Bismillah

MY BLOG

Isnin, Ogos 24, 2009

Selesai Masalah - Siapa Ayah Anakku




SAYA wanita berusia 24 tahun, sudah berkahwin dan ada dua anak. Suami saya berusia 40 tahun. Kami berkahwin dulu kerana terpaksa dan kini usia perkahwinan kami hampir 11 tahun.Masalah saya sekarang ialah menghadapi pelbagai kesukaran berikutan tindakan masa silam. Pada awal perkahwinan dulu, disebabkan tidak cintakan suami, pelbagai perkara saya lakukan supaya dapat berpisah dengannya.

Disebabkan suami tidak mahu melepaskan saya secara baik, saya curang terhadapnya. Saya jalin hubungan dan melakukan hubungan seks dengan dengan ramai lelaki. Akibatnya, saya tidak pasti siapa ayah kepada anak saya, sama ada suami saya atau lelaki lain. Selepas melahirkan anak kedua, saya insaf. Saya akui mungkin takdir saya perlu hidup bersama suami saya dan sepatutnya saya menerima takdir itu. Selepas habis tempoh berpantang, saya bekerja untuk menambah pendapatan manakala dua anak saya dijaga oleh ibu saya.Kehidupan saya dan suami kini bahagia, namun persoalan siapa sebenarnya ayah kepada anak saya semakin kuat menghantui diri saya, sampai saya terfikir ingin membuat ujian DNA bagi mendapat jawapannya. Dang Setia, perlukah saya berbuat demikian? Salahkah saya apabila mem’binti’kan anak saya dengan nama suami saya, sedangkan saya tidak pasti adakah dia ayah sebenar? Lebih membimbangkan, jika betul suami bukan ayah kepada anak saya, siapa akan menjadi wali kepada anak saya apabila mereka ingin berkahwin kelak? Semua ini membingungkan saya dan saya tahu mem‘binti’kan anak dengan nama orang lain yang bukan ayah mereka salah di sisi Islam.Kini suami saya berkahwin seorang lagi, namun saya rela dimadu. Cuma, saya keberatan apabila suami merancang membuat rumah baru ibu dan ayahnya bersebelahan rumah saya kerana tidak mahu masalah saya dan suami turut diketahui mentua saya.
Satu lagi persoalan, perlukah saya mencari semula lelaki yang pernah menjalin hubungan dengan saya dan meminta mereka membuat ujian DNA untuk memastikan adakah mereka ayah kepada anak saya?Selain itu, jika saya melakukan ujian DNA ke atas anak saya, adakah saya perlu memberitahu keputusan ujian itu kepada suami saya? Saya tidak tahu sama ada suami tahu atau tidak bahawa anak kami kemungkinan bukan anaknya.
Tapi, dulu suami tahu saya ada ramai teman lelaki dan dia pernah kata, jika pun benar anak yang saya lahirkan bukan anaknya, jangan beritahu dia. Jadi saya takut jika saya beritahu dia nanti, dia akan menceraikan saya. Saya tidak sanggup diceraikan. Dulu ketika berkahwin, saya kehilangan masa remaja. Kini, saya takut kehilangan segala-galanya, suami dan anak. Entahlah Dang Setia, saya keliru, apa sepatutnya saya buat?
PENGHUNI NERAKA
Puan berusia 24 tahun dan usia perkahwinan puan 11 tahun. Ini bermakna puan berkahwin pada usia terlalu muda iaitu 13 tahun, manakala usia suami puan ketika itu 29 tahun. Oleh itu, Dang Setia mengandaikan segala salah laku dan dosa puan menjalin hubungan dengan lelaki lain mungkin disebabkan usia ketika itu masih muda serta fikiran belum matang. Apapun, kenyataan itu bukan bermaksud Dang Setia ingin menghalalkan yang haram. Dosa tetap dosa dan hanya keinsafan serta taubat puan diikuti keampunan Allah SWT yang mampu membersihkan dosa itu. Justeru, wajib untuk Dang Setia menasihatkan puan supaya bertaubat. Sesungguhnya kesalahan puan sangat serius, namun jangan putus asa dengan rahmat Allah kerana Allah Maha Pengampun lagi Penyayang. Berbalik kepada permasalahan puan, bagi Dang Setia, mungkin itu antara hukuman di dunia oleh Allah SWT terhadap puan. Maaf kerana mungkin ada yang berpendapat Dang Setia tidak sepatutnya menjatuhkan hukuman ke atas seseorang, namun itu yang Dang Setia rasakan. Ini kerana Allah SWT menyatakan di dalam al-Quran, setiap perbuatan baik atau buruk yang kita lakukan akan mendapat balasan setimpal daripada Allah SWT, sama ada di dunia mahupun akhirat.
Hukuman Allah SWT pula hadir dalam pelbagai bentuk dan ia termasuk rasa takut, bimbang dan tidak tenteram di hati, sebagaimana puan alami sekarang. Ia mungkin akibat perbuatan puan berzina dengan lelaki lain biarpun bersuami. Sebab itu untuk menghadapi masalah ini, Dang Setia menasihatkan tindakan pertama yang wajib puan lakukan ialah bertaubat kepada Allah, selepas itu baru difikirkan soal lain, termasuk usaha mengetahui siapa ayah kepada anak puan.Bercakap soal itu, Dang Setia melihat puan bersungguh-sungguh mahu melakukannya, termasuk perancangan untuk melakukan ujian DNA. Oleh itu, tidak salah jika Dang Setia rumuskan, selagi tidak tahu siapa ayah kepada anak puan, selagi itu hati puan tidak senang. Jadi, teruskan usaha itu, cuma Dang Setia berpendapat carilah pendekatan terbaik, seboleh-bolehnya jangan sampai rumah tangga terjejas. Ia memang sukar, namun masih ada ruang untuk ia dilaksanakan.Langkah pertama, untuk melakukan ujian DNA, buat permulaan puan masih boleh merahsiakan hal ini daripada pengetahuan suami. Ini kerana setahu Dang Setia, untuk melakukan ujian DNA, doktor sekadar memerlukan sampel (seperti air liur dan rambut) anak dan suami puan. Daripada situ boleh diketahui sama ada dua anak puan itu hasil hubungan dengan suami atau lelaki lain. Jika, keputusannya memang kedua-duanya anak hasil hubungan dengan suami puan, rasanya selesai semua masalah dan tak perlu puan mengambil tindakan susulan.Namun jika keputusan sebaliknya, tanpa pilihan puan terpaksa berterus terang dengan suami. Biarpun perkara ini sukar dan ia boleh membawa kemungkinan puan diceraikan suami, hakikatnya puan tiada pilihan.Ini kerana, jika puan tahu anak itu bukan hasil hubungan dengan suami tapi puan merahsiakannya, itu perbuatan berdosa kerana kesannya sangat besar.Sebagaimana puan katakan, jika anak puan ingin berkahwin kelak dan suami puan menjadi wali sedangkan dia bukan ayah mereka, ini bermakna perkahwinan mereka boleh menjadi tidak sah, hubungan kelamin mereka dianggap zina manakala anak dilahirkan adalah anak tidak sah taraf. Dalam hal ini anak dan suami puan mungkin terlepas daripada dosa kerana mereka tidak tahu perkara sebenar. Namun puan menanggung segala dosa besar itu kerana tahu perkara sebenar tetapi merahsiakannya. Sediakah puan menerima seksaan Allah akibat dosa ini di akhirat? Sudah tentu tidak bukan. Jadi, untuk tidak mahu susah di akhirat, lebih baik puan susah di dunia. Biarpun kemungkinan diceraikan suami, terima ketentuan itu dengan tabah dan anggap ia sebagai hukuman yang perlu puan terima akibat kesalahan sendiri.Lagipun, berbanding hukuman atau azab Allah di akhirat, apa sangat kesusahan yang terpaksa kita tanggung di dunia. Perlu juga Dang Setia nyatakan, puan tidak perlu mencari semula bekas teman lelaki dan meminta mereka melakukan ujian DNA untuk dipastikan siapa ayah kepada siapa. Bagi Dang Setia, jika sudah sah anak puan bukan dengan suami, usahakan menukar binti mereka di Jabatan Pendaftaran, jika dibenarkan. Jika tidak, nama di dalam Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan bukanlah perkara penting.Yang penting, puan sekeluarga mengetahuinya. Jadi, bila tiba masa mereka ingin berkahwin kelak, pastikan khidmat wali hakim digunakan kepada anak puan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute