Bismillah

MY BLOG

Jumaat, Ogos 14, 2009

LAGI PASAL H1N1

Tulisan ini saya fwd dari sebuah forum.

A. Bagaimana sebenarnya H1N1 merebak?

Adakah setiap rakyat akan diberikan suntikan vaksin?

Cukupkah kiranya memakai topeng perak boleh mngelak jangkitan H1N1?

Adakah jangkitan H1N1 hanya boleh menyebabkan individu tertentu sahaja sakit?


Jaw...

1. Merebak melalui udara dan cecair badan seperti bersin, batuk dan bercakap kuat.

2. Vaksin untuk H1N1 masih tiada. Kalau hanya simtom, KKM akan bagi ubat flu sahaja. Jika comfirm ada H1N1 akn dimasukkan ke wad dan barulah di beri vaksin anti viral. Anti viral hanya melambatkan penularan tetapi tidak menjamin tak kena. Orang awam tidak dibenarkan sama sekali mengambil suntikan antiviral. Sebab?...dalam dunia hanya ada 2 jenis antiviral. Jika semua orang ambil...automatik jika virus2 baru akan datang mutasi dan akan lali dari ativiral tersebut. jadi amat2 berbahaya jika ambil antiviral.

3. Jangkitan tidak mengenal golongan. Semua boleh dijangkiti. Cuma kekuatan antibodi badan sahaja yang mampu menghasilkan anti virus ini selepas 7 hari dari proses mulanya pengeraman.

Cuma ada indvidu2 yang risiko kematian lebih tinggi seperti ibu mengandung, ibu baru bersalin (lemah lagi badannya), gemuk, darah tinggi, kecing manis, jantung dll.

4. Topeng perak boleh membantu menghalangkan kita menyedut secara langsung cairan yang dilepaskan melalui batuk, besin dan bercakap kuat. Lebih baik buka tingkap dari duduk dalam tertutup.

@
Sementara tunggu soalan...aku bagi info.

Nak tahu anggaran yg dah terkena....jumlah yang telah dijangkit di darabkan dengan 10. So kalau sekarang 1300 maka dah ada 13 ribu penularan. Lepas tu kali dengan 10 lagi. Sebabnya WHO sendiri tak tahu status penyebaran dah sampai tahap mana. Malah KKM pun dulu mampu ambil 10 sample bagi setiap kes cluster tetapi sekarang hanya mampu ambil 5 sahaja.

Kenapa baru KKM nampak risau?.

Sebabnya dari 0 kes bermula April 2009 sejak dikesan hingga kes yang ke seribu, tiada kematian. Maknanya penularan belum meluas. Bila rank antara 100-300 kes berlaku kematian sehingga 8 orang secara rasminya, maka ini menunjukkan kes ini telah tersebar luas.

Banduan dalam penjara Jelebu pun kena dan orang asli di hutan Kuala Pilah pun dah kena.


B.Adakah kerajaan ada buat pemantauan di pusat-pusat ternak babi?

Kenapa takde berita babi dihapuskan sedangkan kita sedia maklum ianya virus selsema babi.

Kalau masa selsema burung habis semua spesis burung dan ayam satu kampung di hapuskan bagi mencegah penularan, tapi kenapa masa selsema babi ni; takde satupun berita mengenai kerja penghapusan babi dijalankan sebagai satu langkah mencegah penularan selsema babi?

Yang di sibukkan ialah kerja pindah kandang babi; dari dok pindah kandang babi baik hapuskan terus kandang babi.

Tapi walaupun pada peringkat sekarang memang di lihat babi sebagai bukan satu-satu penyebar; faktor sebagai penyebab dan pembiak virus jugak perlu di ambil kira.

Jika jangkitan dan penyebaran sesama manusia dapat di bendung tapi puncanya masih di situ menyondol dalam kandang happy sebab tak kena penghapusan "etnik" seperti mana yang menimpa spesis burung dan unggas suatu ketika dulu pun tak guna jugak; sebab pusingan (cycle) penyakit dan penularan tetap ada.

Jawapan
Begini tuan, ambil ebola .ambil HIV yang dipercayai bermula dari keluarga beruk di Afrika...... kita tak relevan nak bunuh binatang tersebut.

Kedua...virus wabak infuenza ini di bahagi kepada 3:

1. Seasonal Influenza... .ini virus antara manusia ke manusia. Beberapa dekat ( 10 tahun satu dekat) ianya akan berulang. Ini virus nak senang cakap..datang dari manusia sendiri.

2. Avian Influenza ..disebabkan alam semula jadi..menjangkiti haiwan seperti burung. Kadangkala boleh mengjangkiti manusia.

3. Swine Ifluenza.... disebabkan alam semuladi seperti virus yang terdapat dari binatang itu sendiri seperti babi. Kadangkala boleh mengjangkiti manusia.

4. Pendemic Influenza... ianya sebenarnya gabungan dari ketiga2 di atas. Ia virus baru yang mutasi. Tak dapat dari babi secara direct..ianya berubah jadi virus baru.

@
Macam di beritakan sebelum ni, hanya 0.1% atau 0.5% saja 'peluang' untuk manusia biasa MATI akibat h1n1.

Manusia biasa ini merujuk pada manusia yang tiada komplikasi lain. iaitu sihat tanpa penyakit2 kronik lain.

Kalau dilihat 7-8 kematian di malaysia, 80-90 % daripada simati ada sakit lain, pnemunia dan beberapa yng lain, si ibu baru tu, mati setelah 1 -2 minggu lahirkan anak.

Disini kita dapat kesan satu tread yang common. kalau tengok semua yang mati, kita dapat simpulkan bahawa antibodi lemah.



C. Sepatutnya dalam situasi sekarang kerajaan dah isytiharkan darurat dah. Semua pejabat dan sekolah ditutup seminggu.

Realitinya ialah kita tidak akan MAMPU untuk menyekat wabak (pandemic) selsema babi ini dari merebak. Apa yang manusia mampu buat HANYA memperlahankan kadar ia merebak (rate of infection).

Selsema babi adalah wabak yang merebak melalui udara (airborne) apabila sesorang itu bersin atau batuk misalnya. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan fizikal apabila mana-mana permukaan yang dicemari 'droplet' mengandungi virus disentuh pula oleh tangan kita. Virus akan berjangkit selepas kita menggunakan tangan tercemar tersebt untuk menyentuh kawasan hidung dan mulut. H1N1 BUKAN selsema bermusim atau 'seasonal flu'.

Masalahnya ialah vektor yang 'mengangkut' penyakit dari satu tempat ke satu tempat yang lain iaitu manusia.

Kalau vektor penyakit adalah haiwan seperti serangga atau unggas, kita boleh kemampuan untuk mengesan, mengawal dan memusnahkan mereka tanpa banyak masalah. Manusia ni lain pulak halnya. Manusia memiliki kecerdasan dan daya imaginasi. Mereka boleh bergerak dari satu koodinat ke satu koodinat dengan pantas dan berkesan.

Setakat ini kita hanya mampu letak kamera 'thermal-imaging' (mengesan suhu tinggi/demam pada badan manusia) di pintu-pintu masuk sempadan. tetapi hakikatnya TIADA NEGARA di dunia ini mampu mengawal sempadan masing-masing 100 % berkesan.

Kita juga boleh menutup tempat-tempat awam seperti pusat pengajian tinggi, pejabat awam dan sebagainya, tetapi ini boleh melumpuhkan struktur sosio-ekonomi negara jika dilakukan berterusan.

Kebanyakan orang pula kemungkinan besar akan tidak mengendahkan simptom-simptom awal selsema babi kerana ia sama dengan selsema biasa (demam, letih, sakit urat, hidung tersumbat dan sebagainya).

Ciri-ciri tamadun moden juga menyumbang kepada kepantasan H1N1 merebak. Sistem pengangkutan/ telekomunikasi yang cekap, penempatan urban/kosmopolitan yang banyak, struktur bangunan dan pengangkutan awam (tertutup/berhawa dingin) dan sebagainya. Hakikatnya manusia TIDAK MAMPU menyekat penyebaran virus dari terus menular.


Apa yang boleh manusia buat? Cari penawar/antidote/ vaksin SECEPAT MUNGKIN!

Setakat ini penawar yang digunakan di hospital-hospital seluruh dunia adalah regimen antiviral seperti Tamiflu dan Relenza, tetapi laporan CDC (Centre for Disease Control) USA, menyebut keberkesanan ubat-ubat ini MASIH DIRAGUI. Bagaimanapun ada desas-desus mengatakan penawar H1N1 akan ditemui pada penghujung tahun ini. Mari kita sama-sama berdoa.

Tetapi jangan le bimbang sangat. Wabak Spanish Flu sewaktu dunia pertama membunuh kira-kira 20-40 juta manusia. Tetapi pada waktu itu manusia belum ada antibiotik/antivira l, mesin hayat, makmal patologi/epidemiologi serta kelengkapan perubaan yang canggih. Ditambah pula dengan keadaan sosio-ekonomi dunia yang merundum ekoran perang. Zaman dulu, diarrhoea boleh melenyapkan sebuah bandar, sekarang ni penawarnya cukup mudah, iatu air galian (Oral Rehydration Salt).

Selsema pula adalah sejenis penyakit yang sangat biasa ditemui. Pengamal perubatan di seluruh dunia memiliki pengalaman yang cukup luas dalam merawat SIMPTOM-SIMPTOM selsema. Malah antara kaedah rawatan H1N1 yang dipraktikkan sekarang ialah merawat simptom.

Apa yang kita boleh buat?
Ikut sahaja garispanduan dan nasihat yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan, yang paling penting ialah membasuh tangan dengan betul menggunakan sabun.

D. Berapa lama virus ni boleh bertahan kat open air yer?
Katakan seorang pengusaha makanan dah terkena jangkitan ni, lepas tu dia sediakan makanan siap bersin kerrchieeeeuuu lagi kat makanan tu. So, boleh ke aku dapat virus s.?!@#$@# ni jika memakan makanan tu?

Ikut yang telinga aku dengar, virus nie hanya hidup dalam beberapa minit jea di ruang udara persekitaran dengan syarat dia tak dapat cairan badan manusia. Ia tak boleh merebak melalui makanan tetapi jika hingus dia bersin masuk dalam makanan dan kita telan..kemungkinan besar boleh kena.

Aku tanya soalan dalam majlis tu....ramai yang ambil air sembahyang dalam kolah/bekas air yang besar di masjid2. Adakah virus tersebut boleh dipindahkan ke dalam air dan hinggap ke anggota orang yang ambil air sembahyang. Jawapannya aku nampak macam tak berapa yakin dia jawab tetapi mulutnya berkata air klorin dalam kolah masjid akan membunuh virus tu.

Kesimpulan aku...bercakap, bersin dan batuk adalah cara paling mudah tersebarnya. Jadi biasakan berbual dengan kawan2 dalam jarak 1 meter.
~~~
ambik mudah sangat...... bangga betul la bila buat saringan awal di airport..... .pintu2 masuk darat yang lain ntah camana...... takziah.

http://en.wikipedia .org/wiki/ 1918_flu_ pandemic

http://cns.miis. edu/flu_watch/ history.htm

http://www.youtube. com/watch? v=gq4_jNeUT- U




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ingin belajar sesuatu..

http://www.starfall.com/ Learn to Read with phonics www.starfall.com A free website to teach children to read with phonics. For preschool, kindergarten, and first grade. Exciting phonics games and online interactive books. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en home | LearnEnglish Kids | British Council learnenglishkids.britishcouncil.org Welcome to new LearnEnglish Kids! All your favourite games, songs, stories and activities are here - you can have fun and learn English too! You can search for your favourites, orhave a look at the new Explore sectionand find out where everything is. Kalau nak alih bahasa melayu ke english dan sebaliknya hanya perlu copy and paste di http://www.citcat.com/ tapi lepas tu kena sesuaikan ayatlah kadang2 bercelaru sikit, enjoy A multipurpose portal enabling searching and surfing of real-time translated text and web pages. Surf the Internet in your own language! Dalam banyak buku , buku "rich dad and poor dad" banyak memberi kesan peribadi .Yang ulat buku tentu dah baca, dah 10 tahun kot buku ni terjumpa ebook pdf free kena download http://www.middleastpost.com/87/rich-dad-poor-dad-pdf-download/ . nak cepat2 download sebelum moderator delete. enjoy.. Rich Dad , Poor Dad pdf zip rar download www.middleastpost.com download rich dad poor dad for free zip rar pdf are available Free Arabic Language Course, Learn Arabic, Arabic Tuition www.madinaharabic.com Madinah Arabic - Free Arabic Course, Arabic Language Lessons, Forum and 1-to-1 tuition. Learn Classical–Qu’ranic, Modern Standard, Business Arabic and Islam. untuk peminat tv3 tonton rakaman kegemaran anda http://mobile.tv3.com.my/;jsessionid=wGOdK7q7FsQI1LrFPz2F8Q** Percuma software untuk menapis unsur2 lucah di internet diminta kawan2 yang ada internet tu download lah sebagai kawalan dari anak2 kecil dari terdedah... tapi bapa jangan risau boleh guna pasword untuk buka semula hehehe http://download.cnet.com/K9-Web-Protection-32-bit/3000-27064_4-10487710.html?tag=mncol . Harap sebarkan pada kawan2 lain sharing is caring. Tambahkan ilmu pegetahuan dengan menonton documentary. macam macam topic ada http://topdocumentaryfilms.com/ Tukartiub mengulas berita semasa secara sinis dan jenaka. http://tukartiub.blogspot.com/ enjoy... Tukar Tiub tukartiub.blogspot.com Web tv tempatan terbaik low broadband pun streming ok tak putus http://www.tvselangor.com/live/channel1/ www.tvselangor.com The best web tv live http://www.mivo.tv/ web ni dari negara jiran kita. heran aku kita kat sini semua pun kena bayar. Nak tengok tv rancangan csi house dll astro pun kira outdated. enjoy.. http://tvshack.net/ TV Shack - tune in tvshack.net Welcome to tvshack.net, watch movies, tv shows, cartoons, standup comedy and documentaries free!

Harapan Tanpa Suara - Kami Perihatin.

Kelahiran - Anugerah Yang Tidak ternilai Untuk Seorang Wanita.

SOLAT

AL IKTIROF

TAUBATAN NASUHA

AYATUL KURSI

DOA-DOA HARIAN

DOA QUNUT

QASIDAH ISTIGHFAR

TELL ME WHY -DECLAN GALBRAITH - a children's tribute