Bunga ini dikenali juga dengan nama Ric Rac Cactus, Moon Cactus atau Queen of The Night.

Ciri-cirinya:-
-berbau wangi
-kembang antara pukul 10 - 12 malam
-bau akan lebih wangi tepat pukul 12 tengahmalam
-bunga akan layu bila pagi
-kembang hanya sekali.
Menurut masyarakat Cina, pokok bakawali ini akan membawa tuah bila berbunga. Selalunya bunga ini akan ditanam di tempat mereka berniaga dan diikat dengan reben merah. Dan sekiranya pokok ini mati mereka akan mendapat musibah.
Menurut kepercayaan masyarakat Melayu pula , pokok ini ada Bunian semasa bunganya hendak berkembang dan pokok ini dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan tuannya, sekiranya tuannya mati pokok ini akan turut mati. Sebab itu pokok ini dikenali juga sebagai pokok mistik dan misteri.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan