Bismillah

MY BLOG

Isnin, Oktober 05, 2009

Membongkar rahsia kehebatan roh


Membongkar rahsia kehebatan roh

MALAM itu, majlis tahlil arwah diadakan.

Jiran-jiran dan saudara-mara terdekat dijemput.

Tiba- tiba ketika majlis tahlil sedang berlangsung,

Samat terpandang arwah isterinya datang dengan

memakai telekung putih.

Arwah isterinya muncul dari pintu utama

dan kemudian berjalan ke kelompok jemaah

wanita. Setelah itu, arwah mendekatinya.

Samat melihat tubuh isterinya tidak longlai

seperti ketika dia sedang sakit dahulu.

Tubuhnya segar dan kuat.

“Saya sihat!” jelas arwah isterinya sambil

memerhatikan orang yang sedang bertahlil.

Samat senyum dan mengangguk. “Ramai

orang di rumah kita ni!?” tanya arwah isterinya.

“Tengah tahlil, baca doa untuk awak!” beritahu

Samat.

“Baguslah! Tapi di sana lebih istimewa.

Kawan-kawan pun ramai,” beritahu arwah

isterinya lagi.

Arwah isterinya itu tidak lama menghadiri

majlis tahlil. Setelah muncul beberapa

minit dan berbual-bual dengan Samat,

wanita itu berjalan menerusi pintu utama

dan terus ghaib.

Ketika itu tiada sesiapa yang menyedari

kehadiran arwah kecuali Samat seorang.

Pada malam kedua, arwah isterinya

datang lagi ketika majlis tahlil sedang

berlangsung.

“Masih tahlil lagi?” tanya arwah isterinya.

“Ya. Tahlil,”jawab Samat.

Pada malam berkenaan, itulah sahaja

perkara yang ditanya arwah isterinya.

Malam-malam berikutnya, arwah isterinya

datang lagi, semasa majlis tahlil diadakan.

Selepas bertanya khabar, wanita itu

menghilangkan diri semula.

Namun pada malam ketujuh, arwah datang

dengan membawa rombongan kawan-kawannya

seramai lebih kurang 60 orang. Setiap ceruk

rumahnya penuh dengan kawan-kawan arwah

isterinya. Semua wanita yang dibawa isterinya

itu memakai telekung putih, seorang pun tidak

dikenalinya.

“Macammana di sana (kubur) ?” tanya Samat.

“Lagi istimewa. Dalam kubur, ada cahaya

terang benderang!”

Semasa berbual-bual itu, arwah banyak

mengingatkan supaya jangan lupa

sembahyang, bersedekah dan membuat ibadat

supaya apabila meninggal dunia kelak kuburnya

dilimpahi cahaya terang-benderang.

Samat juga diberi gambaran oleh arwah

keadaan di kuburnya tidaklah sunyi dan gelap

seperti disangka tetapi terang benderang

seperti sebuah bandar.

“Rumah kita ni gelap sikit. Tapi sana

(kubur) macam bandar, terang-benderangl”
beritahu isterinya lagi.

Rakan-rakan arwah semuanya hanya mendiamkan

diri.

Samat sempat bertanya arwah bagaimana

corak kehidupan dalam kubur.

” Sana saya bukan makan nasi, saya makan

kalimah syahadah, lailahaillah dah kenyang,”

beritahu isterinya lagi.

Setelah majlis tahlil berakhir, arwah isterinya

mengajak 60 orang rakannya tadi pulang.

Tapi sebelum pulang, sekali lagi arwah isterinya

berpesan kepada Samat supaya jangan lupa bersembahyang.

“Kalau berhutang boleh dibayar tapi sembahyang,

wajib kena buat,” pesan arwah lagi.

Samat juga pernah bertembung dengan

arwah isterinya dalam sebuah kereta ketika

dalam perjalanan menghantar anaknya, Dr. Talib

ke perhentian bas di Larkin, Johor Bahru.

Apabila ditanya Samat, arwah isterinya memberitahu

dia sengaja datang untuk mengetahui ke mana

anak dan suaminya hendak pergi. Arwah muncul

dan sepantas kilat boleh menghilangkan diri –

lolos ketika kereta sedang laju bergerak.

Samat juga pernah bertembung dengan i

sterinya ketika mereka sekeluarga sedang minum

di restoran.

Roh arwah juga ada kalanya muncul untuk

menolong Samat ketika orang tua itu dalam

kesusahan, mengangkat barang seperti

kerusi atau menyapu sampah.

“Pernah arwah tolong cabutkan pokok cempaka tu!”

cerita Samat. Pokok cempaka tersebut sudah

bergoyang- goyang akarnya. Tidak semena-mena

arwah isteri Samat datang membantunya

mencabut pokok tersebut.

Foto Mastika : Pakcik Samat berbual dengan

arwah isterinya, di sebelahnya adalah anaknya

Ashidah, adik Dr Talib.

KETIKA wartawan Shahidan Jaafar sedang

berbual-bual di meja makan di dapur ( dalam

pukul 4.00 petang) dengan Samat, tiba-tiba

orang tua itu memberitahu arwah isterinya

datang.

“Kenapa?, tanya Samat. Ini wartawan Mastika,

Shahidan Jaafar. Ini Talib punya syor, Talib

suruh masuk cerita awak dalam Mastika, boleh?”

kata Samat seolah-olah bertanya kepada arwah

isterinya.

Kemudian Samat diam.

“Tak apa! Dia kata boleh tulis. Ceritalah”

beritahu Samat seketika kemudian. Samat

menjelaskan, arwah isterinya datang bertudung biasa.

Setengah jam kemudia, sekali lagi isterinya

datang, kali ini duduk di atas kusyen pula.

“Awak nampak? Nampak ya? Inilah wartawan

Mastika tu!” kata Samat

“Tadi dia beritahu saya, dia nampak wartawan

Mastika. Dia kata, baguslah cerita perkara-perkara

lama. Dia tanya, Wartwan Mastika nak tidur sini ke?”

“Saya kata tak, Datang nak interviu saja. Dia tanya

nak buat apa? Nak buat pedoman dan iktibar

dalam Mastika ke? ” tanya Samat.

Ya! Cerita ini untuk pedoman dan iktibar!

NOTA: Anak-anak Samat juga sering merakam

interaksi antara orang’ tua itu dengan arwah ibu

mereka. Seperti yang dialami Mastika, gambar

dan video yang mereka rakam itu menunjukkan

Samat berbual seorang diri. Bayangan arwah ibu

mereka tidak kelihatan langsung. Kata mereka,

Samat sihat. Percakapan ayah mereka itu normal.

Ingatannya masih waras. Selepas seminggu

mengunjungi Samat, kami menerima SMS daripada

anaknya, Dr. Talib Samat yang memberitahu ada

perkembangan terbaru daripada adiknya, Ashidah

Samat di Felda Hulu Tebrau di Johor.

“Arwah mak saya menghubungi Mak cik Niah,

isteri Pak cik Sitam, jiran kami. Roh mak saya

ucap terima kasih kerana pimpin majlis tahlil

untuknya. Ini menunjukkan betapa arwah

mak saya dapat menghubungi orang luar

keluarga saya. Terimakasih. Dr. Talib Samat.”



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute