Bismillah

MY BLOG


Memaparkan catatan dengan label Insaf-insaflah wahai remaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Insaf-insaflah wahai remaja. Papar semua catatan

Khamis, Julai 30, 2009

Selingkar Kisah - Iktibar

Suzy- tidak diketahui samada kisah ini benar ataupun tidak,(maksud aku jenazah yang merayau-rayau tu) Saja aku paste kan di sini sebagai panduan dan iktibar agar tidak terjadi kisah seperti ini. Dulu pun pernah terjadi kisah seperti ini di mana remaja perempuan yang bertudung telah memakai rantai salib di lehernya tanpa pengetahuan keluarganya. Segalanya terbongkar apabila remaja itu mati.
Bacalah! Bagi sesiapa yang punya anak remaja atau saudara mara remaja berhati-hati!
Pupuk & didiklah pengajaran Islam dari kecil lagi....... Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara motosikal dan kereta. Setelah jenazah diuruskan, didapati salah satu dari jenazah telah merayau merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain. Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan, kakitangan terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang diuruskan terpaksa dibuang kukunya kerana ada cutex dan dicukur kepalanya kerana rambutnya telah diwarnakan. Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan 'roh" tersebut tidak merayau, namun gagal. Ditanya pula pada kawan-kawan simati, dimaklumkan bahawa di dua bahagian badan simati ada terdapat tatoo, namun tidak diketahui apa yang dilukiskan. Setelah beberapa lama, dan mungkin penyelesaian terakhir, jenazah simati telah dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau lagi.
Pengajaran:- Berkemungkinan tatoo yang terdapat pada simati berlambangkan salib dan simati sebenarnya adalah seorang kristian, walau pada zahirnya berpakaian dan berkelakuan sebagai seorang Islam. Simati tersebut adalah pelajar sekolah yang berusia 16 tahun. Kisah kedua.
Si A adalah seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan. Beberapa kali beliau menduduki peperiksaan PMR tetapi dia gagal. Satu hari, dihadapan kawan-kawan beliau telah berkata, kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku akan masuk kristian. Ditakdirkan Allah, beliau telah lulus dan kemudiannya meninggal dunia kerana kemalangan. Mayatnya diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaanya dan di kebumikan berdekatan dengan masjid. Selepas beberapa ketika, imam masjid mendengar suara menangis dari kubur simati. Ditanya pada ahli keluarganya, dimaklumkan bahawa simati adalah seorang budak yang baik...namun dari kubur berkenaan terdengar tangisan yang berterusan. Setelah ditanya dan diperiksa barulah dimaklumkan mengenai nazar simati.....dan mayatnya pun dipindahkan ke kubur Kristian. Barulah tiada tangisan kedengaran.. ... Inilah keadaan yang berlaku sekarang.... oleh itu ambil tahulah akan aktiviti anak-anak, adik-adik kita...kerana dakyah kristian amat halus dan ada di mana-mana.... tanpa disedari.
Baru-baru ini, telah dimaklumkan bahawa satu kontena bible dalam bahasa melayu telah sampai di Port Klang. Walaupun dibantah kemasukannya, ianya telah di bahawa ia telah diimport secara sah oleh salah sebuah pertubuhan Kristian yang berdaftar... . Samada benar atau tidak, saya juga dimaklumkan bahawa di Subang Jaya, bible telah diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah...
Wallahu'alam. ..... " wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu.. ......., kamilah hamba yang mengharap belas darimu ........., Ya Allah jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ....., ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, cukuplah Allah bagi ku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya kepadaNYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki arasy yang agung

Khamis, Julai 23, 2009

Kasih dan Cinta Dalam Islam


“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu) “…

Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah diantara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yang berkekalan.


Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih sayang yang terjalin terhadap seorang wanita tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita bukannya objek yang boleh diperalatkan. Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,apakah pasangan seperti ini mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti? Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal berlaku satu hari nanti?…”




Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti. Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan. Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan.


Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat.Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?


Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi dialami oleh setiap insan baik muda mahupun tua. Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya,menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau’. Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan) ,gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram disisi Islam. Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya. Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentanghakikat cinta.




Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja. Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah.
Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan.Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja? Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan? Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah. Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan. Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat. Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cintayang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari tuhan .


Rabu, Julai 22, 2009

MELAYU HARI INI.

Melayu Hari Ini?



Di mana boleh cari ramai Melayu

Pastinya di Kelantan dan Terengganu

Dan juga di pasar malam dan pasar minggu

Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu

Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu

Di Sungai Buloh, pusat pemulihan , dulu di Pudu

Dan di jalan, lumba haram , rempit tak berlampu

Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu

Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu

Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru

Terkinja-kinja best giler menari macam hantu





Apa hobi orang Melayu

Terkenal dengan budaya malas dan lesu

Berlepak buang masa tak jemu-jemu

Tengok telenovela dari Filipina dan Peru

Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu

Sambil makan junk food, kuaci dan muruku

Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru

Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu

Mana tak gendut berpenyakit selalu

Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu

Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu





Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?

Atau di perpustakaan dan majlis ilmu

Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu

Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ

Kenapa Melayu jadi begitu?

Nak salahkan siapa ibubapa atau guru

Pemimpin negara atau raja dulu-dulu

Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu

Nak harap Kerajaan saja membantu

Terutama sekali kontraktor kelas satu

Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu

pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu

Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu

Sampai bila kita nak tunggu

Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju

Boleh! dengan beberapa syarat tertentu

Pertama dengan banyak menguasai ilmu

Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku

AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu

tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!

By,
Someone
Somewhere

Isnin, Julai 20, 2009

Alahai....Remaja...

Sedihnya aku tengok gambar ni..... Di manakah kesedaranmu wahai adik-adik...
Tahukah adik-adik bahawa anjing dan babi adalah 2 binatang yang haram dimakan, disentuh apatah lagi dibelai seperti kucing. Apalah pandangan masyarakat nanti apabila melihat gadis-gadis yang bertudung seperti ini membelai seekor anjing??












IBU BAPA , SILA AMBIL PERHATIAN!

SUZY - Petikan ini aku dapat dari emel aku. Ini adalah untuk peringatan kepada semua ibu bapa (termasuk aku) agar jangan leka terhadap anak-anak. Ambil tahu dengan siapa anak kita berkawan. Jangan beri duit poket berlebihan takut akan mendorong anak-anak kita beli benda yang tak sepatutnya. Perhatikan hubungan anak-anak dengan lawan sejenisnya walaupun adik beradik agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Akhir sekali rapatlah dengan anak-anak agar kita tahu masalah mereka, mungkin mereka malu untuk menceritakan kejadian-kejadian seperti ini. Semoga Allah melindungi anak-anak kita dari perkara-perkara aib. Amin.


KUALA LUMPUR: Jika selama ini main 'masak-masak atau main kahwin-kahwin' begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan 'main rogol-rogol' sangat menggemparkan. 'Permainan' yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat. Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit. Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini. Dalam temu bual pada sesi kaunseling itu, katanya, tiga murid lelaki, masing-masing berusia 11 tahun dan seorang berumur 10 tahun, membuat pengakuan jujur mengenai keterlanjuran mereka melakukan zina akibat terangsang selepas menonton VCD lucah. Katanya, seorang daripada murid terbabit yang dikenali sebagai Amir, 11, mendakwa gagal mengawal nafsu sebelum mencabul kehormatan adik kandung sendiri berusia enam tahun."Amir yang berasal dari pinggir ibu kota mendakwa kerap menonton VCD lucah yang akhirnya mendorong dia menjadikan adik kandung sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu. "Saya diberitahu ketika kejadian, Amir menonton VCD lucah bersama rakan di rumah ketika ibu dan bapa keluar bekerja," katanya. Akibat tidak dapat mengawal gelojak nafsu, Amir menarik adiknya masuk ke bilik sebaik rakan beredar. "Adiknya yang berusia enam tahun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan si abang lebih 'pandai' akibat terpengaruh dengan perbuatan dalam VCD lucah. Malah, dia memberitahu, perbuatan terbabit sekadar 'main rogol-rogol' saja," katanya. Beliau berkata, perbuatan tidak bermoral kanak-kanak terbabit hanya diketahui ibu bapanya selepas adik perempuan mengadu mengenai perlakuan jijik si abang. "Amir memberitahu dia dipukul teruk dan tidak dibenar keluar rumah serta bergaul dengan rakan hingga dihantar ke pusat itu untuk mendapat bimbingan," katanya. Ahmadi berkata, Amir mendakwa mudah mendapatkan VCD lucah daripada rakan selain membelinya di pasar malam berhampiran dengan menggunakan wang saku pemberian ibu bapa. Seorang murid yang dikenali sebagai Ashraf, 10, pula mengaku melakukan perbuatan 'main rogol-rogol' itu bersama kakak saudaranya yang berusia 12 tahun dan puncanya juga sama iaitu pengaruh VCD lucah. "Ashraf memberitahu, ketika kejadian dia dan kakak saudaranya menonton VCD lucah bersama selama dua jam sebelum kanak-kanak perempuan itu mengajaknya ke bilik," katanya. Selepas itu, katanya, mereka melakukan aksi sama seperti dalam VCD berkenaan selama lima minit sebelum dilihat bapa tiri Ashraf yang pulang ke rumah. Seorang lagi murid berusia 11 tahun dikenali sebagai Kamal terjebak dengan aktiviti 'main rogol-rogol' bersama adik saudaranya. Kanak-kanak berkenaan yang tinggal di ibu negara mendakwa terpengaruh melakukan seks selepas menonton VCD lucah yang dipinjam daripada rakan. Pengakuan jujur ketiga-tiga murid terbabit yang dirakamkan menggunakan perakam video dianggap gejala sosial memeranjatkan berikutan membabitkan kanak-kanak belum baligh.

Khamis, Julai 09, 2009

Apa Nak Jadi Dengan Remaja Sekarang??







Pejamkan Mata
from mso melayu by mso.im
Lihat Ini Adalah Anak-anak Kita

SAYA sungguh teruja menatapi beberapa keping gambar mengenai aktiviti 'ko-kokikulum' di lakukan oleh anak-anak kita di luar sekolah yang dipostingkan oleh jinggo-minaq dalam fotopagesnya.

Menurut Jinggo seorang jurufoto profesional kegiatan seperti ini biasa, tentu beliau merakam banyak lagi foto-foto 'ko-korikulum' sebegini atau lebih teruk daripada keadaan ini!

Renung dan tetapilah tiga daripada beberapa keping gambar kegiatan pelajar perempuan ini yang dipaparkan.
Apakah kegiatan ini mereka lakukan selepas pulang dari sekolah atau mereka memang ponteng sekolah untuk melakukannya. Memerhati kepada lokasinya tempat mereka 'tuisyen' ini agak tersorok.

Kegiatannya ini dikira ringan, mereka hanya belajar menghisap rokok. Tetapi dari kegiatan yang ringan inilah kemudian akan bertukar menjadi berat. Dari rokok mereka belajar menghisap ganja atau meminum minum keras atau menelan pil khayal. Selepas itu mereka akan berkembang ke pusat-pusat hiburan.
Selepas itu mereka akan terjebak dengan kegiatan 'ko-korikulum' yang lebih daring lagi termasuk menjual batang tubuh.
Siapakah yang bersalah dalam hal ini? Apakah bila mereka melakukan 'ko-korikulum' dalam berkeadaan berpakaian seragam sekolah maka pihak sekolah perlu dipersalahkan?

Ataupun siapa? Kita sering kali tunding menunding bila berhadapan dengan masalah seperti ini; ibubapa kata pihak sekolah perlu bertanggungjawab manakala guru-guru pula kata ibubapa yang perlu mendidik anak-anak selepas keluar dari pagar sekolah.Yang pastinya kegiatan pelajar seperti ini tidak boleh dibiarkan. Ia akan memporak peranda negara di masa depan. Mereka adalah generasi penerus.

Maka setiap antara kita bertanggungjawab menanganinya tidak kira mereka anak siapa. Barang kali ada baiknya juga kalau kita kurangkan berbahas soal 1 Malaysia, soal Unity Government, 16 September dan lain-lain untuk memberi tumpuan dan fokus kepada soal moral dan kelakuan rendah moral anak-anak kita. Ehsan: Jinggo. [wm.kl. 9:30 am 22/06/09]
--

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute