Bismillah

MY BLOG

Rabu, Ogos 26, 2009

Selingkar Kisah - Kecacatan Ini Menginsafkan Ku


Lebih 39 tahun yang lalu, keadaan ekonomi dinegara ini amat tidak menentu. Kehidupan masyarakat dikampung kelahiranku amat susah ketika itu, seumpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ibu dan bapaku terpaksa membesarkan empat orang anak dalam keadaan serba kekurangan. Kemudahan asas masih di peringkat yang amat daif. Setiap hari, ibu terpaksa mengangkut air dari perigi untuk digunakan di rumah. Pada waktu lain ibu meraut lidi kelapa untuk dibuat penyapu atau menganyam tikar mengkuang. Ibu juga membuat atap nipah untuk menampal atap rumah yang bocor. Kemudahan elektrik, jauh sekali. Ayah pula melakukan kerja-kerja kampung yang boleh dilakukan seperti memungut kayu-kayu api, menanam beberapa jenis sayur-sayuran yang boleh dijual dan mencari madu lebah.








Dalam keadaan serba susah dan payah itulah, suatu hari ibu merasakan dirinya mengandung lagi. Kesusahan yang dialami menyebabkan perasaan ibu tertekan dengan kehadiran janin yang tidak diundang di dalam rahimnya. Maklumlah, pada ketika itu pengetahuan mengenai merancang keluarga amat terhad. Sebagai orang kampung yang tidak mempunyai pendidikan tinggi, kaedah moden untuk merancang keluarga jauh dari fikiran mereka. Dengan fikiran runsing dan hati yang tidak tenteram, ibu berusaha untuk menggugurkan kandungannya. Pelbagai cara dilakukan seperti memakan nanas muda dan tapai, meminum air akar kayu, dan membuat kerja-kerja berat. Namun Allah mengehendaki janin itu terus hidup dan lahir ke dunia.15 Ogos 1964, bergemalah suara tangisan bayi di sebuah rumah usang yang hanya bertemankan api pelita. Namun, bayi tersebut tidak sama seperti bayi-bayi yang lain. Tubuhnya terlalu kecil dan beratnya di bawah paras berat yang normal. Bayi itulah aku. Tiada sesiapa yang mengharapkan aku lahir ke dunia. Bahkan aku sendiri tidak meminta untuk dilahirkan. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Tetapi Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. menghendakinya. Pastilah ada hikmah yang tersirat yang belum tersurat.









Dalam keadaan terpaksa ibu dan ayah membesarkanku. Setelah berusia tujuh tahun, aku dihantar bersekolah. Walaupun tubuh badanku terlalu kecil, seperti kanak-kanak berusia empat tahun, aku melangkah ke sekolah dengan penuh gembira. Aku amat suka belajar. Sememangnya aku cenderung mencintai ilmu pengetahuan. Pelajaranku amat memuaskan, bahkan akulah yang paling cemerlang antara adik-beradikku yang lain. Ibu dan ayah mulai menaruh harapan tinggi kepadaku. Abang-abang dan kakak-kakakku hanya sempat belajar setakat darjah enam atau paling tinggi sehingga tingkatan lima, tapi Tuhan memudahkan lorong untukku sehingga aku berjaya menjejakkan kaki ke tangga universiti. Jadilah aku satu-satunya manusia kerdil yang belajar di universiti tersebut ketika itu. Saiz tubuhku lebih kurang sama seperti kanak-kanak berusia tujuh atau lapan tahun. Namun Allah memberi kekuatan dan pelbagai kelebihan kepadaku yang mungkin tidak diperolehi oleh golongan yang normal. Sedikitpun aku tidak berasa malu dengan keadaan diriku. Bahkan aku menganggap diriku normal, sama seperti orang lain. Aku petah berbicara, boleh berhujah dengan baik dan pelajaranku amat cemerlang. Aku dikenali bukan sahaja di kalangan penuntut universiti, tetapi juga menjadi buah mulut para pensyarah. Aku aktif dengan pelbagai persatuan di universiti, lebih-lebih lagi persatuan bercorak agama. Pendidikan agama yang kukuh membuatkan aku sentiasa bersyukur dengan keadaan diriku. Akulah anak yang menjadi kebanggaan bukan sahaja ibu bapaku, tetapi juga masyarakat kampung.









Apabila keluar dari universiti, aku membuka syarikat perniagaan sendiri. Adik-adikku yang seramai tiga orang (semuanya lahir normal selepasku) semuanya bekerja denganku. Setiap bulan aku mengirim sejumlah wang kepada ibu bapaku. Aku, anak yang suatu ketika dahulu tidak diingini dan dianggap membebankan, kini menjadi harapan dan tempat bergantung keluarga. Cerita yang disampaikan oleh ibu saudaraku kepadaku mengenai punca kecacatanku ini, benar-benar menginsafkanku. Inilah hikmah setiap kejadian dan ciptaan Tuhan. Walaupun susah, walaupun payah untuk membesarkan anak-anak, hakikatnya setiap anak mempunyai rezeki masing-masing dan setiap seorang ada kelebihan yang tersendiri. Aku berharap agar kisah hidupku ini dijadikan iktibar oleh ibu-ibu moden pada hari ini, agar yakin dengan rezeki daripada Allah dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dalam keadaan apa sekalipun. Wallahua'lam.






NUR, 11-2003

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute