Bismillah

MY BLOG


Rabu, Oktober 28, 2009

TALI GANTUNG DI PENJARA




Berkongsi pengetahuan….


TALI GANTUNG DI PENJARA

Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus
dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan
yang akan digant
ung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji
ketahanannya dengan menggantungk
an patung seberat lebih 90 kilo selama
72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasika
n sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh poie
terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada empat
jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas Samuel.

Di antara ciri
utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi
untuk mematahkan tengkok banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK


Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung
dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatka
n di Blok Abadi sehingga
hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka
dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir
mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis
keseluruhan proses rayuan yang membabi
tkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah
Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah
Persekutuan ak
an mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana
di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya
serta masa hukuman akan dijalankan iaitu
di antara 5.30 pagi hingga
6.30 pagi.

'Kita diberi
satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan beragama
Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada hari Jumaat,
selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama,
cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.

Selepas wara
n dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan
pengarah penjara
yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman
gantung selepa
s segala proses rayuan terakhir ditolak.



'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan
tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu
yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata Samuel.

Semasa banduan
akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya
yang biasanya su
dah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di
luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir
ini.


Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidanga
n terakhir' bernilai
RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samue
l, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung
'poie dengan re
la' setelah menunggu begitu lamo untuk hukuman
dilaksanakan.

'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang
dan sudah bers
edia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif
sehingga ke saa
t-saat terakhir.

'Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih
baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka
pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam den
gan
kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi
menunggu,' katanya.

Di hari mereka
diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan
meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.


'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata
terakhir seorang
banduan untuk
anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari
hukuman.

'Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar
sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai

kasut berharga RM300. Mati penuh gaya. Banduan itu kata dengan jenaka,'
cerita Samuel.

Hukuman gan
tung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk
pengarah dan doktor berpuas hati dengan kea
daan banduan pada hari
hukuman akan d
ilaksanakan.

BILA PINTU
PERANGKAP RENGGANG



Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan
secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18
meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian
suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari
bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada
tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu
perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan
diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar
tergantung.

'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati
jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia,
semuanya tak ada masalah.

'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan
letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-
bos saya dulu,' kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada
anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih,
satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan bahawa
kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.

sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute