Bismillah

MY BLOG

Rabu, Februari 17, 2010

Selingkar Kisah - Ibu Akhir Zaman

Rayu anak tiri mengaku

SHAH ALAM: Seorang suri rumah yang dituduh membunuh anak kandungnya
sanggup melutut dan merayu sambil berpura-pura menangis di hadapan anak
tirinya untuk memujuknya mengaku bertanggungjawab terhadap kematian
adiknya (mangsa).


Anak tiri tertuduh yang kini berusia 16 tahun memberitahu Mahkamah
Tinggi di sini, semalam, disebabkan kasihan dan tidak tahan melihat ibu
tirinya menangis dan merayu, dia bersetuju mengaku membunuh adik yang berlainan
ibu itu biarpun dia tidak bersalah.

Saksi pendakwaan keempat (SP4) itu berkata demikian ketika menjawab
soalan Timbalan Pendakwa Raya Salim Soib pada perbicaraan kes itu di hadapan
Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.
Menurut saksi itu, ibu tirinya, Salina Abdul Shukor, memujuknya di
rumah ketika bapanya tiada dengan memberi jaminan akan cuba melepaskannya
andai dimasukkan ke pusat kebajikan.

>>> "Emak cakap, 'Long (nama panggilan), kau tolong mak dan mengaku bunuh
adik kerana engkau bawah umur tak kena gantung," katanya.
Saksi itu berkata, biarpun melihat ibu tirinya menendang dan memukul
adiknya sehingga mangsa mengerang kesakitan dan muntah tidak
berhenti-henti selain lebam di badan, dia tidak menceritakannya kepada
bapanya, Abdul Aziz Abdul Rahman kerana takut kepada tertuduh.

Salina , 27, dituduh membunuh anaknya, Syakir Abd Aziz, 3, di rumah
mereka di Kampung Pinggir, Lembah Jaya Selatan, Ampang Jaya, antara jam
5.30 petang pada 4 April 2004 hingga 5 petang 7 April 2004.
Dia diwakili peguam Hazlan Abd Hamid dan Iszam Kamal Ismail.
Selain tiga adik sebapa, saksi itu mempunyai tiga adik lain hasil
perkahwinan bapanya dengan ibu kandungnya yang sudah meninggal dunia.

>>> SALIM: Boleh beritahu apa berlaku pada 4 April 2004, jam 5.30 petang?

>>> SP4: Saya dan adik (saudara sebapa tetapi berlainan ibu) yang sulung
bermain sambil buat kereta mainan di tepi rumah. Ketika itu saya dengar
emak pukul adik Syakir. Saya dengar dia diangkat dan dibaling ke
dinding rumah yang dibuat daripada kayu. Kemudian, saya masuk ke rumah dan
tengok emak tendang adik Syakir di perut. Ketika itu emak dalam keadaan
marah.

>>> SALIM: Bagaimana keadaan adik kamu?

>>> SP4: Terbaring melintang kerana sakit ditendang. Mula-mula dia menangis
tapi selepas itu senyap. Saya tahu emak marah, sebab itu dia pukul adik
Syakir depan saya dalam keadaan berdiri. Saya tak ingat berapa kali dia
tendang tapi banyak kali. Saya juga tidak pasti sekuat mana emak
tendang tapi dari muka dia nampak sekuat hati.

>>> SALIM: Apa yang jadi pada adik Syakir?

>>> SP4: Dia terus senyap.

>>> SALIM: Apa kamu buat?

>>> SP4: Saya tutup pintu. Emak baling adik Syakir pada saya sambil kata:
'Kau basuh berak anak sial ni'. Emak baling kena tangan dan saya cuba sambut
tapi tak berjaya menyebabkan adik terjatuh. Saya tidak jawab apa-apa
dan terus angkat adik bawa ke bilik air di sebelah rumah. Selepas basuh
berak adik Syakir, saya masuk semula ke rumah.

>>> SALIM: Masa bawa adik Syakir untuk basuh berak, adakah dia menangis?

>>> SP4: Adik Syakir jarang menangis tapi masa dibawa ke bilik air, dia
mengerang sakit. Saya tak tanya dia sakit di mana, tapi nampak
tangannya pegang perut. Selesai basuh berak adik, saya bawa masuk semula dan
pakaikan baju serta letak dia atas sofa. Saya lihat keadaan dia okey
saja dan sambung buat kereta mainan.

>>> SALIM: Seterusnya?

>>> SP4: Balik dari kedai saya beritahu ayah balik dan emak terus masuk ke
rumah dan keluar semula lima minit kemudian. Emak tanya saya, 'Along...
apa pasal Syakir? Saya cakap 'mana Along tahu' dan tanya mengapa. Emak
kata, 'jom tengok Syakir yang berbaring atas sofa dan muntah'. Saya lap
muntahnya dan dia terus muntah banyak kali dan tak berhenti. Ketika itu
kira-kira jam 6.30 petang. Emak hanya tengok saja. Adik muntah dari
hari itu (4 April 2004) hingga pagi 6 April 2004. Tiap kali muntah saya akan
lap.

>>> SALIM: Apa tindakan emak?

>>> SP4: Tiada apa-apa. Emak juga tidak bawa adik Syakir ke klinik. Pada 6
April 2004 saya lari dari rumah sebab tidak tahan semua urusan adik
Syakir saya kena buat. Ayah juga tidak tahu perkara itu kerana tidak
diberitahu langsung.

Saksi itu berkata, kerana tak tahan disuruh menguruskan Syakir, dia
melarikan diri ke rumah abang angkatnya dikenali 'Abang Talib' pada 6
April 2004 hingga 2 petang 7 April 2004.

Katanya, ketika balik ke rumah pada 2 petang 7 April 2004 dengan
membawa tiga bungkus nasi, dia dimarahi serta dimaki ibu tirinya kerana
melarikan diri dan membiarkan Syakir.

"Saya lihat Syakir nazak dengan matanya berair dan badan biru. Emak
suruh saya jaga adik di hospital. Saya cakap bukan salah saya mengapa kena bertanggungjawab, " katanya sambil memberitahu dia kemudian keluar memancing bersama seseorang dikenali Abang Mat di lombong Speed Boat.

Sementara itu, seorang saksi, Lans Koperal Norazlina Abdullah berkata
ketika bertugas di bahagian pertanyaan Balai Polis Ampang, seorang
lelaki bernama Abdul Aziz dan anak lelakinya datang membuat laporan kematian
anak lelakinya berusia empat tahun dipercayai akibat ditendang dan dipukul dengan
penyangkut baju oleh abangnya berusia 14 tahun.




Suzy - kalau tak suka sekali pun janganlah lakukan perkara sebegitu
kepada anak anda. Mereka tak bersalah. Kanak-kanak memang manja
dan perlukan belaian orang yang lebih dewasa terutama ibu dan ayah.
Jagalah mereka dengan seikhlas hati kita. Mereka adalah amanah
Allah dan harta yang tidak ternilai. Jika tidak sanggup untuk
menjaganya ada ramai lagi insan yang berhati mulia yang
sanggup mengambilnya sebagai anak angkat.
(sebak teringat anak yang tak berdosa ini).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute