Bismillah

MY BLOG

Isnin, Ogos 24, 2009

Berpuasa bagi wanita hamil



BULAN Ramadan telah menjelma kembali. Bagi wanita yang mengandung, tentulah mereka mempunyai banyak persoalan sama ada mengandung tidak sesuai berpuasa dan kesannya terhadap kesihatan ibu dan anak.

Sebagaimana yang diketahui, dalam Islam, mereka yang dikecualikan daripada berpuasa semasa bulan Ramadan adalah:

1. Wanita yang kandungan mereka sudah mencapai trimester ketiga dan akan melahirkan anak bila-bila masa, atau mana-mana minggu di mana mengandung dan berpuasa membahayakan kesihatan, mengikut doktor yang merawat mereka.

2. Wanita yang menyusukan anak

3. Wanita yang sedang mengalami kehadiran haid

4. Wanita yang mengalami nifas

Kesihatan janin semasa ibu mengandung pula boleh dilihat dari dua sudut iaitu pemakanan ibu dan gangguan metabolisma badan ibu.

Sebelum puan melaksanakan puasa, berbincang terlebih dahulu dengan doktor peribadi antenatal kerana mereka lebih mengetahui akan sejarah kandungan dan kesihatan Puan.





Pilihan 1



Berkemungkinan doktor menasihati puan supaya tidak berpuasa sekiranya puan menghidapi kencing manis yang memerlukan rawatan insulin, darah tinggi dan juga permasalahan dengan sistem pencernaan dan penghadaman, terutamanya sekira Puan menghadapi loya-loya dan muntah-muntah semasa awal mengandung.

Prinsip pemakanan yang betul, penting semasa mengandung, tidak kira sama ada di bulan Ramadan ataupun tidak.

Pola pemakanan puan sepatutnya membekalkan pemakanan optimum untuk dua individu, puan dan janin yang dikandung. Jangan keterlaluan dalam memakan semasa di bulan Ramadan.

Penting diingatkan supaya meminum air dengan secukupnya, kerana negara kita berada di garisan Khatulistiwa, cuacanya panas sepanjang musim.

Ini dapat menghindar dehidrasi dari berlaku. Puan dinasihatkan meminum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.

Sekiranya berat badan ibu mencapai lebih kurang 11 hingga 15 kilogram sepanjang mengandung, lazimnya pemakanan ibu memadai dan berpuasa biasanya tidak mengancam kesihatan.

Kelahiran bayi yang kurang berat badan biasanya berlaku pada ibu yang tidak seimbang dari segi pemakanannya (malnutrisi) .

Berat badan ibu juga mungkin berubah semasa bulan Ramadan bergantung pada jumlah kalori yang diambil.

Banyak kajian menunjukkan berpuasa di bulan Ramadan tidak memudaratkan ibu sekiranya mereka mengambil kalori dan zat makanan yang mencukupi.

Lagipun, berpuasa untuk orang Islam, hanya makanan tengahari dilupuskan. Pengambilan makanan pagi (sahur) serta malam (berbuka puasa) perlu diamalkan mengikut yang disyorkan oleh agama.

Amalan pemakanan

Wanita mengandung sebenarnya mudah mengalami komplikasi akibat dari kesalahan amalan pemakanan.

Kebuluran berlaku pantas semasa mengandung. Sekiranya kalori serta zat pemakanan tidak ditegaskan dengan betul, metabolisma badan ibu berubah dari glikolisis ke lipolisis dan seterusnya pembentukkan bahan bahan ber'ketone'.

Puan dinasihatkan supaya jangan meninggalkan sahur sekiranya ingin berpuasa dan berat badan perlulah diamati supaya metabolisma badan tidak menjejaskan kesihatan puan serta janin.

Pakar Perbidanan biasanya tidak menggalakkan ibu mangandung untuk berpuasa pada trimester pertama (12 minggu pertama) dan juga pada trimester ketiga (terakhir).

Mengandung pada bulan keempat hingga keenam dibenarkan dengan syarat kesihatan badan serta mental puan bagus dan juga puan disahkan oleh pakar perbidanan yang puasa mungkin tidak memudaratkan.

Pemantauan puan serta kandungan akan dilakukan dengan lebih kerap. Dikhuatiri permasalahan yang timbul bukan dari segi pemakanan tetapi dari segi dihidrasi (kekeringan air dari badan) akibat dari pengurangan pengambilan air selama 10 hingga 14 jam.

Sekiranya pola pemakanan Puan tidak betul, berkemungkinan Puan akan mengalami:

-Ketidakcernaan dan senak perut akibat dari memakan berlebihan, makanan berempah, berlemak serta bergoreng dan juga minuman bergas (berkarbonat) .

-Sembelit akibat dari makanan yang diproses, kekurangan pengambilan air serta gentian. Untuk mengelakkannya, banyakkan makanan bijirin, buah-buahan serta sayur-sayuran.

- Kelesuan serta keletihan. Ini disebabkan oleh makanan yang dimakan banyak kandungan kanji serta berkarbohidrat dan berlemak.

- Sakit kepala dari tidur yang tidak mencukupi.

- Kekejangan otot-otot.

- Tidur haruslah mencukupi supaya keseimbangan mental serta fizikal berlaku besoknya semasa puan ke tempat kerja, pengajian dan sebagainya. Kekurangan tidur menyebabkan kekeliruan, bercelaru, masalah pencernaan dan juga sakit kepala, yang turut membahayakan kandungan.


Berpuasa

Sekiranya puan berpuasa tanpa pengambilan sahur yang betul, puan mungkin mengalami gejala hipoglisemia (kekurangan gula badan). Hipoglisemia ini dibahagikan kepada dua:

- Rungutan yang berkaitan dengan pengaktifan sistem autonomik serta rembesan epinefrin seperti berpeluh, terketar-ketar, berdebar-debar, denyutan nadi meningkat, rasa cemas, lemah loya dan rasa loya-loya serta muntah-muntah.

- Kategori rungutan kedua bersabit dengan berkurangan penggunaan glukos oleh otak, lama kelamaan penurunan gula menjadi lebih teruk dan rendah. Biasanya mereka ini akan mengalami sakit kepala, penglihatan kabur, letih lesu, tidak bermaya, mudah terganggu serta sensitif, kurang fokus, hilang tumpuan, kekeliruan, mengantuk, hilang timbul kesedaran, kehilangan keupayaan intelek dan perubahan personaliti.

Ibu yang mengandung seboleh-bolehnya perlu mengelakkan dari:

- Pengambilan gula, garam dan lemak berlebihan. kafein dari kopi khasnya juga perlu dielakkan.

- Dinasihatkan supaya mengamalkan pengambilan makanan yang segar dan bukannya makanan diproses.

- Pemakanan rendah tahap garam, kurangkan makanan berminyak.

- Pastikan buah-buahan serta sayur- sayuran sebagai menu utama makanan puan. Makanan tersebut lazimnya kurang kalori dan juga lazimnya sukar untuk memakan makanan tersebut secara berlebihan kerana mudah berasa kenyang!

- Makanan sampingan seperti kuih muih contohnya kuih tanjung, Nekbat, jala mas boleh dimakan (nafsu di bulan ramadan mendorong), tetapi kurangkan, hanya sekadar untuk merasa sudah memadai.

Puan juga harus menjalani aktiviti bersenam secara aerobik di bulan puasa. Perlu diingat, ramai yang mempunyai kecenderungan untuk menurunkan berat badan di bulan puasa, tetapi, sebagai wanita yang mengandung, bersenam bukan untuk menurunkan berat badan!

Ia bertujuan untuk meningkatkan stamina serta menguatkan badan puan untuk proses kelahiran kelak.

Bayangkan rahim puan terpaksa mengalami berkontraksi berjam-jam lamanya untuk melahirkan bayi, seperti mana ahli sukan maraton di sukan Olimpik!

Bersenam adalah pendorong utama untuk mengurangkan selera makan. Otak juga mengeluarkan bahan kimia tertentu yang mengurangkan selera dan nafsu makan, jadi bersenamlah secara aerobik untuk 20 hingga 30 minit sehari.

Islam mementingkan kesihatan badan puan! Ramai ulama bersependapat yang berpuasa tidak perlu dilaksanakan sekiranya puan takut dan khuatir akan kesihatan janin, dan juga sekiranya puan sedang menyusukan anak. Puasa boleh diganti pada hari-hari kemudiannya di bulan-bulan lain.

Bacalah buku-buku mengenai jenis-jenis makanan serta zat-zat mereka. Di bulan Ramadan ini, puan boleh mengubah cara hidangan serta jenis diet-diet yang boleh mengubah gaya pemakanan sekeluarga.

Jayakan bulan Ramadan sebagaimana yang sepatutnya. Utamakan makanan segar dalam diet seharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute