jadi
too perfectionist pada anak2. Nanti mereka
rendah diri.




18. Jangan selalu membawa bebanan kerja
pejabat ke rumah.

Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat
selalunya lebih penting daripada keluarga.Dan
mereka juga akan terasa kurang kasih sayang
bila kita mengadap benda
lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong
mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri
bagi latihan dan perati setiap hari peralihan dia
belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar
lebih dari yang cikgu dia ajar.




19. Anak menangis untuk melegakan keresahan
mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect
sahaja.

Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun
dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila
rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula
sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu
supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga
kita tidak sunyi dihari tua kita.




20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti
anda.

Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga
menghargai dan memahami perasaan kita.
Apapun, saya mengharapkan semua yang membaca
akan dapat manfaatnya. Sama2 la kita berdoa agar
anak2 menjadi penyejuk mata dalam kehidupan
kita dan sebagai penenang hati didunia dan
akhirat kelak.


Suzy - memang betul apa yang ditulis pada
artikel di atas. Ia juga sebagai peringatan kepada
diri saya juga.
Memang ada juga perkara yang kita tidak perasaan
dan menganggap ianya sebagai sesuatu yang remeh.
Seharusnya kita belajar dari kesilapan. Makan
semeja dengan anak-anak adalah satu perkara
yang diwajibkan. Waktu ini kita boleh
tanya apa-apa masalah mereka. Kalau ikut
orang tua-tua dulu tak baik bercakap sambil
makan, tapi kita ubahlah agar ianya menjadi
sesuatu yang positif.

Kalau nak pergi berziarah atau kenduri ajaklah
anak-anak bersama anda, supaya mereka tahu
menghargai, menyayangi, mengenali dan yang
penting waktu bersama keluarga yang lain.
Ikatan siratulrahim itu penting. Sebab sekarang
bila ibu bapa nak pergi kenduri, anak-anak akan
ditinggalkan atau tak mahu ikut dan anak-anak
tidak mengenali sanak saudara mereka
yang lain. Ingat, anak-anak adalah pewaris.

Kawal anak-anak terutama bila mereka nak
keluar rumah waktu malam tanpa sebab.
Bila anak-anak dah di biasakan
keluar waktu malam tanpa dikawal macamana
sekali pun mereka akan keluar juga walau pun
dengan alasan nak bersembang dengan kawan2
di depan rumah.

Kenali juga kawan2 anak anda. Sesekali jemputlah
mereka makan dirumah walaupun sekadar tea o
dan cokodok je, tak salahkan.. Kenali juga ibubapa
mereka, bukan busy body tau...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute