Bismillah

MY BLOG

Selasa, November 03, 2009

SELINGKAR KISAH -Derita akibat suami berzina

DALAM kesibukan masing-masing, saya
mengambil kesempatan berjumpa dengan
Puan Nora di tempat yang dijanjikan, lantas membawanya ke Seremban, kebetulan
untuk bertemu kawan.
Kerana perjalanannya tidaklah begitu jauh,
kami singgah di sebuah restoran untuk
berbual panjang.

''Saya hairan dengan kelakuan sesetengah
wanita, mereka langsung tak takut dosa
dengan membuat maksiat dengan suami
orang, sedangkan dia sendiri sudah bersuami
dan berkeluarga, '' cerita Nora.

''Sudah lama saya tahu hubungan suami
saya Farid dengan Zehan melalui cerita
kawan-kawan, dan melalui SMS yang Farid
terima. Tetapi bila ditanya, Farid tak mengaku. Sebaliknya mendakwa Zehan yang sering mengganggunya. Hubungan mereka sudah
jadi cerita sepejabat. Akhirnya rahsia terbongkar,
bila saya tahu dia tuduh Zehan yang menggodanya. .

''Memikirkan Zehan yang suka menggoda Farid,
satu hari saya pergi bersemuka dengan Zehan
di gerai dia menjalankan perniagaan. Dia menafikan. Tapi bila Farid balik rumah saya pula kena marah.
Farid mengamuk mendakwa saya pergi serang
Zehan. Malah dia menggugut akan memukul
saya kalau saya jumpa Zehan lagi. Peliknya
kalau dia tak kenal Zehan kenapa marahkan
saya jumpa Zehan.

''Sebenarnya ini bukan kali pertama Farid
buat hubungan dengan isteri orang dan gadis-gadis, sudah banyak kali, tetapi semuanya saya sabar
kerana memikirkan anak-anak masih kecil dan
saya bimbang pelajaran mereka terganggu
kalau kami bercerai. Oleh itu mengalah.

''Perangai buruknya bila dah bercinta, duit
memanjang tak ada, kitalah tempat dia
meminta bila 'sesak'. Bila tak dapat dia
mengamuk dan akan berakhir dengan tabiat
suka memukul. Sejak kecil anak-anak saya
sudah biasa melihat saya kena pukul. Alasan
Farid, saya jahat dan bodoh sebab itu kena pukul.

''Sejak peristiwa saya bersemuka dengan Zehan,
hidup saya semakin terganggu, Zehan menghantar banyak SMS bukan sahaja kepada Farid, dengan
pujuk rayu dan meminta simpatinya, malah
lebih kerap kepada saya.

''Tetapi ayatnya bukan mohon maaf atas
kesalahan yang dilakukannya, sebaliknya dia
memaki hamun saya di samping mendakwa
dia akan bertindak supaya saya bercerai
dengan Farid dan dia akan berkahwin dengan
Farid.

''Demi anak-anak supaya saya tak bercerai,
saya cari jalan hendak bertemu suami Zehan.
Dengan bantuan kawan yang bersimpati saya
berjaya menjejaki suami Zehan, Zul, sambil menceritakan apa yang berlaku di luar
pengetahuannya.

''Malangnya Zul menafikan, tidak percaya apa
yang saya ceritakan. Tetapi berjanji akan bertanya dengan Zehan. Oleh kerana saya sering dapat
SMS maki hamun daripada Zehan, saya hantarkan kepada Zul biar dia tahu. Tetapi Zul mendapat
cerita salah dari Zehan.

ketakutan ''Akibatnya, saya pula menjadi
musuh Zul. Satu hari ketika saya ke kedai
saya telah dipukul dari belakang oleh Zul.
Kerana ketakutan, saya lari ke sebuah butik
kecantikan berdekatan. Zul ikut masuk dan
terus memukul saya. Bila saya bertanya, katanya
saya jahat menganggu rumahtangganya. Saya melaporkan kejadian itu kepada polis. Bila saya mengadu hal ini kepada Farid, saya pula
kena marah.

''Peristiwa itu masih dalam siasatan, sungguh
saya tak sangka Zul berani memukul saya,
sedangkan kebenarannya dia yang telah
dipermainkan oleh isterinya yang membuat
hubungan dengan suami orang. Malangnya
Zul tak percaya.

''Satu hari saya dapat panggilan telefon daripada seorang wanita bersama ibu dan suaminya yang
saya tidak kenali, mereka menasihatkan saya
supaya segera berubat, kerana katanya kalau
tidak rumah tangga saya akan hancur dan suami
saya terus jadi bodoh seperti Zul suami Zehan.
Saya terkejut dan bertanya lebih lanjut.

''Dalam perjumpaan dengan saya wanita ini menunjukkan gambar-gambar Zehan bersama keluarganya. Katanya gambar-gambar dirakamkan
ketika mereka menjadi kawan baik. Mereka
bersahabat lebih 20 tahun lamanya.. Dia juga
mengaku mereka anak beranak disuruh oleh
Zehan mengganggu saya di telefon satu ketika
dahulu.

''Katanya kini mereka sedar atas kesalahan yang dilakukan, kerana rumahtangganya juga hampir
musnah. Setelah berubat kini baru dia insaf dan meminta maaf daripada saya.

''Daripada wanita ini saya mendapat alamat rumah
ibu Zehan. Katanya saya patut cuba pergi meminta bantuan, mungkin ibunya boleh menasihatkan Zehan.

''Beberapa bulan kemudian saya pergi ke rumah ibu Zehan, tujuan saya supaya ibunya yang lebih
matang itu boleh menasihatkan anaknya supaya
tidak lagi mengganggu rumahtangga kami.
Malangnya, belum sempat saya bercerita, ibu
Zehan menghalau saya dengan sebatang paip
plastik yang diketuk ke lantai dan ke dinding
sekuat hati supaya saya tidak menghampirinya.

''Esoknya Zehan bawa ibunya buat laporan polis menuduh saya serang ibunya. Kepada ibunya
saya katakan bahawa Zehan mengacau suami
saya. Zehan pula dengan bangganya mengaku
di depan ibu yang dipimpinnya, bahawa dia bukan sahaja mengacau tetapi dia memang selalu
berzina dengan suami saya. Pengakuannya itu
didengar oleh ibu dan adik lelakinya.

''Rentetan peristiwa itu hubungan saya dengan
Farid jadi tak tenteram, dia tuduh saya menghasut anak-anak kami yang telah dewasa dan telah
bekerja dan menuntut di universiti membencinya. Katanya, semakin hari anak-anak jadi kurang
ajar tak mahu bercakap dengannya.

''Setelah diceraikan barulah saya sedar tidak ada gunanya dipertahankan perkahwinan ini, kerana
selepas peristiwa itu barulah saya tahu banyak keburukan Farid,'' katanya.

Menurut Nora, jiwanya semakin tenang dan
tenteram. Kata anak-anaknya, ayah mahu bercerai kerana tak lama dia akan bersara, akan dapat
banyak duit, dan dia merasa dia cukup mewah
dan tidak mahu hidupnya diganggu. Kepada kaum wanita semua ambillah iktibar.. Sebaiknya kayakan
diri sendiri.


Kadang-kadang hidup sendirian lebih bagus!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute