Bismillah

MY BLOG

Khamis, Ogos 20, 2009




AHLAN WASAHLAN
MARHABAN YA RAMADHAN

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Segala puji bagi ALLAH tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda dan para sahabat baginda kesemuanya.
Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

Bermaksud: 'Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa,
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa'


RISALAH PUASA

Marhaban ya Ramadhan, Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah. Artikel kali ini hanyalah sekadar peringatan mengenai puasa untuk kita bersedia menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Mana tahu mungkin diantara kita selalu sibuk dan terlalai dengan amalan fardhu yang tibanya hanya setahun sekali. Maka kita imbas dan tenung adakah puasa kita memenuhi kefardhuannya. Walaupun risalah ini simple seperti buku fardhu ain tahun 2, namun ia mungkin berguna buat kita mengingati kembali cara berpuasa yang betul dan perkara-perkara yang membatalkan. Janganlah selalu kita mengambil mudah perkara yang kita anggap mudah menyebabkan hasilnya kurang sempurna. Contoh mudah kenapa soalan matematik yang setakat operasi tambah tolak sering terdapat kesalahan? Adakah kita tidak tahu menambah dan menolak? Bukan sebenarnya kan? Kesalahan terjadi kerana kelalaian dan kecuaian kerana kita anggap matematik operasi tambah dan tolak ini mudah hingga kita ambil enteng sahaja. Begitu juga puasa, menurut amalan kita, puasa itu hanya sekadar menahan diri dari makan dan minum dan kita sudah mula diajar berpuasa sejak dari umur 6 tahun. Dan adakah kita masih ingat apa yang diajar ketika usia 6 tahun itu? Maka marilah kita sama-sama membaca tazkirah ini untuk memperbaiki lagi ibadah puasa kita.

Ini adalah sebuah risalah puasa yang menerangkan hukum-hakamnya, kategori manusia padanya dan perkara-perkara yang membatalkannya serta faedah-faedah lain secara ringkas.
1. Takrif puasa ialah: Ibadah kerana Allah SWT dengan meninggalkan perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
2. Puasa di bulan Ramadan ialah satu rukun Islam yang agung berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW:"Islam itu terbina di atas lima perkara; bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah SWT dan Muhammad itu utusan Allah SWT, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan puasa di bulan Ramadan ".

KATEGORI MANUSIA DI DALAM PUASA

1. Puasa wajib bagi setiap Muslim yang baligh, berakal, mampu untuk melaksanakannya serta bermukim (tidak bermusafir).
2. Orang bukan Islam tidak wajib berpuasa dan tidak wajib menqadak sekiranya mereka memeluk Islam.
3. Kanak-kanak yang belum baligh tidak wajib berpuasa, akan tetapi digalakkan supaya mereka terbiasa dengannya.
4. Orang gila tidak wajib puasa dan tiada kafarah (memberi makan kepada seorang miskin setiap hari yang ditinggalkan) bagi mereka walaupun ia dewasa. Begitu juga hukum orang kurang akal yang tidak mumaiyiz dan yang seumpamanya.
5. Orang yang tidak mampu untuk berpuasa kerana faktor-faktor yang berterusan seperti terlalu tua dan sakit yang tiada harapan untuk sembuh. Mereka dibenarkan berbuka dan perlu membayar kafarah.
6. Orang berpenyakit kritikal yang mempunyai harapan untuk sembuh dibenarkan berbuka sekiranya puasa membebankan mereka dan wajib qada' selepas sembuh.
7. Orang yang hamil atau menyusukan anak. Sekiranya membebankan mereka disebabkan hamil atau menyusu atau takut memudaratkan anak mereka, dibenarkan berbuka dan wajib mereka menqada'nya apabila hilang beban serta takut kemudaratan tersebut.
8. Orang yang datang haid atau nifas haram mengerjakan puasa ketika haid dan nifas, akan tetapi wajib qada' setiap hari yang ditinggalkannya.
9. Orang yang terpaksa berbuka kerana untuk menyelamatkannya daripada lemas atau terbakar. Dibenarkan berbuka untuk tujuan tersebut kemudian wajib mereka menqada' puasa tersebut.

10. Orang yang bermusafir sekiranya mereka ingin puasa, mereka berpuasa dan sekiranya ingin berbuka, mereka berbuka tetapi wajib menqada'nya. Sama ada perjalanan itu jarang-jarang seperti umrah atau perjalanan yang berterusan seperti pemandu kereta sewa (teksi atau bas) maka dibenarkan untuk mereka berbuka sekiranya mereka ingin berbuka selagi mana mereka berada di luar daerah mereka.

PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA

· Tidak membatalkan puasa sekiranya seseorang itu mengambil perkara-perkara yang membatalkan puasa dalam keadaan lupa atau jahil atau dipaksa berdasarkan firman Allah SWT (yang bermaksud):

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengambil kira jika kami terlupa atau tersalah"

"Kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman;"

"Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (dikira berdosa itu) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya ".

· Maka sekiranya seseorang yang berpuasa itu makan atau minum dalam keadaan lupa, puasanya tidak dikira batal kerana dia terlupa.·
Walaupun dia makan atau minum kerana menyangka bahawa matahari telah terbenam atau fajar belum terbit, maka puasanya tidak dikira batal kerana dia jahil (tidak mengetahui).·
Walaupun dia berkumur-kumur lalu termasuk air tersebut ke dalam halkum dengan tidak disengajakan. Ianya tidak membatalkan puasa kerana dia tidak sengaja melakukannya.·
Walaupun dia 'bermimpi basah' (mimpi berjimak yang menyebabkan keluar air mani) ketika ia tidur. Tidak membatalkan puasa kerana tiada ikhtiar baginya.

8 PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA:

1. Berjimak: Sekiranya dilakukan di siang hari puasa, maka wajib qada' serta kafarah yang berat iaitu; membebaskan seorang hamba, sekiranya tidak didapati hamba untuk dibebaskan maka puasa 2 bulan berturut-turut, sekiranya tidak mampu maka memberi makan 60 orang miskin.
2. Mengeluarkan air mani secara sedar: Dengan istimna' (mengeluarkan mani dengan tangan atau seumpamanya) atau mukadimah kepada jimak atau ciuman atau pelukan atau seumpamanya.
3. Makan dan minum: Sama ada bermanfaat atau pun memudaratkan seperti rokok.
4. Suntikan air berzat: Yang memadai seseorang mengambilnya daripada makanan, kerana ianya dikira sebagai makanan dan minuman. Ada pun suntikan selain daripada air berzat tidak membatalkan puasa, sama ada disuntik pada otot-otot atau pun pada urat saraf, sama ada ianya terasa di halkum atau pun tidak.
5. Suntikan darah: Seperti berlaku terhadap orang yang berpuasa kehilangan darah disebabkan kemalangan atau seumpamanya lalu disuntik dengan darah untuk menggantikan darah yang hilang.
6. Keluar darah haid atau nifas.
7. Mengeluarkan darah dengan berbekam dan seumpamanya. Ada pun keluar darah dengan sendiri seperti pendarahan hidung atau keluar darah disebabkan mencabut gigi atau seumpamanya tidak membatalkan puasa kerana tidak dikira sebagai bekam. [5]
8. Muntah dengan sengaja. Sekiranya muntah dengan tidak sengaja, tidak membatalkan puasa.

FAEDAH-FAEDAH LAIN

1. Harus bagi orang yang puasa niat dalam keadaan berjunub kemudian ia mandi selepas terbit fajar.
2. Harus bagi orang yang puasa mencabut gigi, mengubati luka, menitiskan ubat titisan ke dalam mata atau telinga. Ianya tidak membatalkan puasa walaupun dirasakan titisan tersebut pada halkum.

3. Harus bagi orang yang puasa bersugi pada awal dan akhir siang hari Ramadan. Ianya adalah sunnah baginya sebagaimana sunnah bagi orang yang tidak puasa.
4. Harus bagi orang yang puasa melakukan perkara yang mengurangkan rasa kepanasan dan kehausan seperti menyejukkan badan dengan air atau penghawa dingin.
5. Harus bagi orang yang puasa diberi bantuan pernafasan (sama ada dengan bekalan oksigen atau sebagainya) pada mulut untuk melegakan nafas yang tersesak disebabkan tekanan atau selainnya.

6. Harus bagi orang yang puasa membasahi bibir dengan air apabila kekeringan atau berkumur-kumur apabila mulut kekeringan tanpa memasukkan air ke dalam kerongkong.
7. Disunatkan orang yang puasa agar melewatkan sahur sebelum hampir waktu fajar. Mempercepatkan berbuka apabila terbenam matahari. Berbuka dengan ruthab (kurma segar), sekiranya tiada maka dengan tamar (kurma kering), sekiranya tiada maka berbukalah dengan air, sekiranya tiada maka dengan makanan yang halal sekiranya tiada makanan untuk di makan, maka hendaklah niat berbuka sehinggalah diperoleh makanan.
8. Disunatkan kepada orang yang puasa supaya memperbanyakkan segala ketaatan dan menghindarkan segala yang dilarang.
9. Wajib menunaikan puasa di bulan Ramadan bagi perempuan apabila suci daripada haid atau nifas sebelum terbit fajar, walaupun tidak mandi wajib melainkan selepas terbit fajar.
10. Wajib kepada orang yang puasa memelihara segala kewajipan serta menjauhkan diri daripada segala perkara yang haram. Maka hendaklah solat fardu pada waktunya serta dilakukan secara berjemaah, sekiranya dia dari kalangan orang yang sentiasa berjemaah. Hendaklah meninggalkan percakapan dusta, mengumpat, menipu, perniagaan secara riba dan segala perkataan atau perbuatan yang haram. Nabi SAW bersabda (mafhumnya):
"Barang siapa tidak meninggalkan percakapan bohong dan batil serta beramal dengannya maka tiadalah Allah SWT berhajat untuk dia meninggalkan makan dan minumnya ". [6]


Justeru itu sebagai tanda kasih dan cinta kita kepada Nabi Muhammad s.a.w, marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Rasulullah pada bulan yang penuh rahmat ini. Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman dalam al-Quran al-Karim: {إِنَّ اللهَ وَمَلآَئِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِىِّ, يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آَمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا}(yang bermaksud): "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya sentiasa berselawat ke atas Nabi.
Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah ke atasnya dengan sesungguh-sungguhnya" (Al-Ahzab: 56).Semoga Allah memelihara iman kita dan menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w. Amin.

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan Aminn.

" Doa Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri; * Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

Oleh itu Saya terlebih dahulu memohon maaf jika ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.

.جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute