Bismillah

MY BLOG


Rabu, Februari 10, 2010

Keadaan/Jenis manusia yg akan didoakan para Malaikat


11 jenis manusia didoa Malaikat
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman.
Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada
makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam
hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan
dan sokongan malaikat sangat diperlukan.


Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika
itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan
kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.


Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah :



1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan
bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa : "Ya Allah, ampunilah
hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."





2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu
solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya : 'Ya Allah,
ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"





3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke
atas (orang) yang berada pada saf depan."





4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam
saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat
kepada orang yang menyambung saf."



5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Jika seorang imam membaca... (ayat terakhir al-Fatihah
sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan
ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."





6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara
kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."





7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu
malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik
(ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.


"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari
(hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu
Allah bertanya kepada mereka : "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"


Mereka menjawab : 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan
mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"





8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa
pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang
malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan,
malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"





9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada
padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata : 'Ya Allah, berikanlah
ganti bagi orang yang berinfak...' "





10. Orang yang sedang makan sahur.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat
kepada orang yang sedang makan sahur."





11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali
Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga
petang dan di waktu malam hingga Subuh."





Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai
sama InsyaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute