Bismillah

MY BLOG

Khamis, Julai 23, 2009

Kasih dan Cinta Dalam Islam


“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dengannya?”, maka dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu) “…

Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah diantara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yang berkekalan.


Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih sayang yang terjalin terhadap seorang wanita tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita bukannya objek yang boleh diperalatkan. Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,apakah pasangan seperti ini mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti? Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal berlaku satu hari nanti?…”




Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti. Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan. Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan.


Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat.Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?


Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi dialami oleh setiap insan baik muda mahupun tua. Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya,menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau’. Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan) ,gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram disisi Islam. Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya. Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentanghakikat cinta.




Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat. Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja. Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah.
Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan.Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja? Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan? Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah. Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan. Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat. Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cintayang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari tuhan .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute